Tuesday, December 22, 2009

ape kes...

ape kes...
aku punya blog 'personal' pon ada org nak condemn gak?
hak hati aku nak luahkan perasaan aku pon org nak 'nasihat' gak?
nih la masalahnya bila org rasa dia bagus sgt sampai lupa 'batas' yg dia boleh langkaui..

takkan la nak luahkan perasaan kita sdri..kita nak kutuk2 diri kita lak kan..sampai bila2 pon tak lega..
sampai bila2 pon kita takkan 'release'...
ada ke patut....

takde paksaan pon org nak dtg tgk ke tak....tak pula dikenakan yuran..tak wajib pon...
kita manusia normal..ada rasa tak puas hati..SELALU....
dah luahkan kat blog sdri...rasa lega..n bole la perform dgn baik depan org...

igt semua motivator or org2 yg baik tu takde rasa n pandangan negatif pada persekitaran dia?
tapi diorang ada cara tersendiri nak buang rasa tu..samada luah masa dlm toilet ker...tulis diari ker...cerita kat best friend ker....terpulang..asalkan 'release' n cuba berlagak normal demi jaga etika profesional...

aku pon gitu gak..salah ke kalo aku ada blog sdri utk luahkan apa je yg aku rasa?yg aku saksikan sdri...yg aku dgr..yg aku lihat....tajuk aku pon dah tepat rasanya...

BUKAN AKU BERLAGAK YG AKU JE BETUL SEMUA ORG SALAH....DAH INI BLOG AKU..AKU NYER CERITA LA.,...NAK BUAT CERITA ORG LAIN BUAT APA...BUKAN ADA GAJI PON...

Friday, November 20, 2009

~~Jangan Ada Benci~~

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati


Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan


Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri


Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Thursday, November 19, 2009

KESEMPATAN atas KESEMPITAN

Assalamualaikum,

Post aku kali ni, aku anggap penyudah la bagi cerita peribadi aku..Tapi aku rasa elok juga dikongsikan bersama teman2...

Sehari selepas aku memegang title baru aku berkesempatan mengenali seorang staf jabatan kerajaan di sini dengan lebih dekat. Bukan untuk berlebih-lebih, cuma aku membenarkan dia cuba untuk rapat dengan aku.

Permulaannya dia memaksa aku utk pergi program anjuran jabatannya sedangkan aku pada ketika tu betul2 tak larat nak fokus pada kerja. Tambahan pula aku dah ada stok utk dihantar setiap hari.

Bila asyik didesak, aku mula rasa tertekan dan beritahu perkara sebenar yang memungkinkan aku tak pergi ke program tu... Aku kata " Baru sehari saya berpisah secara rasmi, jadi saya bercadang nak cuti seminggu,"...tu je ayat aku...

Tah nape aku rasa mcm kena gagahkan juga utk pergi, terpaksa bawa sorang lagi kawan buat teman berbual...Thanks Kamariah.

Bermula dari tu, aku buat kerja macam biasa n staf tu macam mula nak rapat dgn aku...aku nampak caranya bebetul lain, mcm ada sesuatu...

Menjelang petang aku dapat tau, dia nih sebenarnya nak rapat dgn aku pon sebab kerja aku yg punya banyak network seluruh daerah nih. appa raaaaa...nak amik kesempatan betoi la...

Tapi aku tak kisah, nak plak aku bukannya ada attach dgn sesape....mungkin niat dia tu bole beri keuntungan juga kat aku...give n take org kata...

dari sudut pemerhatian aku, dia nih mula menggunakan elemen 'perasaan' untuk meneruskan niat dia berdamping dengan aku. Come On laa....dia bukan lelaki pertama yg aku kenal....tak perlu nak main2 perasaan org kalo dah niat nak majukan bisnes...straight to the point, n u'll be bless by Allah SWT.

Lama kelamaan aku tgk rentak dia dah lain benar...mcm2 cara yg buat dia kantoi..slalu benar tersasul...Nak plak setiap kali jumpa aku bawa kekawan...adik aku la...kalo kuar berdua pon aku bawa ke kedai yg aku dah kenal sesangat...ajak tokey kedai borak skali...

Bukan sebab ape pon, aku nak dia tau yg aku nih bukan la bole nak ditipu2 n diperdaya sampai tahap jiwang2..dah la aku baru menempuh suasana perit..mesti la aku berhati2...

Mula2 kenal mamat nih mengaku bujang...dia kata dia penah bertunang n tunang dia tinggalkan dia sebab nak kat lelaki lain yg lebih steady n keja bagus...

aku tgk dia nih skali imbas je dah tau dah dia kaki cong...cong cong cong..last2 dia dah tak larat nak cong dah bila slalu sgt kantoi...

cakap berubah2.,...satu cerita memacam versi...kesudahannya saat paling teruk dia kantoi bila kami keluar makan tgh malam..aku bawa bebudak rumah skali..zura, farah n aida....kitaorang main bantai je cakap perli2..memacam topik la..sampai satu tahap.....dia dah tak tahan..

kesudahannya, bila balik dia mengaku dia dah kawen n ada dua anak..tinggal di tganu..kampung dia....aku langsung tak terkejut..tak frust..n tak langsung nak marahkan dia...bagi aku normal la tuh..stakat nak cover2 status kan..nak tipu2 untuk dapatkan link bisnes dia...

oh ye, sbenarnya dia nak gunakan aku utk dpt network kat Raub nih supaya dia bole lancarkan bisnes bekal kepok lekor ori dr tganu....hmmm....nampak gayanya dia nak amik kesempatan atas kesempitan yang aku tgh lalui waktu tuh...

bila dah kantoi gitu..aku pon buat biasa jer la..tapi aku terus2an perli dia sampai mungkin dia rasa rimas n tak selesa...

esoknya pula, mungkin Allah nak dedahkan kebenaran, dia ada call aku tapi aku tak jawab..so, masuk la voicemail...mungkin dia tak sedar, voicemail tu merekodkan perbualan dia dgn sorang pmpuan.

aku dgr2 semula, dia rupanya bicarakan hal aku....ada ke patut, dia luahkan kat kawan dia yg aku nih 'mudah jatuh cinta kat dia..padahal dia cuma amik berat'....WTF!!!!

aku yg hangin nih call dia balik..tanya ape yg dia kata kat kawan tuh..mula2 dia tak ngaku..dia kata takde apa2..aku kata aku dgr voicemail yg dia 'tak sengaja' tinggalkan.....lepas tu dia ngaku...dan dengan kurang ajarnya, dia letak phone n cancel terus call aku lepas tu...

rupa2nya dia terkedu mcmana aku bole tau..tuh la aku kata Allah SWT lebihy berkuasa...pepandai nak aniaya perasaan org, tapi diri sendiri yg terkena..

