Friday, February 27, 2009

Remaja Sekolah - KRITIKAL

Hari nih aku pegi ke Majlis Permuafakatan (polis + wakil sekolah)...
Statistik menunjukkan jumlah salah laku pelajar dan masalah sosial SUNGGUH MENAKUTKAN DAN DI LUAR JANGKAAN kita yg dah tua2 nih....

nanti aku ceritakan secara subjective dan general....aku nak pg IPD lagik nih....amik beberapa kes...
hehehe....jumpa lagi....

[kemaskini 2 Mac (2:14pm)]

Maaf la kekawan, aku tetiba malas plak nak menaip utk ceritakan kes salah laku pelajar nih...
tapi aku harap korang semua baca paper sinar pahang tarikh 28 Feb...memana yg x baca, kat sini aku 'paste' raw material yg aku sent kat bos (belum edit)....
baca kat bawah nih....kalo rasa panjang n menjemukan, sori la weh.....

RAUB – Masyarakat di daerah ini diminta memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menangani kes salah laku pelajar yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja.


Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Azhar Abdul Rahman berkata, statistik salah laku pelajar bagi permulaan tahun ini menunjukkan angka yang besar berbanding tahun-tahun sebelumnya.


Menurutnya, sepanjang Januari dan Februari tahun ini, terdapat tujuh kes salah laku pelajar dilaporkan berbanding hanya tiga kes pada 2008 dan dua kes pada 2007 dalam tempoh yang sama.


“Kes-kes yang dilaporkan termasuk bergaduh, dadah, rogol, judi, cabul, mencuri, ikut teman lelaki dan berkelakuan tidak baik.


“Contoh statistik ini sahaja memerlukan keprihatinan masyarakat secara menyeluruh termasuk ibu bapa kerana perkembangan dunia sosial hari ini membawa kepada kecenderungan gejala negatif remaja,” katanya pada Majlis Permuafakatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub bersama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Raub di Dewan Melur, Kompleks IPD Raub, semalam.


Turut hadir wakil Pegawai Pelajaran Daerah, Lukman Yatimi Ahmad, Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah (PPSM) Raub, Misnan Mohd Damin, Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah (MGBS) Raub, Othman Ibrahim, pengetua, guru besar dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seluruh daerah.


Azhar yang juga Setiausaha Jawatankuasa Permuafakatan Daerah berkata, polis menempatkan 15 pegawai dan 57 anggota sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) untuk semua sekolah dalam daerah ini.


Menurutnya, PPS dengan kerjasama guru bertugas berperanan memantau disiplin atau salah laku pelajar sepanjang sesi persekolahan.


“Polis juga menjalankan pemeriksaan ke beberapa lokasi dikenal pasti menjadi pilihan pelajar ponteng sekolah termasuk pusat hiburan, kafe siber, hotel-hotel sekitar Raub, Dataran Raub, Dewan Jubli dan Rumah Rehat Raub.


“Kes remaja hilang juga membimbangkan berdasarkan beberapa faktor yang berkait rapat dengan masalah sosial dan statistik menunjukkan 17 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini,” kata Azhar.


Beliau berkata, peranan masyarakat setempat termasuk ibu bapa amat penting bagi menangani masalah ini yang memberi kesan negatif dalam kalangan remaja termasuk peningkatan kadar jenayah, gengsterisme, pembuangan anak, penyalahgunaan dadah, keciciran dalam pelajaran serta tindakan nekad dan kejam.


Menurutnya, masyarakat boleh bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa termasuk menyalurkan maklumat menerusi 09-3554 999 dan prosedur penguatkuasaan undang-undang akan dilaksanakan bagi setiap kes yang diterima.


“Kita semua perlu menggembleng tenaga mencari kaedah terbaik menangani masalah sosial melibatkan remaja yang masih bersekolah ini kerana perkembangan buruk ini amat membimbangkan dan memberi gambaran tidak baik terhadap generasi akan datang.


“Kita tidak mahu berlaku tuding menuding dan saling salah menyalahi antara satu sama lain, sebaliknya berusaha bersama mencari penyelesaian terbaik mencegah perbuatan tidak bermoral ini daripada terus berleluasa,” kata Azhar.


