Tuesday, January 27, 2015

Harapan Baru

ASSALAMUALAIKUM,

On OFF je dunia blog ni ye. Sekarang ni dah guna mobile, senang bila terfikir nak menaip je bole taip. Tak payah tunggu buka laptop bagai, ye dak?

Tahun ni memang banyak harapan n impian nak dikecap. Tapi, kalau setakat berharap je tanpa usaha apa-apa, tu berangan namanya. Memang berangan tak guna modal, tapi buang masa.

Angan-angan kalau diusahakan, nak juga menjadi hasilnya.

Ok, bai.

Friday, April 4, 2014

Anak Pelihara, Anak Angkat

Assalamualaikum,

Entri yang tetiba je keluar ni kan, dengan tajuk demikian la kan, hehehehe...saje je kebetulan aku tengah update blog diet aku (SINI), masuk la sket input sini.

Perihal ANAK PELIHARA, ANAK ANGKAT & BUKAN ANAK KANDUNG ni kan....
Seingat aku, dah lama berhajat nak pelihara setidaknya sorang...kira punya kira, masa n tempoh...ada la 10 tahun aku mencari.

Bukan tak ada kes org nak serah anak sebab tak mampu pelihara (atas macam2 sebab), tapi.....berebut ya amat....susah la nak jumpa yang bebetul direct kat aku n terus jadi rezeki.

Bila ramai yg nak anak angkat ni, pepaham la....ada la ibu kandung & keluarga dengan niat tak baik, ambil kesempatan pulak...Kita nak bantu dia, dia bole twist kata dia pulak yg nak bantu kita. Pulak tu, tau bila tengah cari anak angkat ni jenis 'org senang' n ada duit sikit, dahhhhh...mula dah main harga...aku cukup pantang org macam ni.

Sekurangnya, orang yg takde anak ni, bermaruah lagi...sedangkan kes yg nak serah anak ni sebahagian besar libatkan maruah n perlu tutup aib. Jadi, tolong la jadi org yg sedar diri sikit. Jgn la nak ambil kesempatan pulak bila ada yg nak bantu..

AKU DAH TERKENA DAH...JAUH AKU DRIVE SAMPAI KE UTARA...SUDAHNYA, AKU TAKNAK TERLIBAT (NASIB AKU LA JUMPA FAMILY YANG TAK TAU DEK UNTUNG). Haaa, sekarang ni merayu pon tak guna sebab kita dah nampak apa kesudahan bagi org yg sikap mcm tu. Jenis nak lepaskan beban sendiri, lepas tu nak hidup lebih senang dengan tekan hidup org lain sampai mati..BABAI...

Bila teringatkan suara anak dia (yg mengandung pd usia 16 tahun-tak sah taraf), terbayang pulak muka isteri dia....hai la jiwa..sayu rasa...tapi sbb sikap bapak yg (aku anggap amat BODOH SOMBONG), aku lepaskan semua. Tanggung la akibat sbb sikap bodoh sombong tu.

So, aku teruskan pencarian aku untuk kesekian kalinya...Aku ada simpanan, bukan tak mampu...tapi simpanan tu utk masa depan baby yg bakal dipelihara...tu lebih baik...Anak aku, anak aku la jugak kan...aku tetap nak pelihara sorang anak angkat jugak....lama sgt dah berhajat ni...

Kepada kekawan & pengunjung yang kebetulan dapat tahu ada org nak serahkan baby, cepat2 bagitau aku...boleh SMS/WhatsApp :018-2373695 (takyah call sbb aku ada masalah pendengaran, hahaha)...

Kepada ibu muda terlanjur yg buntu taktau arah nak tuju, boleh cuba hubungi dan aku akan cuba ikhtiar sebaik mungkin uruskan tempat perlindungan supaya kesihatan terjaga.

Bagi pasangan keluarga susah yg (produktif) dan mahukan masa depan baby lebih terjamin, berilah peluang kat aku n kekawan senasib agar dapat tumpahkan kasih sayang terhadap anugerah Allah yg tak ternilai ni. Boleh jugak hubungi aku.

Kita sesama saling bekerjasama, tapi biarlah di landasan kewarasan....jangan jadi mcm kes atas tu....silap sendiri nak berlagak bodoh sombong, sekarang garu kepala n pening sendiri, taktau nak selesaikan masalah tu...lain kali jangan berlagak tak kena tempat..yg susah, anak isteri n 'bakal cucu' ko jugak, kan.....

sekian.




Sunday, March 31, 2013

Bapa borek, anak rintik?


* Bapa borek anak rintik (positif/negatif)
* Kuah tumpah ke nasi (positif/negatif)
* Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari (negatif)
* Ketam ajar anak berjalan lurus (negatif)

Prof. Dr Muhaya ada berkata dalam satu slot ceramahnya, kecelaruan tingkah laku remaja atau kecenderungan ke arah perlakuan negatif anak-anak, berpunca daripada sikap ibu bapa itu sendiri. Kegagalan suami isteri mengemudi rumahtangga mengikut panduan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, menjadikan corak kelakuan anak-anak turut serong dan cenderung menjadi lebih buruk lagi.

Jadi, jika anak-anak 'tahu' menipu, adakah ia berpunca daripada kesalahan ibu bapa juga? YA/TIDAK.

Di pihak ibu bapa, pasti akan bermuhasabah dan beristighfar setiap kali perlakuan anak-anak mengguris hati. Pasti akan berusaha memperbaiki kesilapan diri di samping memohon kepada Yg Maha Esa agar sikap anak-anak berubah lebih baik demi masa depan mereka sendiri. Usaha gigih ibu bapa memperbaiki keadaan perlu berterusan dan tidak berputus asa dengan ujian Allah SWT kerana ia lebih mendekatkan lagi hubungan ibu bapa denganNYA.

Di pihak anak-anak (yg sudah remaja/baligh dan mampu menentukan baik buruk satu tindakan), seharusnya berusaha mengeluarkan aura positif dalam diri dan menzahirkannya sehingga membentuk sikap positif yg membanggakan keluarga. Keazaman anak-anak perlu lebih teguh untuk membuktikan kepada ibu bapa bahawa mereka mampu menjadi lebih baik daripada jangkaan ibu bapa demi masa depan mereka sendiri yg lebih cerah.

Mengambil iktibar dari kisah Nabi Musa AS, seorang pemuda yg gigih memelihara dua ekor babi (sebenarnya ibu bapa dia). Si anak menunjukkan pekerti mulia sebagai seorang anak walau pun ibu bapanya dilaknat Allah SWT akibat kemungkaran yg dilakukan.

Tidak seharusnya anak-anak meletakkan sepenuh kesalahan kepada ibu bapa yg menjadikan diri mereka 'rosak' atau sering melakukan kesalahan hingga memburukkan sikap mereka. Perlukah wujud lebih banyak karekter 'Anakku Sazali' yg menyalahkan bapanya 'membenarkan' penipuan demi penipuan dilakukannya sehingga dia menjadi penyangak?

Masih belum terlewat untuk ibu bapa memperbetulkan keadaan demi membina keluarga bahagia dengan kembali ke landasan sebenar, DAN perkara ini memerlukan kesedaran serta keinsafan anak-anak agar bangun membentuk jati diri kerana peranan membentuk keharmonian dipikul semua pihak, tanpa perlu menuding jari kepada sesiapa sahaja. INSYAALLAH... Allah SWT will show you the way.

~Just My 2 Cents Opinion~

Saturday, March 30, 2013

Lapangnya jalan yang diberkatiNYA

Assalamualaikum,

Indahnya panorama kehidupan bila kita di bawah naungan rahmat dan nikmat kasih sayang Allah SWT....

Alhamdulillah....

Bila dikira congak, usia perkahwinan kali ini baru memasuki 4 bulan 20 hari...tapi aura barokah Allah SWT harum mewangi dalam rumah yang juga Syurga Kasih Kami.... (uhummmm...belum ada rezeki lagi utk tambah ahli rumah...hehehe)...masa utk bulan madu sepuas hati (kata mereka)....hihihi...