Aku paksa dia perbaiki keadaan n beritahu perkara sebenar kat kawan dia tu....tak puas hati n tak yakin dia dah beritahu, aku minta no phone kawan dia utk tanya sendiri...tah la dia tipu ke tak..tu urusan dia plak...

Yang pasti, dia yg kantoi dgn aku..dia tuduh aku nak kat dia plak..padahal aku simpan semua sms n voicemail dia...dia punya AYAAATTT..kuuuuuuuuuuuuusssssssssssssemangat!!

Lain kali, jangan memain dgn aku ya!..sekali ko burukkan nama aku..sepuluh kali aku bole balas...ada ke patut...dia yg amik kesempatan atas situasi sedih kita..dia nak burukkan lagi keadaan plak....

Monday, November 9, 2009

Di mana cahaya itu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya tepat pada jam 9.30 pagi nanti aku akan berada dalam Kamar Mahkamah Rendah Syariah menentukan hala tuju aku (yang pastinya aku nantikan sejak hampir sebulan lalu).

Biasanya aku masuk mahkamah mengambil cerita aib orang untuk tatapan pembaca, tapi kali ini aku mengetengahkan diri aku sendiri dan sebolehnya aku cuba menutup aib sesiapa sahaja yang berkaitan denganku pada hari itu.

Semalam, aku bagai kebingungan melihat kejauhan sana, di mana cahaya itu? ke mana akan ku tuju? siapakah bakal berada di sampingku? Adakah aku mampu memikul status itu?

Aku lalui hari seperti biasa dengan rutin kerjaku.Tersenyum mesra melayan karenah pembaca yang mahukan gambar dan cerita mereka disiarkan. Ada kala aku tertawa melihat gelagat mereka, pada masa yang sama terlintas di benakku yang penat ini, ketawa itu untuk siapa?untuk apa? Aku kembali terdiam mematikan diri dalam keriuhan.

Lewat petang semalam, aku ditemani rakanku untuk menghabiskan satu liputan tugas, kemudian berazam untuk 'makan besar' mungkin kali terakhir, aku tak pasti lagi...Rembang malam aku bertemu dengan dua lagi rakanku, yang pastinya mereka semua anak dara muda belia...bukan macam aku, jadi akulah kepalanya? belum lagi...

Tidak semena aku benar-benar merindui saat yang sedikit itu, saat sekejapan yang membahagiakan aku ketika bergelar isteri, saat aku dapat berkongsi kegembiraan bersamanya. Lalu aku cuba menghubunginya semula, sengaja untuk berbual biasa. Mungkin dapat melepaskan sesak di dada.

Respon yang agak menyinggung rasa bila mendapati suaranya mendatar. Rupanya sudah tidak ada lagi cinta dan sayang dalam dirinya. Mungkin ada, tapi bukan milikku lagi. Tak apa, bukankah itu yang aku mahukan dulu? Nah... terimalah kini.

Aku cuba mengimbas kembali saat bersamanya, sekiranya aku benar2 gembira di alam nyata, pasti aku akan bermimpi sesuatu yang duka tentang dirinya. Pasti menyinggung perasaan wanitaku. Tetapi saat aku berselisih pendapat dan tidak bertegur sapa, mimpiku seolah-olah dialah segalanya. Seolah-olah aku dan dia tidak dapat dipisahkan lagi, aku seakan benar menyintainya.

Namun sampai bila mimpi bersilih itu menghantui kehidupanku? Sampai bila perasaanku dipandu mimpi yang mungkin mainan musuh Allah SWT...

Aku kembali menekur...tertunduk lesu, berwuduk dan solat memohon keampunan Yg Maha Esa. Ku berharap agar dapat melupakannya terus seandainya dia bukan milikku.

Tidak semena, seusai penghabisan doa berkumat di bibirku, hatiku benar-benar lapang dalam kedinginan. Jiwaku benar-benar tenteram dalam keharmonian.

Ketika itulah, aku yakin bahawa Allah SWT mahu aku melepaskan bebanan itu. Aku yakin itulah yang terbaik untukku. Aku tidak pernah merasai tenteram seperti ini sejak aku bergelar isteri, dan aku yakin doaku yg kudus membawa penghargaan untuk diri aku sendiri.

Maka, aku gembira berhadapan keadaan tersebut, dan aku yakin dapat mengembalikan keceriaanku pada waktu dahulu. Aku kini bebas menjalankan tanggungjawabku..

Siapa aku nanti, dengan siapa aku bersama, bukan lagi persoalan utama buat diriku.

Aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah....Amiin.

P/s: Aku tak habis cerita lagi pasa jumpa kawan2 aku tadi...diorang ajak aku pergi karaoke..seingat aku last aku betul2 karaoke di KL..masa aku masih menjadi warga KL...zaman usiaku masih muda belia...Tapi, best juga sesekali release tension.. Layan la 3 lagu..SEKIAN.

Friday, November 6, 2009

Membiasakan diri dgn status baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Mulai 9 November nanti, aku akan memegang status baru yg mungkin agak ngeri untuk diterima kebanyakan wanita dunia.

Bukan title sebagai ibu, tapi title sebagai JANDA...Hakikat yg aku kena terima bila (tak ada lagi ruang untuk mencari jalan penyelesaian). Itu yg bekas suami aku cakapkan walaupun aku kata terlalu banyak pilihan sebab dia yg merasai kehidupan bersama aku, keluarga aku dan boleh menilai apa yg dilakukan keluarganya itu betul atau salah.