Thursday, February 26, 2009

Rindu Kawanku / Sahabat

Ingatan istimewa buat teman yang dah pergi selamanya...
Allahyarham Mohd Irwan Sukeri (1980 - 2009) Al-Fatihah.....

RINDU KAWANKU - MAYA KARIN
Tentunya jika ku mencuba
Dengan lebih daya
Mungkin ku di situ
Bersama denganmu

Cerita yang ku tahu
Kau berjaya di dalam hidupmu
Namun dikau jauh jauh dariku
Aku rindu...

Pada waktu kecil mungkin kau lupa
Berlari bersama pinggiran desa
Larianmu larianku sama laju
Dikau kawanku

Dalam pondok kecil kita berteduh
Setelah gerimis malam berlabuh
Dalam tangis ku jua tangis mu

Masa telah berubah
Dan kita telah lama terpisah
Degup jantungku
Hanya menyatakan
Aku rindu




SAHABAT - AIZAT
Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak di sini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

CERAMAH AGAMA

Assalamualaikum,

sedang2 jam 8.30 malam aku dapat call dari sorang sahabat skolah rendah aku...yang sekarang nih dah jadi OSTAT....hehehe...
seingat aku, masa skolah dulu2, nih la geng batu seremban n tudung botol aku...main kat koridor blakang library....
ostat nih jugak la geng yg x study tapi TOP5 dalam ranking sedarjah aku..tapi pastinya aku jadi top3...hehehe...
oh ye...ini ostat minta aku hebahkan kat paper pasal Ceramah Agama Perdana 2009 yang akan diadakan di Surau As-Syakirin Ulu Renggol lepas solat maghrib (4 Mac ni)....
semua umat Islam dijemput hadir...
aku pon catit la detail yg dia kabo tuh..pastu dia minta masuk dalam blog skali...hehehe..agak aneh jugak permintaan sahabat lama nieh....
aku tanya sape organiser..dia kabo... Biro Agama Pemuda UMNO Bahagian Raub....lah...musykil lak aku sejak bila dia join politik...aku igt dia org PAS....hehehehe.....sori la geng..silap persepsi....mcm tuh gak la persepsi org kat aku yg sentiasa silap2....senang2 aku join parti cap kepala lembu ajer la....
ok la...
aku menyampaikan amanat kawan aku jer....selamat mendengar ceramah agama...

ops..lupa plak...tajuknya : Pembinaan Rumah Tangga Bahagia....
haaa..sesuai sangat utk seisi keluarga......penyampai : Ust Badlisyah Alauddin....

inieh program pertama bagi tahun ini dibuat jawatankuasa pemuda umno raub yg baru.....

mendapat seruan gamoknya lepas aku siarkan artikel Pemuda Pas Jeram Besu saran semua parti politik buat kelas agama.... demi pembangunan sahsiah remaja....letak tepi soal politik....tapi bina jati diri umat Islam dulu....

Salam...

Wednesday, February 25, 2009

Sekadar menyinggah..

Hai,
Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Aku saje je nyinggah kali nih n nak coret corot apekebenda yg aku sdri blom pk stakat nih...slama nih dok jenguk2 jer....ape ke hal...blog sdri pon buat lagak macam visitor..hehehehe...

apa yg aku rasa skrg nih yer? dua perasaan yang berbeza...pertama..peribadi (positif)..kedua..kerja (positif)...hmmm nampak gayanya minggu nih aku lalui hidup yg positif je la....

ada peningkatan nampak gayanya...alhamdulillah.....

hal peribadi, aku dah memasuki ke satu medium kehidupan yang dah lama aku tak tempuhi...sampai aku rasa mcm mimpi plak...harap2 ok la utk ke sekian kalinya......

hal keja plak.....aku sedang merangka utk buat 'come back' yang pastinya akan menjadikan sesetangah daripada umat Raub agak tidak senang.....apa lagi...hehehehe...nasib la kan....dengan erti kata kasar "dah berak, taknak cuci".....kan dah kena....hehehe..tuh aku pinjam dari kata2 'geng lalok' aku kat sini....

so,
tunggu.......

hehehe...aku nak balik dah...isi minyak keta..beli makanan kucing....lepak umah rehatkan otak...