Menyelami kehidupan berumahtangga, Alhamdulillah....yg kedua ni jauh lebih baik dari sebelumnya... (setidaknya kita jadikan kesilapan dan kekurangan lalu sebagai sempadan agar tak berulang lagi kali ni)....

Mak+abah, mak mertua+abah mertua, semuanya merestui dan aura restu mereka dapat dirasai dalam kekayaan kasih sayang kami (suami isteri)..diharap makin mekar dan makin mendalam sampai akhir hayat..amiin....

Friday, September 28, 2012

WALIMATUL URUS


DENGAN PENUH RASA RENDAH DIRI, SAYA JEMPUT KALIAN UNTUK HADIR KE HARI BERSEJARAH BUAT DIRI SAYA DAN PASANGAN....HEHEHE........

Ada pembetulan sket pada tarikh, 1433 Hijrah yer..hihihi..

Friday, August 24, 2012

Nukilan spontan dari hati... (",)

Ini J.I.W.A aku.

Saatku terpinga tiba di wilayah keturunanku,
Tak punya siapa bisa membimbingku,
Bungkam tanpa suara, pandangan pun membeku...

Saat berganti minit mendahului jam,
Kulalui masa berpenjuru tajam,
Ada ketika langkahku kejam...

Tapi jiwaku semakin terisi,
Bersama rakan saudara ramai di sisi,
gelak ketawa tak kering gusi...

Di sini juga kita saling menghormati,
Tak kurang rasa ingin memarahi,
Ada biadap dianggap bukan berkelahi,
Tak lebih sekadar coretan hari-hari...

Ini jiwaku dikongsi bersama,
Mahu menangis dihadiahi ketawa,
Mahu merajuk dihujani jenaka,
Panas sejuk sebatikan hawa...

Bagiku semuanya amat berharga,
Marah ketawa menangis kecewa,
Ku kenal saudara tidak hanya di dunia,
Ini jiwa aku tercoret di hamparan masa...

~To WRS with lots of LOVE~
at: RuMaH iNi aKu YaNG PuNYa (24/8/2012, 0022)

Monday, August 13, 2012

Selamat Menyambut Ulang Tahun Penubuhan WRS

Assalamualaikum,

Memasuki jam 0000 pada 13 Ogos 2012, Warga Raub Sejahtera (WRS) sekali lagi melakar sejarah dalam kelasnya yg tersendiri apabila dapat bertahan dengan keahlian terkini 2,450 selepas genap setahun penubuhan.

Selang sehari sebelum tu, WRS baru je menjayakan Majlis Iftar Jama'ie dengan mencatat kehadiran hampir 150 ahli bersama keluarga. Satu kejayaan yang menggembirakan apabila semua datang dan pulang dengan senyuman.

Sebagai Penyelaras Majlis Iftar Jama'ie WRS, saya panjatkan kesyukuran kerana dengan izinNYA, majlis berlangsung dengan lancar sekali dalam suasana muhibah.

Saya juga ucapakan terima kasih tak terhingga kepada semua yg hadir sebagai tanda sokongan terhadap usaha dilakukan WRS.

Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab menjayakan majlis tersebut seorang diri.

Pada masa sama saya ucapkan terima kasih kepada Rose Winter Sonata yg tampil pada saat akhir tolong kerat dan susun tag nama peserta serta nombor cabutan bertuah.

Tak lupa pada Awin Aguss yg tolong jugak dan berakhir dengan penghantaran hamper cabutan bertuah ke Rumah Rehat Raub guna lori dia (",).

Paling penting, Syukur Alhamdulillah apabila tampil individu yg sanggup menaja majlis keseluruhannya.

Syukur juga bila salah sorang admin, Dato' Shamsuddin Nawawi (Setpol MB Pahang), ceriakan suasana dgn ucapan aluan guna loghat Dong. Masa mengacara cabutan bertuah juga menarik sekali penyampaiannya.

Menceritakan kelancaran majlis itu rasanya tak cukup seminggu. Tapi keseluruhannya, Alhamdulillah. Saya mampu bukti, dan anda nilaikannya.

----------------------------------------------

Berbalik kepada kisah penubuhan WRS yg dah setahun ni, saya cuba imbas semula pahit manis sepanjang jalan perjuangan mengukuhkan IDENTITI, akhirnya WRS dikenali dengan pelbagai aktiviti dilaksanakan.

Bermula dengan (
1) Majlis Sambutan Aidilfitri di Taman Bandar dengan kehadiran 10 ahli sahaja, WRS tidak patah semangat meneruskan perancangan menjayakan (2) Sambutan Aidiladha dengan melaksanakan ibadah Korban bersama warga tua penghuni Rumah Sejahtera Perkampungan Ibadah Rumah Orang Tua Islam Tidak Berwaris.

Aktiviti diteruskan dengan (3) Sambutan Hari Asyura di Taman Bandar dan kemudiannya WRS terus merancang menubuhkan koperasi. Niat dizahirkan bermula dengan (4) Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Warga Sejahtera Raub Berhad di Pusat Tuisyen Nur Jaya.

Tak lama lepas tu, WRS menganjurkan (5) Sambutan Maulidur Rasul bersama PAID dan JAIP serta semua jabatan terlibat peringkat daerah.

Ini tidak termasuk penyertaan WRS ke (6) Simposium Pembangunan Ekonomi Bumiputera di Sime Darby Convention Centre atas jemputan khas Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia.

Tak ketinggalan juga penyertaan ke (7) Hari Koperasi Pahang dan hantar wakil ke (8) Hari Koperasi Kebangsaan.

Terkini, WRS menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan menerusi (9) Program Ziarah Aidilfitri dengan memberi perhatian kepada hampir 30 penerima seluruh daerah Raub.

Tepat SATU TAHUN penubuhan, WRS dapat melaksanakan 10 program dan aktiviti dengan majlis penutupnya (10) Iftar Jama'ie. TAHNIAH kepada semua ahli yg menjiwai perjuangan WRS dan bersama-sama menjulang kejayaan demi kejayaan dalam setiap usaha dilaksanakan.

Semakin hari, kita (ahli WRS) merasai kemanisan usaha biarpun bermula dengan pelbagai rintangan dan dugaan.

bersambung...


Wednesday, August 8, 2012

Aku ada, kau ada?

"Aku ada.....ko ada?"


Assalamualaikum,

Entry kali ni saya nak kupas bab KETENTUAN buat kita dan rasa syukur atas kelebihan yg kita miliki.

Pernah dilempar kata2 mcm ni?


"Ko toksah berlagak hebat la, aku ada suami....ko ada?"
"Aku ada jugak anak2 n suami yg buat idup aku lengkap, ko ada?"

Cukup dengan dua persoalan sinis ni, saya rasa semua maklum bahawa itu adalah soalan lahir dari kotak fikiran yg sempit! (setuju?Y/N)

Bila org dah terlalu sakit hati dengan kita dan tidak ada point lain utk dibawa berhujah, maka datanglah segala bentuk idea jahat menggunakan hal 'peribadi' sebagai senjata alternatif mereka.. hehehe.

Begini, kepada wanita di luar sana yg masih tidak punya suami, bersyukurlah kerana anda amat2 disayangi Allah SWT dan melindungi anda daripada melakukan perkara dilarangNYA.

Allah SWT mengetahui apa yg kita perlu pada waktu dan ketikanya dan jika saat ini kita masih tidak mendapat suami, maka ada perkara lain yg kita lebih perlu lakukan terlebih dahulu.

Saya dengan sengaja menjawab soalan2 IQ rendah tu, walaupun sebenarnya tak perlu jawab pun tak apa.

# Jika saya tiada suami, saya tidak ada peluang berbuat dosa MENYINGKAP AIB SUAMI.
# Jika saya tiada suami, saya tidak ada peluang DERHAKA kepada suami termasuk zahir dan batin.
# Jika saya tiada suami, saya tidak ada peluang MENDUAKAN suami.
# Jika saya tiada suami, saya tidak ada peluang MENYAKITKAN HATI suami.