Jadi, keputusan pada perceraian aku semata-mata disebabkan tak ada persefahaman.

Biarpun hakikatnya banyak faktor negatif yang melingkungi zon keluarganya. Sebelum ni aku telan semuanya.

Sepanjang hampir lima bulan bersama, aku rasakan seperti lebih tua dari usia sebenar aku, tetapi dia sebaliknya. Bila bersama aku dirasakannya lebih muda..Semuanya aku...Jadi, faham2 je la kan.

Aku dah pesan, jangan nak main cinta kalau belum bersedia, nanti akan melukakan hati org...Tapi degil n campur pula sikap pentingkan diri...yg jadi mangsa? aku....jugak.

-Title kerja aku menjadi 'access' memudahkan dia dalam beberapa perkara besar.

-Sepatutnya faham kerja aku yg takde masa luang memerlukan pengorbanan dua belah pihak...Mula2 kata faham, bila lama2 sengaja dijadikan point pulak...

Tapi takpe, aku redha.....aku doakan dia bertemu jodoh yg terbaik n boleh menerima diri dia seadanya...aku juga doakan wanita pilihan dia tu nanti diterima ahli keluarga dia. Aku juga doakan dia dapat tadbir keluarga dalam zon positif....jadikan pengalaman sebagai pengajaran...

untuk ibunya, aku doakan menjelang usia 72 tahun pada 3 Januari nanti, semoga lebih panjang umur dan mendapat hidayah Allah SWT. Berilah masa untuk anakmu mengenal hidup, bukan dibayangi telunjukmu yang sentiasa menuding ke kiri..Aku dah maafkan setiap perbuatanmu samada sedar atau tidak. Pelik, bukan? heheheh..

Aku terpaksa ucapkan yg aku maafkan ibu dia sebab aku tak mahu lagi berjumpa di akhirat dalam keadaan ibunya nanti menadah keampunan akibat kejam sesama manusia. (Hablum minannas)...

Aku juga minta maaf sebab aku masih lagi belum diterima walaupun aku banyak berkorban mengubah kehidupan dia ke arah lebih positif. Dah tiba masa aku kembali berkorban untuk kerjaya aku semula.

Jgn susah hati, aku dah halalkan segala2nya yg dah jadi darah daging dia..walaupun aku tak seharusnya beri nafkah kat dia..hehehe....wanita dominan.

Aku?Untuk diri aku sendiri....aku redha dengan ketentuan Allah SWT....
Janda Meletup beb!....pk positif...pk positif...pk positif...

Wednesday, November 4, 2009

Masa untuk diri sendiri

Hai, Salam Sejahtera...

Lama juga rasanya aku tak update blog ni... Ada masa mcm dah meluat tengok blog sendiri..bukan sebab nak kutuk diri sendiri, tapi sebab tak update...layout pun macam dah bosan jer..Jadi, perlu masa luang untuk tukar segalanya.

Hari ni aku juga curi masa n duit (kad kredit) untuk beli beberapa kelengkapan untuk diri aku sendiri... Dalam keadaan hujan lebat n tersadai kat lot kedai, aku tak segan silu masuk ke kedai PUMA n belek2 beberapa kasut yg menarik minat aku...

Aku pk, ada tiga jenis kasut yg sesangat aku berkenan..untuk joging, hiking n untuk jejalan (kerja)..jadi aku ambil ketiga2 skali..adakah aku tamak n membazir?

Bila difikirkan, ia sebenarnya long term investment..bergantung kepada tahap kekerapan aku memanfaatkan ketiga2 kasut tersebut...hehehe....

tapi lumrahnya, pantang aku beli sesuatu benda, mesti akan jadi brg 2nd hand pada adik2 aku....kapak beb!!..

Aku selalu tertanya2, kenapa diorang berkenan sgt dengan barang2 yang aku beli, hatta sehelai tikar jerami bernilai RM4.90 pun diorang kebas...

Satu je alasan diorang, barang2 yg aku beli 'nampak mewah' n kena dengan citarasa org ramai...hmmm...samada ikhlas atau ayat bodek? sbb setiap kali diorang declare barang aku as 2nd hand, sure diorang cut cost sampai 75%...even though sebenarnya aku baru sehari guna...ada masa untungnya diorang, amik terus tanpa bayaran...apa bleh buat, dah adik beradik...haaa...hamek..hamek..pilih..pilih....

Tapi satu je perkara aku yg paling aku pegang n diorang kena akur....kalo nak barang2 aku, kena mintak....tak boleh amik terus jer...mau aku mengamuk...sure ngamuk giler la..walaupun barang yg diorang amik tu aku dah tak berapa berkenan...bagi aku, adab menghormati harta org tuh penting...

So, berdasarkan prinsip tersebut.....barang2 aku masih kekal kecantikannya..hahaha....aku ada majalah yg dah berusia lebih 10tahun..tapi masih utuh dari kulit ke kulit...cantik beb..seperti baru...tapi bila dapat ke tangan2 org nih..hancus!..

Satu je prinsip dunia yg aku nampak..org takkan hargai sesuatu barang, kalau dia tak keluar duit sendiri...kalau dia yg beli, sure dia akan hargainya..jadi, elakkan budaya pinjam meminjam..hatta adik bradik skali pun...nih bagi yg tak reti jaga barang la kan...

Kalau aku lak..aku nak pinjam, aku pinjam je tanpa rasa bersalah..sebab aku cukup jaga brg2 org...biarpun bukan guna duit aku sdri...aku jaga sebab 1 jer..aku malas nak ganti kalo rosak!...hehehehe....

Kalau org kata itu tabiat buruk aku...lantak la..bagi aku., ia satu kesenangan buat aku sebab aku tak mengalami kerugian. Tak salah cerewet demi satu kebaikan...

Berbalik kepada perihal kasut2 aku tadi, buat masa tak sampai beberapa jam nih, aku still syg lagi harta baru tu..tapi blom tau kalo dah masuk beberapa bulan n diintai adik bradik aku...(korang mmg camtu)...