Friday, February 20, 2009

Elizabeth Wong dan Nasha senasib!

[Dikemaskini (+) Info Lawyer Harris]
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat pertama kalinya aku membicarakan isu nasional pada kali ini menjadikannya di luar kebiasaan aku.

Tapi aku betul2 rasa terpanggil untuk memuntahkan pendapat aku sebagai WANITA dan bukannya berdasarkan politik.

Bagi aku, kes Elizabeth Wong (Eliza) boleh melalui proses pendakwaan ke atas bekas teman lelakinya sama seperti kes pelakon dan model terkenal tanah air, Nasha Aziz yang diputuskan terhadap individu yang melanggar hak keperibadiannya ketika di rumah.

Tak perlu penjelasan kompleks, bagi aku perbandingan ini sudah cukup menyerlah untuk meletakkan Eliza dan Nasha pada situasi yang sama, bahkan kita sebagai bangsa Melayu dan umat Islam seharusnya MALU kerana 'berkhalwat' dengan pasangan bukan Islam.
(lepas ni aku huraikan).

Aku teringat lagi semasa kecoh 'aksi-aksi bebas' Nasha Aziz dirakam secara rahsia (tanpa pengetahuannya) oleh individu yang dikenal pasti anak pemilik rumah yang disewanya.

'aksi separa hidup' Eliza juga dirakam secara rahsia (tanpa pengetahuannya) oleh individu yang dikenal pasti bekas teman lelakinya.

SAMA, kan?

kes Nasha Aziz boleh digunakan sebagai contoh untuk Eliza membela diri.

Eliza boleh memperjuangkan hak keperibadiannya sebagai WANITA tanpa perlu melupakan karier politiknya yang sedang meningkat! Nasha juga meneruskan keriernya seperti biasa kerana tahu dia TIDAK BERSALAH.

Kadangkala, apabila sesuatu isu diperbesarkan dari sudut politik, kita terlupa bahawa ia sebenarnya mudah sahaja untuk diselesaikan, bukannya digembar-gemburkan lagi sampai dah nak jadi HANGIT!

Aku tak puas hati! Aku tak puas hati! kenapa takde sorang pun pemimpin menggunakan kes Nasha Aziz utk mempertahankan maruah Eliza!

sebab tu aku lebih suka mengekalkan konsep 'Aku Dengar Lihat Saksi' yang selalu membuatkan aku 'migrain' memikirkan perkara-perkara remeh yang boleh menjadi jawapan TEPAT kepada setiap permasalahan.

Ok, menyentuh berkenaan bekas teman lelaki Eliza, aku rasakan Jabatan Agama Islam perlu TURUT bertindak. Aku dapat tau bekas teman lelaki dia tu umur 33 dan MELAYU! Lazimnya Melayu di Semenanjung Malaysia ini beragama Islam, tidak seperti di Sarawak, kan?

Seorang lelaki Melayu berada di rumah seorang wanita bukan Islam, apakah maknanya? Tidakkah gambar itu juga boleh dijadikan bukti bahawa dia berada dalam rumah itu, menonton (atau mungkin lebih lagi) wanita yang pada hukumnya adalah HARAM untuk dilihat auratnya.

Aku slalu terfikir (sampai migrain)....mengapa org nak tuding kesalahan tu pada Eliza? mengapa tak menyatakan dengan TEGAS bahawa bekas teman lelaki Eliza dah melakukan kesalahan!

Mengapa tak bertindak? mengapa ketika ini diam membisu seribu bahasa?Tak terfikirkah?Atau dilarang utk berfikir??Aduh la, Malaysiaku Negara Maju Jaya.....

P/S: Belom tahap 'migrain' lagi rupanya kupasan aku kali nih...lebih kepada emosi wanita....hehehe...sambungan dan ketepatan fakta, refer pada ulasan/komen lawyer harris dalam artikel nih! Tapi aku tetap tak puas ati!

Monday, February 16, 2009

Pelik, akukah yang bersalah??

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni aku nak ketengahkan satu situasi yang aku rasakan macam nak pecah perut...kelakar pun ada, sinis pun ada.

Semuanya berkaitan dengan satu parti politik nih..(sememangnya aku boleh bersifat neutral sebab aku x suka politik)..setakat follow gitu je la...