--------------------------------------------------------------------------------------------

# Jika saya tiada anak, saya tidak ada peluang MENGABAIKAN tanggungjawab terhadap anak saya.
# Jika saya tiada anak, saya tidak ada peluang MENYAKITI HATI anak saya.
# Jika saya tiada anak, saya tidak ada peluang MEMBERI HARAPAN PALSU kepada anak saya.
# Jika saya tiada anak, saya tidak ada peluang MENYAKSIKAN KEPINCANGAN anak saya atas KEGAGALAN MENDIDIK mereka.

MAKA, semua peluang2 itu hanya mengheret kita ke NERAKA dan Allah SWT masih memberi saya peluang untuk melatih diri supaya tidak terjebak dengan semua perkara di atas.

JADI, sekarang ni masih nak gunakan point yg sama? Heheheh....lupakan laaaaa..... ko tu pon apa kurangnya?

(Sekurangnya aku ada banyak menda yg ko takde. Bukanlah nak menunjuk tapi tu tanda aku berada pada taraf aku yg sebenarnya. Tak payah ko terkial2 nak berada di tempat aku, bila tak berjaya...ko pertikaikan apa yg aku xde lak kannnnn.....)

Salam Aidilfitri daripada WRS

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN

Iftar Jama'ie WRS

Lebih 110 ahli WRS menyertai Majlis Berbuka Puasa ini



Assalamualaikum,

Buat kesekian kalinya organisasi sosial Warga Raub Sejahtera (WRS) menganjurkan program yang melibatkan penyertaan lebih 110 ahli.

Kali ini Majlis Berbuka Puasa diadakan di Rumah Rehat Raub dengan mengambil tempahan Bufet Ramadan RM27.50 setiap peserta dan RM13.75 bagi kanak-kanak bawah 10 tahun.

Majlis kali ini juga mendapat rahmat ALLAH apabila didatangkan seorang hambaNYA yang sudi membayar sebahagian besar kos majlis.

Kini, penyertaan remaja dan dewasa hanya dikenakan bayaran RM10 dan percuma kepada kanak-kanak bawah 12 tahun.

Sehingga 7 Ogos 2012, masih ada permintaan ahli untuk menyertainya tetapi apakan daya, Rumah Rehat Raub kekurangan ruang untuk menempatkan keseluruhan peserta.

Difahamkan, ruang legar hanya boleh memuatkan antara 50-62 peserta sahaja dan selebihnya disusun pihak pengurusan di tempat yang sesuai.

WRS yang ditubuhkan pada 13 Ogos 2011 kini mencapai usia satu tahun dengan keahlian melebihi 2,437.

Pelbagai dugaan dan rintangan dihadapi melayani ragam serta karenah ahli yang baru dikenali lebih 'mesra'.

Bagaimana pun, admin berusaha sehabis daya untuk menzahirkan yang terbaik tetapi tidak semestinya semua karenah diberi perhatian.

InsyaAllah, berdasarkan sambutan menggalakkan pada kali ini, tidak mustahil WRS terus bertahan dan berkembang maju dengan pelbagai pencapaian.

Tahun depan kita rancang majlis dengan lebih baik lagi... TERIMA KASIH SEMUA.

Tuesday, August 7, 2012

Ingatan Buat Wanita

Ingatan Buat Wanita.

(sumber) penpatah.blogspot.com:

SMS di bawah sengaja ditulis oleh seorang penulis lelaki. Cuba menceritakan dari sudut pandangan lelaki untuk kebaikan semua muslimah supaya tidak dirosakkan dengan mudah oleh kata-kata manis! Moga Allah pelihara anda semua daripada hal yang tidak dingini berlaku. Enjoy reading!


1. Salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..


5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..


7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!


9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..


12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..


14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…


16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...


18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?



BERMULA ZINA YANG SEBENAR.
***
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg *****!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

Tuesday, January 24, 2012

Aku tahu kelemahan dan kekuatanku

Misha Omar - Tiada Lagi Tangisan

Kini telah lama kita berpisah
Rintihan asmara kian berubah
Tiada lagi mengharap
Tiada lagi belai manja mu
Semua telah berakhir

Ketenangan hidup menyinari ku
Keperitan cinta terlerai sudah
Tabahkanlah hati luka nan berduri
Ku mengenali siapakah diri ku yang sebenarnya

(Korus)
Tiada lagi tangisan
Tiada lagi airmata
Membasahi jiwa luka
Yang tinggallah hanya memori duka

Semuanya di duga
Pertemuan kali ini
Takkan berkekalan
Berakhirlah istana bahagia

Biarkan daku hidup keseorangan
Tak perlu lagi cinta yang menghiris luka
Titisan airmata kini kekeringan
Tak perlu menabur kasih mu

Ketenangan hidup menyinari ku
Keperitan cinta telerai sudah
Tabahkanlah hati luka nan berduri
Ku mengenali siapakah diri ku yang sebenarnya

Dan kini tertutup jendela harapan
Kau yang menanti ke pangkuan aku
Semua takdir yang telah ku temu
Kan ku bina segalanya tanpa mu

(Ulang korus)

Sunday, March 13, 2011

Bila2 ada azam baru...

Assalamualaikum...

Lama betoi aku x update blog nih...tapi yg pasti, hidup aku ada byk perubahan positif..perkembangan kerjaya semakin memuaskan...perkembangan badan pon sama..hahaha....

idup lagi best kat umah sdri...hmm...secara rasmi, rasanya dah 7 bulan aku duduk rumah hasil titik peluh sdri..mmg puas hati la rasanya...

ermmm...aku pon dah dpt tugas baru dlm kerja..jadi Advertising Executive..owh..cuma kerja sampingan bila ada permintaan iklan kat paper jer...

personal life? owh, aku dah lupa yg dah masuk tahun kedua aku sendiri lagi...rupa2nya aku bole je hadapi..cuma awal2 je mungkin susah sikit..skrg nih, hoookkeeyyy jer....pape pon, life must goes on...

dalam jangka pendek, aku tak rancang apa2..biar la aku sendiri mcm nih pon..xde ape la...lagi pon, kat luar sana lebih ramai idup yg lebih susah dari aku..susah kerja, susah personal...so, bersyukur la dgn apa yg jadi kat diri sdri...

hahaha....aku sentiasa ceria lepas nih....jgn ada yg busuk hati kat aku plak! toink!!!

Sunday, May 9, 2010

Dari Kejauhan Hati

Assalamualaikum...

Lama juga rasanya aku tak update blog ni...
Bukan sebab aku lupa atau tak ingat...tapi aku betul2 rasa tertekan dengan keadaan mendesak...
Pindah Rumah? Konvoi Sinar Harian?Pencarian Maksud Diri?semua sekali laaa....

Apa yang pasti, aku kini gembira dengan apa yg aku miliki...kawan2...pencapaian kerjaya...bos memahami...Alhamdulillah....

Di Kejauhan Hati ini.......
aku 'sendiri' lagi....

Tuesday, March 2, 2010

Tanggungjawab masing-masing

Entri kali ni aku nak perkatakan tentang peranan dan tanggungjawab 'si makan gaji' yang memang beranak pinak kat daerah nih.

Tak kira swasta atau awam, setiap individu bergelar pekerja pasti ada tanggungjawab masing-masing.

Walaupun tak termasuk dalam JD diorang, kekadang tanggungjawab tu jadi hak mutlak seseorang tuh berdasarkan common sense dia jer...apa dia? xtau apa itu JD? Job Description la wei....dalam bahasa kampungnya 'penerangan tugas' yang kita dah siap 'akujanji' ataupun tandatangan dalam kontrak kerja...tak kira la apa pon, yg penting asasnya TANGGUNGJAWAB.

Aku pon ada tanggungjawab aku...walaupun banyak kerja aku libatkan kebajikan, tapi dah tanggungjawab aku menyiarkan apa yang patut disiarkan, aku siarkanlah... ada ke patut nak sekat2 plak....KALO BOLEH APA2 KES PON TANAK LA LIBATKAN MEDIA....ape hal?