Satu kasut sempoi je aku tgk cuma 4x jer....aku congak2...aku dah lama nak kasut jenis gitu..ada la dlm 5thn...walaupun sebelum nih aku penah beli..tapi jenis yg murah2...baru kali nih aku beli yg mahal sket..RM39.90...hehehe....ini dia.

Ini pilihan aku yg last sebenarnya... aku sebenarnya cari kasut joging...konon nak amalkan hidup sihat la kan..kembali aktif selepas sekian lama tak perah lemak2 di badan..seingat aku last aku aktif sukan masa thn 2000 aku join kelab kayak kat UIA..

Actually aku bersama lima kawan yg lain jadi perintis kelab tu yg aku tak pasti masih bernyawa atau tak skrg nih..kalau ada, ketahuilah...akulah Setiausaha Agung yg bertungkus lumus siapkan paperwork bagi setiap program...Bila aku quit, tanpa rasa apa2 pon nama aku dipadamkan daripada paperwork yg aku buat bersungguh2 (tak bersungguh mcm aku buat assignment yg lecturer beri)..hehehe...melalut plak...

kasut joging aku tak la berapa mahal sangat, tapi aku berkenan dgn kaler dia..aku cuba igt2, aku penah beli kasut kaler yg sama, tapi rasanya jadi mangsa salah sorang adik aku..tak igt sape yg kebas...kpd sesape yg amik n arwahkan kasut tuh...tlg aku recall smula n jadikannya kenangan..ahaks! sentimental lak dgn arwah2 kasut aku....huhuhu...
yg nih harganya RM49.90....aku akan mula joging start minggu depan...adakah berjaya?hehehe...
Aku beli kasut hiking yg aku tak pasti nak guna bila....hmm..harganya rm79.90...cantik babas!!...pada mata aku la kan...agak2 la, kalo wat jejalan ok tak weh?hehehe...utk pengetahuan semua...walaupun aku nih besar, kasut sport aku cuma saiz 5 jer..atau 39....kalau sandal pmpuan yg ayu tuh plak..aku guna saiz 8...

nih kasut hiking aku...aku tau nih kasut lelaki...tapi apa bleh buat..aku suka..jeans pon aku slalu beli cutting lelaki..aku tak minat langsung jeans cutting pompuan..tak kena dgn selera aku..hehehe...

Tuesday, September 29, 2009

Aku pon tak paham...

Aku pon tak paham dengan satu situasi nih sekali gus melambangkan tahap mentaliti individu yg terlibat...

apa diorang tak pk ke zaman skrg penuh dgn 'penilaian n perbandingan'..terutama skali golongan muda....

aku nak cakap lelebih kang, bukan negeri aku...tapi bila pk dalam2..aku still rakyat Malaysia...

nak cakap kang, org cop pembangkang...tak cakap kang, pandangan aku dok membusa dalam kepala otak....

nih aku cakap sebagai salah seorang rakyat Malaysia....bukannya dari pandangan profession aku....

aku baca sekilas jer, terus aku pk bole 'counter argue' statement tuh...


cuba tgk yer....

"LEMBU PUN TAK BOLEH JAGA, MACAMANA NAK JAGA RAKYAT?"......

apakah lembu dijadikan bahan ukur untuk disamakan dengan rakyat?apa tak boleh terima dah HUKUM KARMA yg jelas menunjukkan itu adalah BENCANA ALAM....bukannya disengajakan...apa perlu diletakkan lembu dalam rumah?budak kecik pon bole pk la dey!!!....

yg pegi bela lembu kat tapak yg bukan hak korang tuh apsal? sejak bila lembu tuh ada di situ?kot nak sangat jaga lembu tuh macam org, apa kata korang buat sebijik banglo besar n bagi lembu tuh duduk...yg pasti banglo yg korang buat tuh atas tanah korang sendiri la kan...baru korang tau camner nak jaga 'rakyat2' korang yg mcm2 saiz tuh...

satu lagik....yg aku slalu banding2kan....masa kejadian runtuhan Highlands Tower...berapa ramai org maut?berapa ramai yg tak jumpa jasadnya smpai skrg?masa tuh ada buat demonstrasi ker?(kalo ada sori aaa....sbb zaman tuh beringus lagik)hehehe....ada ke pertikaikan kerajaan tak pandai jaga rakyat?

nak lagi tepat...masa kes kat bukit antarabangsa tuh....mentang2 la masa tuh pembangkang dah take over pentadbiran....bertubi2 korang semua marah2 konon tak jaga kebajikan rakyat...pentingkan poket buat pembangunan sampai abai keselamatan rakyat....

korang nih menda tah gamaknya...dah lupa ke yg org2 mcm aku nih menilai...

masa terjadi bencana kat bukit antarabangsa tuh....korang rasa semalam ke projek tuh dilaksanakan?atau projek tuh dibuat tepat pada 9 Mac 2008..pastuh beberapa bulan pastuh terus runtuh/bencana....gitu jadinya?

projek pembinaan tuh pada asalnya kat tangan sape weh?heiii.....kekadang tuh aku rasa mcm dah muak dah tgk org yg dok buat mcm 'MELUDAH KE LANGIT'....

kitaorg yg muda nih..(bole consider muda lagi kan?)hehehe......kami nih bole pk la weh....jgn la nak main wayang lagi dah...cukup2 laaaaaa.....

aku malu sbenarnya..kalo dulu bila sebut pemimpin tuh..sebut pemimpin nih....bergenang air mata...berdebar2 dada....dek terharu n terlalu mengkagumi jasa n keprihatinan diorg kat rakyat....nape skrg nih aku tak dapat rasa mcm tuh lagik? nape?

huhuhuhu.....aku pemegang FIKRAH MAHATHIR.....sebab aku n kekawan bangga digelar GENERASI MAHATHIR....bagi aku..generasi yg betul2 menikmati semangat perjuangan pemimpin zaman Tun M dulu...individu yg lahir antara tahun 1975 - 1985 ....bila Tun M mula mentadbir negara pada 1981...sesapa yg lahir pada 1975 dah rasa konsep yg digunakan Tun M waktu tu....aku lahir tgh2...zaman revolusi media Malaysia....hehehe..tak sangka lak aku jd org media skrg....ops..balik smula...

WHY?mengapa perasaan dan semangat yg dulu boleh menyemarakkan sifat '1Malaysia'....tapi sekarang semua tuh dah takde?...gagasan 1Malaysia yg dilaungkan PM kita hari ni sebenarnya terasa 'jengkel' untuk dilaksanakan...bukan aku membantah....tapi aku nak katakan sebenarnya 'ia semakin pudar'...sebab aku dah rasa perasaan 1Malaysia tuh dalam kepimpinan Tun M...aku dah rasa mcmana selesanya aku berada bersama masyarakat Cina n India....biarpun masa tu aku tak skolah lagik...tapi aku dapat rasa mcmana mesranya layanan bangsa lain terhadap aku...datang ke rumah diorang..guna mainan diorang...bila tiba waktu makan..diorang pujuk aku dan siap hantar balik lagik..hahaha....takan la nak ajak makan skali,kan?pastu petang kekawan yg lain bangsa nih...datang semula ajak main lagik....betapa aku bahagia dalam dunia aku sndri masa tuh....

aku ingat lagik masa aku umur 6thn...aku tak pegi tadika...abah tak daftar pon...aku merasa sekejap je 'tadika telok kemang' masa umur 5thn...bila aku 6thn...tak tadika dah....tapi aku boleh ajar akak aku yg masa tuh darjah dua..huhuhu....gini, balik pada apa yg aku nak citer....masa umur 6thn tuh aku dah pandai pegi kedai sdri..sorang2.....mak bagi list barang n aku ke kedai....aku pon musykil camner aku leh ingat jalan ke kedai..sbb kalo pk,jauh gak rasanya..n aku bole balik dlm keadaan selamat dgn barang2 yg dipesan....

masa sampai kedai, aku cuma hulur je list n duit besar (aku tak igt berapa ringgit)..aku tunggu depan kedai sambil tgk2 gelagat org....pastu uncle india tuh kuar n beri kat aku barang dan duit baki...dia kata pegi kedai sebelah plak....aku pon tak paham nape dia kata gitu..aku pegi jer...takde hal punya la...sampai kedai sebelah..sorang uncle cina amik list dari tgn kecik aku....tah menda dia cakap tah..aku dgr diorang bersahut2 sbelah kedai....pastu aku tgk uncle tuh bungkus2 n masuk dlm beg plastik beri kat aku...amik duit dr tgn aku n hulur baki....aku pon balik...tuh la rutin aku kalo ke kedai pon...

moral of d story, mak aku tak penah merungut setiap kali aku bawak balik brg2 tuh dgn baki skali...masa kecik tuh, aku sedih gak rasa bila kena ke kedai...tapi bila mak tak merungut atau komplen..aku rasa bangga sbb dapat laksana tugas dgn baik...hehehe....tapi bila dah besar n aku pk smula...byk pengajaran aku dapat dari kerja aku tuh....sikap saling mempercayai dipraktikkan.....sikap melindungi biarpun aku anak Melayu..tapi dua uncle tuh cukup prihatin...jujur plak tuh...mak aku dah pupuk jati diri aku dari kecik lagik utk berani berhadapan apa jer...inilah hasilnya aku skrg....kat tempat aku berdiri skrg nih...aku bangga..

aku tak penah rasa takut pada bangsa lain..aku tak penah rasa terancam..dan pastinya aku takde kekuatan untuk mengancam diorang..kan?..jadi,

kita tak seharusnya termasuk dalam kelompok 'mudah lupa'....sedar tak sedar....PM kita hari ini mungkin berhasrat nak mengajak kita semua 'kembali' kepada kegemilangan 1Malaysia yg pernah dipraktikkan dulu....(nih pandangan aku)..

jadi....kembali semula kepada topik 'lembu n rakyat'.....adakah wajar perbuatan korang tuh?ataupun korang sbenarnya 'dicucuk'?sape ke yg cucuk tuh...meh sini aku kabo ke dia yg dia tuh mengeruhkan lagik keadaan.....

org skrg 'dah celik'....bukan kata org skrg 'dah cerdik'....ayat celik tuh lagi tepat...sbb dr dulu lagi org dah cerdik..cuma kekadang kecerdikan boleh dimanipulasi org2 tertentu bila kita dlm 'kegelapan'....kalo dah celik...org bodo pon tau la depan tuh ada lubang!..mau masuk lubang sindiri ka dey?...

bagi aku la...daripada asyik saling mematuk antara satu sama lain...baik la pk camana nak majukan fikrah rakyat skrg nih....pk kemajuan ekonomi skrg nih....jgn dipolitikkan....ini tidak..kalo bangsa guna politik cerdik, aku tak kisah...Nabi SAW pon berpolitik....ini tak..guna politik budak tadika..."Ko jgn kawan dia..dia tuh tak lawa...baik ko jauh dari dia, mak dia tuh kedekut....mak aku kata mak dia tu tak pandai jaga anak....kalo ko kawan dgn dia..ko pon sama bodo mcm dia"...nih budak tadika nyer politik jer nih....aku slalu dgr zaman kecik2 dulu....zaman tuh..waktu tuh..dgn cara tuh...mmg berkesan! tapi lucu la kalo diaplikasikan kat pentadbiran negara....

aku penah tgk satu senario bebudak tgh main kejar2 'polis sentri'....diorang dok bergelumang dengan debu bergolek2 puas main..tetiba datang sorang lagik budak nak main...aiseh tak cukup nak masukkan dia..tgh bincang2 camner nak terus main dgn budak baru tuh..datang mak sorang budak yg jd 'otai' masa memulakan game tuh...disebat,dipulasnya telinga otai tuh...meraung2 la..maklum la..semua still beringus lagik...laki ke pompuan...semua bole nangis tahap 'sandiwara semasa' punya laa...mak budak tuh cakap.."nih nape sampai kotor2 abeh satu badan nih..ko igt keja aku cuci baju ko jer ker..aku dah cakap kan jgn kotorkan baju"...anak dia yg meraung2 'palsu' tuh selamba je tuding jari kat budak baru sampai tuh kata budak tuh tolak dia sampai jatuh...yg mak dia lak bodo gak..tak abih sampai situ jer..dimakinya mak budak baru tuh...

sudah la anak belom main pon lagik dah jadi mangsa....mak dia pon terlibat skali....tuh la dia kesannya politik bodo dari si 'otai'....

pk sdri la...bengang betoi aku....pegi simpan balik lembu2 korang tuh!