Kalo dah siar dlm media tuh..kira kiamat ke dunia? atau 'bungkus' ker keja korang?!! eh, u ols yg kerja gomen nih kan, nak2 plak yg BOSS nih kan, kalo tanak rasa kena batang idung sdri.....buat la keja..ini tak..tau main politik jer....nak buat kerja pon ikut politik....bila ada yg dah tercicir n jadi kes terpinggir....aku siarkan..mula la gelabah tak ingat...HELLOOOOw..thats not my fault!

yang korang jadi 'balaci' org poilitik ape hal..patutnya korang org gomen nih tetapkan pendirian..buat kerja dgn telus...pasang orang cukup2 kat setiap tempat..jgn sampai menda tuh masuk kat 'akaun' aku dulu....dah masuk akaun aku..aku nyer kes la kan....

korang pon satu..patut pk la positive side...aku pon dah tolong banyak dah..bukan nak terima kasih....selama xde sinar kat daerah ini..berapa lama dah korang kerja mcm 'zombi' jer...pegi pagi punch card...ngeteh...pastu jam 10...ngeteh..kul 12.30 dah siap2 lunch...kul 3 lak ngeteh lagik..pastu punch card balik....tuh je aaa rutin hari2...

aku x gitu...sebab JD aku lain....aku keja..kira keja la..aku cuti kira cuti laaa...aku nak ngeteh sampai 10kali pon..aku x kisah la keja dah siap...emph...

Gini sbenarnya,
sejak lepas cuti 5 hari tuh, aku dah semangat n berkobar2 dah dengan keja aku..selepas beberapa insiden peribadi terjadi dlm idup aku....so, aku kembali lagi dengan cara kerja aku yg lama...yg pastinya dah ikut JD aku la kan....

mcm2 cerita aku buat...nak plak kes hujan air batu n ribut hari tuh...aku xde lak d raub sbb kena ke lipis settle 1 kes siaran pasal lombong....haaa...kemain JD aku..dah melebar ke Lipis...aku bukan nak2 pegi sdri ekk...boss yg suruh pegi...aku pegi la...

pastu, kekawan reporter d raub amat la baik hati beri aku gambo kejadian d raub petang tuh...aku siar punya siar punya siar.....ada lak aku dapat tau gambo2 tuh semua nak dihantar ke satu jabatan tuh...aku ngan ikhlas beri weh...AKU BERI...kalo ikutkan etika kerja..setiap gambo tuh kena CHARGE!...walaupun caj diberi kat owner gambo...tapi mikir ke raub nih daerah aku sdri..aku pon masuk la part 'kebajikan' plak...

dey, time aku tlg korang kan, ada korang pk menda tuh ada imbalannya?emph....
tapi time aku patutnya dapat pertolongan korang dr segi feedback isu yg diutarakan...kemain lagik korang..mcm kekura masuk cengkerang!

pastu main cakap belakang la pulok....kalo bole isu2 nih xnak la sampai masuk paper....ceh...
korang tau ke tak isu tu aku dapat tau dulu...aku siar n aku panggil jbtn berkenaan...igt aku korek dari korang ker?malammmm sket aaa.....

apa2 hal yg diutarakan tu..aku dulu ke depan..baru aku tanya jabatan berkaitan....kalo korang hebat sgt..nape korang tanak ke depan dulu sampai aku xde pluang nak bangkitkan isu?

KERJA la weh...KERJA is KERJA....bukan kerja ikut selera politik....agak2 org tu tak berkenan kat menda nih...korang pon pejam mata jer....buat2 x nampak....agak2 org tuh suka ke menda tuh...yg kecik2 pon korang besar2kan..kasik la sumbangan ribu2..kasik la bantuan ribu2...padahal TAK PERLU pon....

cakap terus terang laa....nih bukan luahan aku sbagai reporter KAMPUNG yg korang pandang sinis sokmo...tapi aku jugak anak kampung n anak daerah nih...nih mata aku nampak sebagai aku org sini....kalo idak aku pon..banyak gak suara dari luar sana yg spendapat dgn aku....

agak2 la kan...
kot lepas nih aku korek lagi banyak isu...korang xtau nak menjawab dgn org negeri..maknanya korang mmg x keja la...

cer ikut mcm SB tuh..menda aku wat semua nak ngekor....hihihihi..sampai aku rimas la pulok...keja tuh keja la jugak..tapi jgn la sampai nak xerox semua hasil kerja aku..smpai yg dlm otak aku pon nak dikorek gak....menggelupur la makcik....huhuhu...

apa2 pon..akhir cerita, ko ada tanggungjawab ko...ko laksanakan la...patutnya terima kasih la dgn aku yg tlg INGATKAN korang yg mgkin lupa ada kerja korang tercicir...

skali aku PANG kang!!

Wednesday, February 10, 2010

Pengumuman buat YB (Yang Berkenaan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sejak sekian lama aku tak update blog, ni, kini aku menyampaikan beberapa perkara yg aku rasakan agak relevan dengan kerjaya aku.

Pertamanya, dalam mempertingkatkan kualiti pemberitaan, ada sedikit perubahan kepada YB (Yang Berkenaan) iaitu ruangan khas WAWANCARA disediakan berserta beberapa syarat yang boleh dibincangkan. Antaranya, kalau siarkan wawancara YB tu, sebolehnya berjanjilah untuk membeli sekurang-kurangnya 1,000 naskah Sinar Harian pada hari keluaran artikelnya. Boleh ke?

Ini tidak terbatas kepada YB tertentu sahaja, sebaliknya terbuka kepada 'yang berkenaan' lain, termasuk Yang Berjanji, Yang Berkhidmat dan YANG BERMINAT.

Kita usaha sama-sama utk dapatkan (win-win situation).

Keduanya, kepada sesiapa sahaja yang berminat nak ketengahkan BISNES menerusi penyiaran artikel di Sinar Harian, kita akan adakan sedikit perbincangan juga demi mewujudkan (win-win situation) tadi iaitu, sudilah kiranya membeli juga sejumlah naskah Sinar Harian pada hari keluaran artikelnya.

Apa-apapun, masih boleh diperbincangkan.

Ketiganya, aku juga nak memperkukuhkan lagi kualiti penyampaian berita, jadi aku meminta jasa baik sahabat handai, jiran tetangga, pengkritik dan pembaca setia ruangan aku tu, agar dapat menyalurkan SEBARANG ISU/PERMASALAHAN yang masih membelenggu masyarakat daerah terchenta ni.

Setiap isu yang diutarakan, aku akan usahakan untuk mendapat MAKLUM BALAS pihak berkaitan agar dapat disiarkan pada hari yang sama untuk kedua-dua pihak. Juga mengutamakan (win-win situation).

Keempatnya, aku yg sentiasa PENTINGKAN DIRI dan suka MENYUSAHKAN ORG ni nak minta jasa baik semua pihak untuk salurkan maklumat atau aktiviti berkaitan SUKAN dan SEKOLAH, di samping memohon kerjasama semua untuk menyampaikan maklumat tentang AKTIVITI HIBURAN, PERTANIAN, WIRA, WANITA dan apa sahajalah yg boleh ditonjolkan.

Biar Sinar Pahang nanti tukar jadi Sinar Raub je semua (hikhikhik)....Sekarang ni aku dah mula jadi GILA KERJA.

Jangan segan silu nak salurkan berita kat aku...Kalau tak sempat datang (kononnya serentak dgn program lain), aku minta jasa baik tlg la amik gambo n sediakan sikit detail...

Kalo boleh, aku nak kita sesama naikkan semangat kedaerahan dengan pelbagai berita dihidangkan. GERAM NI. hihihi...

Tapi, aku pergi bercuti dulu la yer.....Mulai Khamis (11 Feb) sampai Isnin (15 Feb) utk ejas ketenangan dalam diri n kumpul semangat baru utk memulakan tugas.

Sampai sini dulu, I LOVE U All.......sekian.