Wednesday, September 16, 2009

My full day of SIGH!

Started my day with very heavy lazy eyes.....OMG, I almost missed my favourite assignment with OCPD...hehehe, luckily I've got back up from cikgu Bob...

Then, my exciting journey turned blue n keep my mind blow away all day long....SIGHS!

I decided to visit one of Nur-Karangkraf Fund receiver here, in Raub. Actually, i received the envelope from my boss with half-heartedly....it’s all bcoz of I knew that man earlier n feel something wrong with him (or his intention) from the first day he is trying to get in touch with me.

Can u all imagine, a father (with no regret) are fully misuse his daughter's disability just to raise fund (n for my deepest understanding), he is just want to fulfil his desire!

Since he got attention to appear with his daughter's sad story in local newspaper (few months b4 Sinar Pahang were born)...he's texting me asking for my sympathy n fund....HISH!!...from the text he sent to me, I knew he is trying to manipulate my feeling n express some sympathize to his daughter.

But that's not a good way to get sincere fund from people...

Oh, that’s a piece of his story for the past two years.....

last Friday, when I received the envelope n my boss highlight about the poor girl born without half-skull, its remind me about that guy...never mind boss, I’ll come to his house.

It is not difficult to find the house when he said that it's located in Taman Kenanga. I just ask one of the residents and she said “U can find the house with big CNI bunting"....emph, that is not a good sign...

When I reached at his house, OMG (again)....the house is too nice n too comfort for SAD people like him....the fully tiled floor from front gate till kitchen, the huge gouge n of course full of stylish accessories in his living room...

when my friend n me get in the house, just heard his wife yelling at someone in the centre compartment in the house....

try to investigate, the wife actually yelling at her own 71 years old mother, who are sick n half body paralysed (just for about few weeks b4).

What a disaster family...then how he with no shame write a letter to my Big Boss asking for the fund...emph...


Amanah is amanah...finished my duty (mission accomplished!)...now it's his responsibility to handle the fund in the right way (for his daughter purpose strictly)..not for double D (Drink or Drug)...hehehe......

Only Allah knows better what lies in his mind.....




Saturday, August 29, 2009

Terima kasih banyak2..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terima kasih banyak2 kepada individu terlibat menghulurkan sumbangan sikit n banyak...setakat ni bantuan dah disalurkan kepada lima penduduk yang susah n miskin...
insyaAllah, projek masih berlangsung selagi mampu....

Salam.

Wednesday, August 26, 2009

Aktiviti sempena Ramadan

Assalamualaikum n salam sejahtera,

Salam Ramadan buat umat Islam seluruh dunia....

Sempena bulan mulia ni, aku n sorang kawan mulakan Projek Ziarah berbekalkan sumbangan peribadi yang tak seberapa... Kerja aku, tiap2 hari pergi rumah orang susah termasuk warga tua, ibu tunggal n anak yatim.. Projek ni baru bermula kelmarin.

Dah lama aku berazam nak buat macam ni, tapi aku sendiri tak ada guide n idea... Jadi, pada bulan puasa tahun ni, aku laksanakan juga dengan kawan yang minat juga bab2 kebajikan ni.

Lokasi perjalanan aku, sekitar daerah Raub je..sebab projek ni sokongan kerja aku untuk buat liputan sempena Ramadan n Syawal. Jadi, tidak la aku buat kerja dengan tangan kosong je.

Memandangkan aku cuma DERMAWAN tapi bukan HARTAWAN, jadi, sumbangan aku amat terbatas.

Sehubungan tu, aku nak tanya keikhlasan kekawan n pengunjung blog ni yang betul2 ikhlas, takde pk dua tiga kali dah.....kalo nak join beri sumbangan, boleh masuk duit kat akaun aku...

Demi nak meletakkan 'standard' kejujuran dan keluhuran pelaksana projek ni (iaitu aku dan sorang kawan)... sesapa yang nak join tu, aku minta sms@email maklumat seperti berikut :-


Nama Penuh:
No Telefon:
Jumlah RM:
No Rujukan Transaksi:

Untuk makluman, kutipan sumbangan untuk Projek Ziarah ni adalah usaha persendirian, tak ada kaitan dengan syarikat yang aku kerja. Jadi, pelaksana projek adalah WAN JUHAIDA, bukannya Wartawan Sinar Harian.... Sekiranya tidak ada yang nak join, projek ni tetap berjalan dengan menggunakan wang saku aku sendiri...sikit pun, sikit laa...asalkan jalan....lepas raya, simpan lebih sikit untuk sumbangan tahun depan pulak...

No akaun Maybank : 164557095347 (Wan Juhaida Binti Wan Hassan)
No akaun CIMB : 144ooo74833524 (Wan Juhaida Binti Wan Hassan)
No Telefon : 019-988 2292
Email : skuad.raub@gmail.com

Sekian.

P/S: Setiap kisah penerima sumbangan akan dipaparkan dalam blog ni di samping siaran akhbar. (Tapi penyumbang tak la disiarkan dalam akhbar ye...kecuali atas permintaan, nama-nama penyumbang akan disiarkan dalam blog). Doakan kejayaan usaha aku nih. Amiin.

Thursday, August 20, 2009

Pemakan manusia....

aku pegi tgk ular sawa idup baru2 nih kat Felda Krau 1...MASYAALLAH.....besornya...
sebenarnya dulu aku x berapa takut sgt dgn ulor..tp bila 1 kes d Johor yg ulor sawa makan org..cikgu BI aku lak tampal kat papan kenyataan library keratan akhbar pasal tuh.....menda alah tuh jd igauan ngeri buat aku....igtkan aku sorang...rupanya ada schoolmate aku share d same feeling.....hehehe....

besor weh...tak tercakap la..sbb dia x makan lagik...kalo dah mkn...lagi la besor gamoknyer...mujur la dia x menyambar org.....mungkin dia tau yg org xkan bunuh dia....perhilitan amik...

pk2....itu la antara binatang yg menjalankan tanggungjawab pada saat akhir kita meninggalkan dunia....kan?nauzubillah....

Saturday, August 8, 2009

Dua bulan sudah berlalu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama rasanya aku tak menggagau keyboard utk blog nih yer....rasanya mcm x semangat dah nak update..slepas bertukar title nih...hehehe....

Apa2pun, sehingga ke hari ini, aku dah boleh membiasakan diri sedikit demi sedikit...

Pastinya kita berazam untuk tampil terbaik dalam kerjaya mahupun dalam hidup, kan?

InsyaAllah.....

Friday, May 8, 2009

Kesibukan yang mengganggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dalam keadaan sekarang dan hari ini...aku merasakan tahap konsenstrasi aku dah semakin menurun...baik terhadap keja, mahupun dalam hidup aku sendiri...
Kepenatan pada sesuatu yg aku rasa...takde la berat sgt perbuatannya..tapi penat..
sejak akhir2 ni..takde lagi lawak selamba..takde gurau jenaka.takde juga hati cekal melakukan kerja...
semuanya hampir lumpuh....
aku pun bingung....

Thursday, April 30, 2009

Jemputan Perkahwinan

Walimatul Urus

WAN HASSAN BIN WAN MAT ZIN & MASTIA BINTI MOHD DAWI

DAN

NORGAYAH BINTI ABDUL HAMID

Dengan segala hormatnya mempersilakan Dato’ Sri/Datin Sri; Dato’/Datin; Tuan/Puan; Encik/Cik

Semua sahabat handai dan pengunjung blog ini

-----------------------------------------------------

ke Majlis Resepsi Puteri & Putera kami

Wan Juhaida Binti Wan Hassan

dengan

Hishamuddin Bin Abdul Rahman

Pada hari Sabtu, 06 Jun 2009 bersamaan 12 Jamadil Akhir 1430H

di No;74, Kampung Kuala Atok, 27660 Sega, Raub Pahang

dan

Pada hari Isnin, 08 Jun 2009 bersamaan 14 Jamadil Akhir 1430H

di Dewan Jubli Perak, 27600 Raub Pahang

Turut mengundang : Seisi Keluarga

Aturcara majlis : 11 pagi – 4 petang

019-988 2292

013-606 9576

Thursday, April 23, 2009

Apa lagi yang aku nak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru dua hari lepas aku menyertai semua skuad daerah dalam negeri ni pegi meeting d opis kuantan. Macam biasa, aku akan stay kat kuantan sbb meeting slalunya habis malam.

banyak perkara berbangkit yang diutarakan termasuk penghantaran rencana yang semakin aku abaikan sejak beberapa akhir nih..hehehe....dengan rasa bersalah sebenarnya....tapi, time management tak berapa ok sejak dua menjak nih....

mungkin sebab aku mula2 menangguhkan keja....sampai opis..tangguh utk buat di rumah...sampai umah tanam azam nak buat di opis plak....nak plak pejalanan dari umah ke opis agak jauh..lebih kurang 65 kilometer pegi n balik....badan plak cepat penat, mungkin terlalu banyak guna fungsi otak utk pk....

bila difikirkan semula, semangat kerja aku amat luar biasa masa mula2 kemunculan sinar harian kat pahang nih...sanggup ikut Rela pegi rush sampai jam 4,5 pagi....cover event sekitar raub dari 7 pagi smpai 11 malam tiap2 hari....kadang2 lebih...slalu nak pastikan yang terbaik...

waktu tu macam2 dugaan yang ditempuhi..tapi muka dah macam celoreng2 askar dah....air muka pon dah mcm zombie....hati keras kamikaze la gamoknya....

mula2 bertugas, bos bekalkan kamera Nikon D40, PDA O2 (Zinc), kancil n support minyak, line celcom...banyak betul kemudahan...

masuk minggu kedua bertugas....PDA tak bole guna....masa tuh Raub takde 3G lagik...tukar la pulak amik tepon cap ayam jer...guna Cyber Cafe antar berita....o'oo...kos mula naik....then bos support semangat dengan menyediakan servis streamyx utk aku....(Bertuahnya dapat bos prihatin)...dengan streamyx, aku berjaya jimatkan banyak duit bos utk tanggung kos Cyber Cafe....ok la gini, give n take...

lama gak aku bertahan dengan kemudahan nih.ada gak kerumitannya, kadangkala...sampai la semalam.....bos tukarkan tawaran kepada servis broadband....yeah....igt, servis streamyx perlu ditamatkan serta merta (atau tanggung bill sendiri)....hihihi...

banyak betul support dari bos....tu blom kira belanja pegi Training ESQ 165...lebih seribu kos dia...dengar2 cerita ada kenaikan gaji pada Jun nanti....dan paling ceria dirasakan....ada gak dengar ura-ura dapat BONUS....haaaa....zaman ekonomi meleset nih.....bos tetap maintain jaga kebajikan pekerja....bertuah betul aku jadi ahli keluarga Karangkraf....

hihihi...cuti yg aku apply utk majlis kawin pon dah lulus....15 hari bermula 4 Jun nanti....nak tau sape yg ganti aku nanti? Bos aku yg di kuantan nih a.k.a Ketua Wartawan...pergh....besar betul pengorbanan bos, yg sanggup turun padang ganti...aku betoi2 hargai...clap clap clap.....claim elaun kat akhirat nanti (double)...hehehe...tq tq tq....