Tuesday, December 22, 2009

ape kes...

ape kes...
aku punya blog 'personal' pon ada org nak condemn gak?
hak hati aku nak luahkan perasaan aku pon org nak 'nasihat' gak?
nih la masalahnya bila org rasa dia bagus sgt sampai lupa 'batas' yg dia boleh langkaui..

takkan la nak luahkan perasaan kita sdri..kita nak kutuk2 diri kita lak kan..sampai bila2 pon tak lega..
sampai bila2 pon kita takkan 'release'...
ada ke patut....

takde paksaan pon org nak dtg tgk ke tak....tak pula dikenakan yuran..tak wajib pon...
kita manusia normal..ada rasa tak puas hati..SELALU....
dah luahkan kat blog sdri...rasa lega..n bole la perform dgn baik depan org...

igt semua motivator or org2 yg baik tu takde rasa n pandangan negatif pada persekitaran dia?
tapi diorang ada cara tersendiri nak buang rasa tu..samada luah masa dlm toilet ker...tulis diari ker...cerita kat best friend ker....terpulang..asalkan 'release' n cuba berlagak normal demi jaga etika profesional...

aku pon gitu gak..salah ke kalo aku ada blog sdri utk luahkan apa je yg aku rasa?yg aku saksikan sdri...yg aku dgr..yg aku lihat....tajuk aku pon dah tepat rasanya...

BUKAN AKU BERLAGAK YG AKU JE BETUL SEMUA ORG SALAH....DAH INI BLOG AKU..AKU NYER CERITA LA.,...NAK BUAT CERITA ORG LAIN BUAT APA...BUKAN ADA GAJI PON...

Friday, November 20, 2009

~~Jangan Ada Benci~~

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati


Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan


Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri


Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Thursday, November 19, 2009

KESEMPATAN atas KESEMPITAN

Assalamualaikum,

Post aku kali ni, aku anggap penyudah la bagi cerita peribadi aku..Tapi aku rasa elok juga dikongsikan bersama teman2...

Sehari selepas aku memegang title baru aku berkesempatan mengenali seorang staf jabatan kerajaan di sini dengan lebih dekat. Bukan untuk berlebih-lebih, cuma aku membenarkan dia cuba untuk rapat dengan aku.

Permulaannya dia memaksa aku utk pergi program anjuran jabatannya sedangkan aku pada ketika tu betul2 tak larat nak fokus pada kerja. Tambahan pula aku dah ada stok utk dihantar setiap hari.

Bila asyik didesak, aku mula rasa tertekan dan beritahu perkara sebenar yang memungkinkan aku tak pergi ke program tu... Aku kata " Baru sehari saya berpisah secara rasmi, jadi saya bercadang nak cuti seminggu,"...tu je ayat aku...

Tah nape aku rasa mcm kena gagahkan juga utk pergi, terpaksa bawa sorang lagi kawan buat teman berbual...Thanks Kamariah.

Bermula dari tu, aku buat kerja macam biasa n staf tu macam mula nak rapat dgn aku...aku nampak caranya bebetul lain, mcm ada sesuatu...

Menjelang petang aku dapat tau, dia nih sebenarnya nak rapat dgn aku pon sebab kerja aku yg punya banyak network seluruh daerah nih. appa raaaaa...nak amik kesempatan betoi la...

Tapi aku tak kisah, nak plak aku bukannya ada attach dgn sesape....mungkin niat dia tu bole beri keuntungan juga kat aku...give n take org kata...

dari sudut pemerhatian aku, dia nih mula menggunakan elemen 'perasaan' untuk meneruskan niat dia berdamping dengan aku. Come On laa....dia bukan lelaki pertama yg aku kenal....tak perlu nak main2 perasaan org kalo dah niat nak majukan bisnes...straight to the point, n u'll be bless by Allah SWT.

Lama kelamaan aku tgk rentak dia dah lain benar...mcm2 cara yg buat dia kantoi..slalu benar tersasul...Nak plak setiap kali jumpa aku bawa kekawan...adik aku la...kalo kuar berdua pon aku bawa ke kedai yg aku dah kenal sesangat...ajak tokey kedai borak skali...

Bukan sebab ape pon, aku nak dia tau yg aku nih bukan la bole nak ditipu2 n diperdaya sampai tahap jiwang2..dah la aku baru menempuh suasana perit..mesti la aku berhati2...

Mula2 kenal mamat nih mengaku bujang...dia kata dia penah bertunang n tunang dia tinggalkan dia sebab nak kat lelaki lain yg lebih steady n keja bagus...

aku tgk dia nih skali imbas je dah tau dah dia kaki cong...cong cong cong..last2 dia dah tak larat nak cong dah bila slalu sgt kantoi...

cakap berubah2.,...satu cerita memacam versi...kesudahannya saat paling teruk dia kantoi bila kami keluar makan tgh malam..aku bawa bebudak rumah skali..zura, farah n aida....kitaorang main bantai je cakap perli2..memacam topik la..sampai satu tahap.....dia dah tak tahan..

kesudahannya, bila balik dia mengaku dia dah kawen n ada dua anak..tinggal di tganu..kampung dia....aku langsung tak terkejut..tak frust..n tak langsung nak marahkan dia...bagi aku normal la tuh..stakat nak cover2 status kan..nak tipu2 untuk dapatkan link bisnes dia...

oh ye, sbenarnya dia nak gunakan aku utk dpt network kat Raub nih supaya dia bole lancarkan bisnes bekal kepok lekor ori dr tganu....hmmm....nampak gayanya dia nak amik kesempatan atas kesempitan yang aku tgh lalui waktu tuh...

bila dah kantoi gitu..aku pon buat biasa jer la..tapi aku terus2an perli dia sampai mungkin dia rasa rimas n tak selesa...

esoknya pula, mungkin Allah nak dedahkan kebenaran, dia ada call aku tapi aku tak jawab..so, masuk la voicemail...mungkin dia tak sedar, voicemail tu merekodkan perbualan dia dgn sorang pmpuan.

aku dgr2 semula, dia rupanya bicarakan hal aku....ada ke patut, dia luahkan kat kawan dia yg aku nih 'mudah jatuh cinta kat dia..padahal dia cuma amik berat'....WTF!!!!

aku yg hangin nih call dia balik..tanya ape yg dia kata kat kawan tuh..mula2 dia tak ngaku..dia kata takde apa2..aku kata aku dgr voicemail yg dia 'tak sengaja' tinggalkan.....lepas tu dia ngaku...dan dengan kurang ajarnya, dia letak phone n cancel terus call aku lepas tu...

rupa2nya dia terkedu mcmana aku bole tau..tuh la aku kata Allah SWT lebihy berkuasa...pepandai nak aniaya perasaan org, tapi diri sendiri yg terkena..

Aku paksa dia perbaiki keadaan n beritahu perkara sebenar kat kawan dia tu....tak puas hati n tak yakin dia dah beritahu, aku minta no phone kawan dia utk tanya sendiri...tah la dia tipu ke tak..tu urusan dia plak...

Yang pasti, dia yg kantoi dgn aku..dia tuduh aku nak kat dia plak..padahal aku simpan semua sms n voicemail dia...dia punya AYAAATTT..kuuuuuuuuuuuuusssssssssssssemangat!!

Lain kali, jangan memain dgn aku ya!..sekali ko burukkan nama aku..sepuluh kali aku bole balas...ada ke patut...dia yg amik kesempatan atas situasi sedih kita..dia nak burukkan lagi keadaan plak....

Monday, November 9, 2009

Di mana cahaya itu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya tepat pada jam 9.30 pagi nanti aku akan berada dalam Kamar Mahkamah Rendah Syariah menentukan hala tuju aku (yang pastinya aku nantikan sejak hampir sebulan lalu).

Biasanya aku masuk mahkamah mengambil cerita aib orang untuk tatapan pembaca, tapi kali ini aku mengetengahkan diri aku sendiri dan sebolehnya aku cuba menutup aib sesiapa sahaja yang berkaitan denganku pada hari itu.

Semalam, aku bagai kebingungan melihat kejauhan sana, di mana cahaya itu? ke mana akan ku tuju? siapakah bakal berada di sampingku? Adakah aku mampu memikul status itu?

Aku lalui hari seperti biasa dengan rutin kerjaku.Tersenyum mesra melayan karenah pembaca yang mahukan gambar dan cerita mereka disiarkan. Ada kala aku tertawa melihat gelagat mereka, pada masa yang sama terlintas di benakku yang penat ini, ketawa itu untuk siapa?untuk apa? Aku kembali terdiam mematikan diri dalam keriuhan.

Lewat petang semalam, aku ditemani rakanku untuk menghabiskan satu liputan tugas, kemudian berazam untuk 'makan besar' mungkin kali terakhir, aku tak pasti lagi...Rembang malam aku bertemu dengan dua lagi rakanku, yang pastinya mereka semua anak dara muda belia...bukan macam aku, jadi akulah kepalanya? belum lagi...

Tidak semena aku benar-benar merindui saat yang sedikit itu, saat sekejapan yang membahagiakan aku ketika bergelar isteri, saat aku dapat berkongsi kegembiraan bersamanya. Lalu aku cuba menghubunginya semula, sengaja untuk berbual biasa. Mungkin dapat melepaskan sesak di dada.

Respon yang agak menyinggung rasa bila mendapati suaranya mendatar. Rupanya sudah tidak ada lagi cinta dan sayang dalam dirinya. Mungkin ada, tapi bukan milikku lagi. Tak apa, bukankah itu yang aku mahukan dulu? Nah... terimalah kini.

Aku cuba mengimbas kembali saat bersamanya, sekiranya aku benar2 gembira di alam nyata, pasti aku akan bermimpi sesuatu yang duka tentang dirinya. Pasti menyinggung perasaan wanitaku. Tetapi saat aku berselisih pendapat dan tidak bertegur sapa, mimpiku seolah-olah dialah segalanya. Seolah-olah aku dan dia tidak dapat dipisahkan lagi, aku seakan benar menyintainya.

Namun sampai bila mimpi bersilih itu menghantui kehidupanku? Sampai bila perasaanku dipandu mimpi yang mungkin mainan musuh Allah SWT...

Aku kembali menekur...tertunduk lesu, berwuduk dan solat memohon keampunan Yg Maha Esa. Ku berharap agar dapat melupakannya terus seandainya dia bukan milikku.

Tidak semena, seusai penghabisan doa berkumat di bibirku, hatiku benar-benar lapang dalam kedinginan. Jiwaku benar-benar tenteram dalam keharmonian.

Ketika itulah, aku yakin bahawa Allah SWT mahu aku melepaskan bebanan itu. Aku yakin itulah yang terbaik untukku. Aku tidak pernah merasai tenteram seperti ini sejak aku bergelar isteri, dan aku yakin doaku yg kudus membawa penghargaan untuk diri aku sendiri.

Maka, aku gembira berhadapan keadaan tersebut, dan aku yakin dapat mengembalikan keceriaanku pada waktu dahulu. Aku kini bebas menjalankan tanggungjawabku..

Siapa aku nanti, dengan siapa aku bersama, bukan lagi persoalan utama buat diriku.

Aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah....Amiin.

P/s: Aku tak habis cerita lagi pasa jumpa kawan2 aku tadi...diorang ajak aku pergi karaoke..seingat aku last aku betul2 karaoke di KL..masa aku masih menjadi warga KL...zaman usiaku masih muda belia...Tapi, best juga sesekali release tension.. Layan la 3 lagu..SEKIAN.

Friday, November 6, 2009

Membiasakan diri dgn status baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Mulai 9 November nanti, aku akan memegang status baru yg mungkin agak ngeri untuk diterima kebanyakan wanita dunia.

Bukan title sebagai ibu, tapi title sebagai JANDA...Hakikat yg aku kena terima bila (tak ada lagi ruang untuk mencari jalan penyelesaian). Itu yg bekas suami aku cakapkan walaupun aku kata terlalu banyak pilihan sebab dia yg merasai kehidupan bersama aku, keluarga aku dan boleh menilai apa yg dilakukan keluarganya itu betul atau salah.

Jadi, keputusan pada perceraian aku semata-mata disebabkan tak ada persefahaman.

Biarpun hakikatnya banyak faktor negatif yang melingkungi zon keluarganya. Sebelum ni aku telan semuanya.

Sepanjang hampir lima bulan bersama, aku rasakan seperti lebih tua dari usia sebenar aku, tetapi dia sebaliknya. Bila bersama aku dirasakannya lebih muda..Semuanya aku...Jadi, faham2 je la kan.

Aku dah pesan, jangan nak main cinta kalau belum bersedia, nanti akan melukakan hati org...Tapi degil n campur pula sikap pentingkan diri...yg jadi mangsa? aku....jugak.

-Title kerja aku menjadi 'access' memudahkan dia dalam beberapa perkara besar.

-Sepatutnya faham kerja aku yg takde masa luang memerlukan pengorbanan dua belah pihak...Mula2 kata faham, bila lama2 sengaja dijadikan point pulak...

Tapi takpe, aku redha.....aku doakan dia bertemu jodoh yg terbaik n boleh menerima diri dia seadanya...aku juga doakan wanita pilihan dia tu nanti diterima ahli keluarga dia. Aku juga doakan dia dapat tadbir keluarga dalam zon positif....jadikan pengalaman sebagai pengajaran...

untuk ibunya, aku doakan menjelang usia 72 tahun pada 3 Januari nanti, semoga lebih panjang umur dan mendapat hidayah Allah SWT. Berilah masa untuk anakmu mengenal hidup, bukan dibayangi telunjukmu yang sentiasa menuding ke kiri..Aku dah maafkan setiap perbuatanmu samada sedar atau tidak. Pelik, bukan? heheheh..

Aku terpaksa ucapkan yg aku maafkan ibu dia sebab aku tak mahu lagi berjumpa di akhirat dalam keadaan ibunya nanti menadah keampunan akibat kejam sesama manusia. (Hablum minannas)...

Aku juga minta maaf sebab aku masih lagi belum diterima walaupun aku banyak berkorban mengubah kehidupan dia ke arah lebih positif. Dah tiba masa aku kembali berkorban untuk kerjaya aku semula.

Jgn susah hati, aku dah halalkan segala2nya yg dah jadi darah daging dia..walaupun aku tak seharusnya beri nafkah kat dia..hehehe....wanita dominan.

Aku?Untuk diri aku sendiri....aku redha dengan ketentuan Allah SWT....
Janda Meletup beb!....pk positif...pk positif...pk positif...

Wednesday, November 4, 2009

Masa untuk diri sendiri

Hai, Salam Sejahtera...

Lama juga rasanya aku tak update blog ni... Ada masa mcm dah meluat tengok blog sendiri..bukan sebab nak kutuk diri sendiri, tapi sebab tak update...layout pun macam dah bosan jer..Jadi, perlu masa luang untuk tukar segalanya.

Hari ni aku juga curi masa n duit (kad kredit) untuk beli beberapa kelengkapan untuk diri aku sendiri... Dalam keadaan hujan lebat n tersadai kat lot kedai, aku tak segan silu masuk ke kedai PUMA n belek2 beberapa kasut yg menarik minat aku...

Aku pk, ada tiga jenis kasut yg sesangat aku berkenan..untuk joging, hiking n untuk jejalan (kerja)..jadi aku ambil ketiga2 skali..adakah aku tamak n membazir?

Bila difikirkan, ia sebenarnya long term investment..bergantung kepada tahap kekerapan aku memanfaatkan ketiga2 kasut tersebut...hehehe....

tapi lumrahnya, pantang aku beli sesuatu benda, mesti akan jadi brg 2nd hand pada adik2 aku....kapak beb!!..

Aku selalu tertanya2, kenapa diorang berkenan sgt dengan barang2 yang aku beli, hatta sehelai tikar jerami bernilai RM4.90 pun diorang kebas...

Satu je alasan diorang, barang2 yg aku beli 'nampak mewah' n kena dengan citarasa org ramai...hmmm...samada ikhlas atau ayat bodek? sbb setiap kali diorang declare barang aku as 2nd hand, sure diorang cut cost sampai 75%...even though sebenarnya aku baru sehari guna...ada masa untungnya diorang, amik terus tanpa bayaran...apa bleh buat, dah adik beradik...haaa...hamek..hamek..pilih..pilih....