so, apa lagi yang aku nak? tak reti2 nak balas jasa bos dengan hantar berita n perbaiki kualiti kerja? aku cuba gak la nak jadi macam dulu2 gak...kiranya, buat come back la....tapi sebenarnya mutu kerja semakin menurun sebab semakin banyak dugaan ditempuhi bila dah semakin dikenali nih....tu tak masuk ancaman n sikap iri hati org nak jatuhkan kita....

aku sentiasa berdoa, bos akan murah rezeki n bersabar dengan karenah aku or kwn2 sealiran nih....

tunggu lepas aku kawin nanti..aku bawa stok berita/rencana banyak sket....(bole pakai ke janji aku nih) hehehe.....

tolong la bos...bagi aku peluang...kih kih kih.....(aku takmo rasa bersalah membelenggu diri)

~Salam 165~

Sunday, April 19, 2009

Kejutan dan Penghargaan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini buat kesekian kalinya aku menerima kejutan dan sedikit rasa dihargai apabila mendapat Surat Penghargaan daripada Penasihat Pas Negeri Pahang @ YDP Pas Kawasan Raub (sehingga hari ini).

Keikhlasan aku menyiarkan kisah parti yang memperjuangkan Islam ini setidak-tidaknya menempatkan aku dalam kelompok aktiviti mereka.

TQ pada Ayah Engku Tengku Puji.

Saturday, April 11, 2009

Menghitung Hari...

Assalamualaikum n salam sejahtera,

Mulai esok (12 April 2009) pastinya aku akan menghitung hari sehingga sah bergelar ISTERI....hua hua hua...aku xtau la camner nak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang baik...hehehehe.....pening...pening...pening....camner yer....
hehehe....

Mari sini aku perkenalkan sape bakal SUAMI aku nih (dan pastinya aku ada sejarah FIGHT2 dengan dia nih).....

Namanya Hishamuddin Abdul Rahman....umur 31 tahun asal Kuala Tembeling....tapi mak dia org Sega....kiranya masih lagi satu Mukim dengan aku laaa....arwah ayahnya pernah jadi ADUN Tembeling (skrg org sebut ADUN Tahan) pada era 70an dan awal 80an....
Dia anak ke...payah nak cakap....campur silang2 mak ayah nyer..kita cakap je la dia nih anak ke5...

mula2 kenal?hehehe.....dia dah lama kenal aku (sbg reporter laaa)...n aku plak kenal dia pasal ada 1 insiden tuh...hins hins hins...kalo igt smula..aku rasa nak maki2 dia lagik.....silap dia, tapi aku lak yg kena....mulai masa tuh....aku kawan gak la dgn dia..tapi dlm hati aku penuh kebencian n dendam.....konon baik sbb nak tunjuk profesional la kan...hehehe...

cerita mula rapat bila aku melaksanakan amanah bos utk program beri beras kat org2 miskin nih....aku mula la ajak dia sbg wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).....lepas tuh....

tanggal 15 Februari 2009...dia mula ejas n katakan utk berkawan lebih istimewa....masa tuh aku still ada pakwe...tapi hbgn aku masa tuh mcm retak menanti belah.....pastu, bila Sham ejas2 aku jer...terus terbelah hbgn lama....hehehe.....sampai skrg dia tggu aku biarpun aku dah kabo aku nih dah nak kawin....

jadi, tanggal 12 April 2009 (esok), keluarga Sham akan datang ke rumah aku utk bincang2 (biarpun sebenarnya dah tau pon hari pernikahan)..hehehe...ikut adat la...

seperti dirancang, tarikh pernikahan aku pada 6hb Jun 2009 dan majlis sambut menantu pada 8hb Jun 2009....RM hantaran.....rahsiakan je la...hehehe....tapi barang2 hantaran aku dah shoping terus dah masa lepas kursus ESQ minggu lepas....SETTLE!

So, aku harap hubungan aku yg panas2 dingin nih berkekalan la sampai ke akhirnya.....aku suka relation nih sebab semuanya humble....aku humble..dia humble....agak serasi la kan....

Wednesday, March 25, 2009

Saat dihargai...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni aku keluar awal pagi...pukul 7...pegi perhimpunan kat ipd..sempena hari polis....
sekali lagi dalam tahun ni, aku tersenarai sebagai penerima surat penghargaan....tak seperti tahun lepas, aku rasa tahun ni macam tak berapa best....

pertama, bersama aku (yg rasanya dah all out) buktikan kesungguhan bekerja dengan polis, ada seorang reporter cina yang minta surat penghargaan tuh..cheh..ada ke surat penghargaan pon bole mintak2...tak real langsung!! yang aku x suka tuh....dia dah la tersenarai dalam reporter bermasalah n slalu kutuk keja polis..ape dia igt dia sokabar cina...takde org Melayu paham ke yg dia dok kutuk2 polis....kekadang aku hangin gak dengan hal nih....sebab aku yg tolong cuci balik menda buruk yg dia buat tuh...rasa mcm nak fire jer...(tapi aku nyer ultraman taro amik cuti tahunan sejak semalam)..so, pendamkan je la....

kedua, aku macam dah rasa bayang2 OCPD nak pindah naik pangkat ke tempat lain...dia plak mcm dah bagi hint jer...ntah ke mana pulak la gamaknya dia nak pegi....so, mungkin susah dah la aku nak bincang2 masalah negara Raub dengan dia....actually hampir 80% masalah diperbincangkan.....tak semua yg disiarkan....cuma perbincangan tu lebih kepada pandangan peribadi..bukan atas urusan kerja....so, lepas ni aku nak bincang dengan sape la gamaknya....

ketiga, aku bengang gak bila aku amik sijil tak sempat plak uncle n auntie snap gambo utk kenangan...yg aku pelik, aku sempat plak snap gambo diorang...hadui....di manakah silapnya....
nasib baik OCPD boleh buat action smula...hehehehe....

keempat, aku tengok...gambo aku tahun lepas dengan tahun nih...samaaaaaa je GEMUKNYA....hua hua hua...bapok la tak bestnya jadi org gemuk nih....

tah bila la aku boleh dapat jadi aku yg sebelum nih......

hins hins hins...tensen beb!