Tapi satu je perkara aku yg paling aku pegang n diorang kena akur....kalo nak barang2 aku, kena mintak....tak boleh amik terus jer...mau aku mengamuk...sure ngamuk giler la..walaupun barang yg diorang amik tu aku dah tak berapa berkenan...bagi aku, adab menghormati harta org tuh penting...

So, berdasarkan prinsip tersebut.....barang2 aku masih kekal kecantikannya..hahaha....aku ada majalah yg dah berusia lebih 10tahun..tapi masih utuh dari kulit ke kulit...cantik beb..seperti baru...tapi bila dapat ke tangan2 org nih..hancus!..

Satu je prinsip dunia yg aku nampak..org takkan hargai sesuatu barang, kalau dia tak keluar duit sendiri...kalau dia yg beli, sure dia akan hargainya..jadi, elakkan budaya pinjam meminjam..hatta adik bradik skali pun...nih bagi yg tak reti jaga barang la kan...

Kalau aku lak..aku nak pinjam, aku pinjam je tanpa rasa bersalah..sebab aku cukup jaga brg2 org...biarpun bukan guna duit aku sdri...aku jaga sebab 1 jer..aku malas nak ganti kalo rosak!...hehehehe....

Kalau org kata itu tabiat buruk aku...lantak la..bagi aku., ia satu kesenangan buat aku sebab aku tak mengalami kerugian. Tak salah cerewet demi satu kebaikan...

Berbalik kepada perihal kasut2 aku tadi, buat masa tak sampai beberapa jam nih, aku still syg lagi harta baru tu..tapi blom tau kalo dah masuk beberapa bulan n diintai adik bradik aku...(korang mmg camtu)...

Satu kasut sempoi je aku tgk cuma 4x jer....aku congak2...aku dah lama nak kasut jenis gitu..ada la dlm 5thn...walaupun sebelum nih aku penah beli..tapi jenis yg murah2...baru kali nih aku beli yg mahal sket..RM39.90...hehehe....ini dia.

Ini pilihan aku yg last sebenarnya... aku sebenarnya cari kasut joging...konon nak amalkan hidup sihat la kan..kembali aktif selepas sekian lama tak perah lemak2 di badan..seingat aku last aku aktif sukan masa thn 2000 aku join kelab kayak kat UIA..

Actually aku bersama lima kawan yg lain jadi perintis kelab tu yg aku tak pasti masih bernyawa atau tak skrg nih..kalau ada, ketahuilah...akulah Setiausaha Agung yg bertungkus lumus siapkan paperwork bagi setiap program...Bila aku quit, tanpa rasa apa2 pon nama aku dipadamkan daripada paperwork yg aku buat bersungguh2 (tak bersungguh mcm aku buat assignment yg lecturer beri)..hehehe...melalut plak...

kasut joging aku tak la berapa mahal sangat, tapi aku berkenan dgn kaler dia..aku cuba igt2, aku penah beli kasut kaler yg sama, tapi rasanya jadi mangsa salah sorang adik aku..tak igt sape yg kebas...kpd sesape yg amik n arwahkan kasut tuh...tlg aku recall smula n jadikannya kenangan..ahaks! sentimental lak dgn arwah2 kasut aku....huhuhu...
yg nih harganya RM49.90....aku akan mula joging start minggu depan...adakah berjaya?hehehe...
Aku beli kasut hiking yg aku tak pasti nak guna bila....hmm..harganya rm79.90...cantik babas!!...pada mata aku la kan...agak2 la, kalo wat jejalan ok tak weh?hehehe...utk pengetahuan semua...walaupun aku nih besar, kasut sport aku cuma saiz 5 jer..atau 39....kalau sandal pmpuan yg ayu tuh plak..aku guna saiz 8...

nih kasut hiking aku...aku tau nih kasut lelaki...tapi apa bleh buat..aku suka..jeans pon aku slalu beli cutting lelaki..aku tak minat langsung jeans cutting pompuan..tak kena dgn selera aku..hehehe...

Tuesday, September 29, 2009

Aku pon tak paham...

Aku pon tak paham dengan satu situasi nih sekali gus melambangkan tahap mentaliti individu yg terlibat...

apa diorang tak pk ke zaman skrg penuh dgn 'penilaian n perbandingan'..terutama skali golongan muda....

aku nak cakap lelebih kang, bukan negeri aku...tapi bila pk dalam2..aku still rakyat Malaysia...

nak cakap kang, org cop pembangkang...tak cakap kang, pandangan aku dok membusa dalam kepala otak....

nih aku cakap sebagai salah seorang rakyat Malaysia....bukannya dari pandangan profession aku....

aku baca sekilas jer, terus aku pk bole 'counter argue' statement tuh...


cuba tgk yer....

"LEMBU PUN TAK BOLEH JAGA, MACAMANA NAK JAGA RAKYAT?"......

apakah lembu dijadikan bahan ukur untuk disamakan dengan rakyat?apa tak boleh terima dah HUKUM KARMA yg jelas menunjukkan itu adalah BENCANA ALAM....bukannya disengajakan...apa perlu diletakkan lembu dalam rumah?budak kecik pon bole pk la dey!!!....

yg pegi bela lembu kat tapak yg bukan hak korang tuh apsal? sejak bila lembu tuh ada di situ?kot nak sangat jaga lembu tuh macam org, apa kata korang buat sebijik banglo besar n bagi lembu tuh duduk...yg pasti banglo yg korang buat tuh atas tanah korang sendiri la kan...baru korang tau camner nak jaga 'rakyat2' korang yg mcm2 saiz tuh...

satu lagik....yg aku slalu banding2kan....masa kejadian runtuhan Highlands Tower...berapa ramai org maut?berapa ramai yg tak jumpa jasadnya smpai skrg?masa tuh ada buat demonstrasi ker?(kalo ada sori aaa....sbb zaman tuh beringus lagik)hehehe....ada ke pertikaikan kerajaan tak pandai jaga rakyat?

nak lagi tepat...masa kes kat bukit antarabangsa tuh....mentang2 la masa tuh pembangkang dah take over pentadbiran....bertubi2 korang semua marah2 konon tak jaga kebajikan rakyat...pentingkan poket buat pembangunan sampai abai keselamatan rakyat....

korang nih menda tah gamaknya...dah lupa ke yg org2 mcm aku nih menilai...

masa terjadi bencana kat bukit antarabangsa tuh....korang rasa semalam ke projek tuh dilaksanakan?atau projek tuh dibuat tepat pada 9 Mac 2008..pastuh beberapa bulan pastuh terus runtuh/bencana....gitu jadinya?

projek pembinaan tuh pada asalnya kat tangan sape weh?heiii.....kekadang tuh aku rasa mcm dah muak dah tgk org yg dok buat mcm 'MELUDAH KE LANGIT'....

kitaorg yg muda nih..(bole consider muda lagi kan?)hehehe......kami nih bole pk la weh....jgn la nak main wayang lagi dah...cukup2 laaaaaa.....

aku malu sbenarnya..kalo dulu bila sebut pemimpin tuh..sebut pemimpin nih....bergenang air mata...berdebar2 dada....dek terharu n terlalu mengkagumi jasa n keprihatinan diorg kat rakyat....nape skrg nih aku tak dapat rasa mcm tuh lagik? nape?

huhuhuhu.....aku pemegang FIKRAH MAHATHIR.....sebab aku n kekawan bangga digelar GENERASI MAHATHIR....bagi aku..generasi yg betul2 menikmati semangat perjuangan pemimpin zaman Tun M dulu...individu yg lahir antara tahun 1975 - 1985 ....bila Tun M mula mentadbir negara pada 1981...sesapa yg lahir pada 1975 dah rasa konsep yg digunakan Tun M waktu tu....aku lahir tgh2...zaman revolusi media Malaysia....hehehe..tak sangka lak aku jd org media skrg....ops..balik smula...

WHY?mengapa perasaan dan semangat yg dulu boleh menyemarakkan sifat '1Malaysia'....tapi sekarang semua tuh dah takde?...gagasan 1Malaysia yg dilaungkan PM kita hari ni sebenarnya terasa 'jengkel' untuk dilaksanakan...bukan aku membantah....tapi aku nak katakan sebenarnya 'ia semakin pudar'...sebab aku dah rasa perasaan 1Malaysia tuh dalam kepimpinan Tun M...aku dah rasa mcmana selesanya aku berada bersama masyarakat Cina n India....biarpun masa tu aku tak skolah lagik...tapi aku dapat rasa mcmana mesranya layanan bangsa lain terhadap aku...datang ke rumah diorang..guna mainan diorang...bila tiba waktu makan..diorang pujuk aku dan siap hantar balik lagik..hahaha....takan la nak ajak makan skali,kan?pastu petang kekawan yg lain bangsa nih...datang semula ajak main lagik....betapa aku bahagia dalam dunia aku sndri masa tuh....

aku ingat lagik masa aku umur 6thn...aku tak pegi tadika...abah tak daftar pon...aku merasa sekejap je 'tadika telok kemang' masa umur 5thn...bila aku 6thn...tak tadika dah....tapi aku boleh ajar akak aku yg masa tuh darjah dua..huhuhu....gini, balik pada apa yg aku nak citer....masa umur 6thn tuh aku dah pandai pegi kedai sdri..sorang2.....mak bagi list barang n aku ke kedai....aku pon musykil camner aku leh ingat jalan ke kedai..sbb kalo pk,jauh gak rasanya..n aku bole balik dlm keadaan selamat dgn barang2 yg dipesan....

masa sampai kedai, aku cuma hulur je list n duit besar (aku tak igt berapa ringgit)..aku tunggu depan kedai sambil tgk2 gelagat org....pastu uncle india tuh kuar n beri kat aku barang dan duit baki...dia kata pegi kedai sebelah plak....aku pon tak paham nape dia kata gitu..aku pegi jer...takde hal punya la...sampai kedai sebelah..sorang uncle cina amik list dari tgn kecik aku....tah menda dia cakap tah..aku dgr diorang bersahut2 sbelah kedai....pastu aku tgk uncle tuh bungkus2 n masuk dlm beg plastik beri kat aku...amik duit dr tgn aku n hulur baki....aku pon balik...tuh la rutin aku kalo ke kedai pon...

moral of d story, mak aku tak penah merungut setiap kali aku bawak balik brg2 tuh dgn baki skali...masa kecik tuh, aku sedih gak rasa bila kena ke kedai...tapi bila mak tak merungut atau komplen..aku rasa bangga sbb dapat laksana tugas dgn baik...hehehe....tapi bila dah besar n aku pk smula...byk pengajaran aku dapat dari kerja aku tuh....sikap saling mempercayai dipraktikkan.....sikap melindungi biarpun aku anak Melayu..tapi dua uncle tuh cukup prihatin...jujur plak tuh...mak aku dah pupuk jati diri aku dari kecik lagik utk berani berhadapan apa jer...inilah hasilnya aku skrg....kat tempat aku berdiri skrg nih...aku bangga..

aku tak penah rasa takut pada bangsa lain..aku tak penah rasa terancam..dan pastinya aku takde kekuatan untuk mengancam diorang..kan?..jadi,

kita tak seharusnya termasuk dalam kelompok 'mudah lupa'....sedar tak sedar....PM kita hari ini mungkin berhasrat nak mengajak kita semua 'kembali' kepada kegemilangan 1Malaysia yg pernah dipraktikkan dulu....(nih pandangan aku)..

jadi....kembali semula kepada topik 'lembu n rakyat'.....adakah wajar perbuatan korang tuh?ataupun korang sbenarnya 'dicucuk'?sape ke yg cucuk tuh...meh sini aku kabo ke dia yg dia tuh mengeruhkan lagik keadaan.....

org skrg 'dah celik'....bukan kata org skrg 'dah cerdik'....ayat celik tuh lagi tepat...sbb dr dulu lagi org dah cerdik..cuma kekadang kecerdikan boleh dimanipulasi org2 tertentu bila kita dlm 'kegelapan'....kalo dah celik...org bodo pon tau la depan tuh ada lubang!..mau masuk lubang sindiri ka dey?...

bagi aku la...daripada asyik saling mematuk antara satu sama lain...baik la pk camana nak majukan fikrah rakyat skrg nih....pk kemajuan ekonomi skrg nih....jgn dipolitikkan....ini tidak..kalo bangsa guna politik cerdik, aku tak kisah...Nabi SAW pon berpolitik....ini tak..guna politik budak tadika..."Ko jgn kawan dia..dia tuh tak lawa...baik ko jauh dari dia, mak dia tuh kedekut....mak aku kata mak dia tu tak pandai jaga anak....kalo ko kawan dgn dia..ko pon sama bodo mcm dia"...nih budak tadika nyer politik jer nih....aku slalu dgr zaman kecik2 dulu....zaman tuh..waktu tuh..dgn cara tuh...mmg berkesan! tapi lucu la kalo diaplikasikan kat pentadbiran negara....

aku penah tgk satu senario bebudak tgh main kejar2 'polis sentri'....diorang dok bergelumang dengan debu bergolek2 puas main..tetiba datang sorang lagik budak nak main...aiseh tak cukup nak masukkan dia..tgh bincang2 camner nak terus main dgn budak baru tuh..datang mak sorang budak yg jd 'otai' masa memulakan game tuh...disebat,dipulasnya telinga otai tuh...meraung2 la..maklum la..semua still beringus lagik...laki ke pompuan...semua bole nangis tahap 'sandiwara semasa' punya laa...mak budak tuh cakap.."nih nape sampai kotor2 abeh satu badan nih..ko igt keja aku cuci baju ko jer ker..aku dah cakap kan jgn kotorkan baju"...anak dia yg meraung2 'palsu' tuh selamba je tuding jari kat budak baru sampai tuh kata budak tuh tolak dia sampai jatuh...yg mak dia lak bodo gak..tak abih sampai situ jer..dimakinya mak budak baru tuh...

sudah la anak belom main pon lagik dah jadi mangsa....mak dia pon terlibat skali....tuh la dia kesannya politik bodo dari si 'otai'....

pk sdri la...bengang betoi aku....pegi simpan balik lembu2 korang tuh!

Wednesday, September 16, 2009

My full day of SIGH!

Started my day with very heavy lazy eyes.....OMG, I almost missed my favourite assignment with OCPD...hehehe, luckily I've got back up from cikgu Bob...

Then, my exciting journey turned blue n keep my mind blow away all day long....SIGHS!

I decided to visit one of Nur-Karangkraf Fund receiver here, in Raub. Actually, i received the envelope from my boss with half-heartedly....it’s all bcoz of I knew that man earlier n feel something wrong with him (or his intention) from the first day he is trying to get in touch with me.

Can u all imagine, a father (with no regret) are fully misuse his daughter's disability just to raise fund (n for my deepest understanding), he is just want to fulfil his desire!

Since he got attention to appear with his daughter's sad story in local newspaper (few months b4 Sinar Pahang were born)...he's texting me asking for my sympathy n fund....HISH!!...from the text he sent to me, I knew he is trying to manipulate my feeling n express some sympathize to his daughter.

But that's not a good way to get sincere fund from people...

Oh, that’s a piece of his story for the past two years.....

last Friday, when I received the envelope n my boss highlight about the poor girl born without half-skull, its remind me about that guy...never mind boss, I’ll come to his house.

It is not difficult to find the house when he said that it's located in Taman Kenanga. I just ask one of the residents and she said “U can find the house with big CNI bunting"....emph, that is not a good sign...

When I reached at his house, OMG (again)....the house is too nice n too comfort for SAD people like him....the fully tiled floor from front gate till kitchen, the huge gouge n of course full of stylish accessories in his living room...

when my friend n me get in the house, just heard his wife yelling at someone in the centre compartment in the house....

try to investigate, the wife actually yelling at her own 71 years old mother, who are sick n half body paralysed (just for about few weeks b4).

What a disaster family...then how he with no shame write a letter to my Big Boss asking for the fund...emph...


Amanah is amanah...finished my duty (mission accomplished!)...now it's his responsibility to handle the fund in the right way (for his daughter purpose strictly)..not for double D (Drink or Drug)...hehehe......

Only Allah knows better what lies in his mind.....