Gini, ada satu parti politik kat Raub nih dah declare NEKAD untuk boikot Sinar Harian...pada mulanya ada sorang hamba Allah yang aku tak pasti samada dia dah terlampau kaya, ataupun 'kurang cerdik' bila dia borong satu bandar Raub, paper Sinar Harian akibat tersiarnya satu artikel sebenar berkenaan parti tuh...

pastu hari demi hari, ada je pembongkaran yang aku buat, yang aku pelik (saje2 buat pelik), aku cuma bongkarkan isu yang masyarakat perlu tahu sebab tu hak mereka, takde langsung berkaitan politik. yang jadi hairan, parti nih aje yg kerap melatah stiap kali aku buat artikel berunsur pembongkaran.

pastu dengan lantangnya dia kata boikot paper Sinar. Aku langsung tak kecik hati, tu hak mereka...punya la risau bos kecik ati, aku pon tanya la bos..bos kata INI PAPER KOMUNITI...rakyat yang berhak tau apa yg diaorang nak...so, teruskan kerja2 murni anda...hua hua hua....aku dah kabo, aku nih neutral....

nak boikot pon boikot la..jaja la nama aku nih seluruh pelusuk Raub skali pon, tapi yg aku jadi pelik, jualan paper Sinar mcm tu jugak la lajunya....

hehehe....aku pon ada maruah n standard...nak boikot aku pon, boikot la.tapi jgn la marah kalo aku x cover event korang...sejak mutakhir nih, diorang bawa plak isu nih dalam meeting diorang...ada ke kabo Sinar Harian nih tak adil..asyik cerita pembangkang jer kuar...mende ke halnyer.....aku siar aje berita BN....tuh yg menteri balik kampung ziarah2 kaum dia, aku cover je...MIC pon baik je dgn aku..ada je siar....nih apa jadi ni....kata nak boikot?

hohoho..aku dapat tau plak sejak akhir2 nih diorang melenting sebab dalam ruang interaktif sinar asyik tembak parti diorang jer....konon kata malu...laaahhh..dari mana plak diorang tau hal nih..kata dah boikot Sinar, tapi segala isi Sinar dia tau plak....wargh kah kah kah...mmg nak pecah perut laaaa.....

tapi (aku nak serius kejap)..terus terang aku cakap, memang aku xtau menahu pasal ruang interaktif tu...bukan aku yg uruskan..tuh memang sms dari pembaca....apa nak dimalukan..dah menda betul...hehehehe....

Ini yg aku pelik pelik pelik nih...dulu diorang bebetul angkuh sesangat, hidung lebih tinggi dari dahi yg licin tuh...hehehe...serius angkuh...lantang kata nak marah aku...ape kes lak nak marah...pelik weh, aku nih bukan budak skolah nak kena marah2..bukan jugak anak diorang nak marah2...lagi pasti....diorang bukan monster pon utk aku takut....takde sebab utk aku takut kat diorang....pelik weh...pelik....

dah tak dapat nak marah aku, ada plak condemn aku tak siarkan berita diorang....laaa....dah kata nak boikot aku tuh maknanya taknak masuk berita la...camner plak nih....adoih....susah betol nak uruskan org yang tak abih skolah nih....

tu laa...org suruh blaja rerajin, sibuk main bola..sampai SRP pon kantoi...tak lepas naik tingkatan 4 plak tuh...ada pulak tuh bole la amik SPM...tapi langsung tak pas..cuma layak sijil SAP jer....loh loh loh.....ada yg 'cerdik sket' plak..syok ngikut kata yang tak pass exam tadih....pegi balik..pegi balik...korang dok musing dalam reban tuuuuu jugak laa....jangan la salahkan aku plak...

korang nak marah aku, nak boikot aku...tu hak korang..aku sket pon x kecik ati....tapi bila aku pertahankan hak aku....apsal korang nak melenting plak? aku bukan robot korang.....lagi satu aaa.....aku bukan keja gomen daerah...mcm geng2 korang slalu buat...diperpatungkan diorang sampai ngikut ujung kuku korang...no...no...no...its not ME!...

korang tlg la jelas...bagi aku, keja aku memperjuangkan hak rakyat....yang beli paper Sinar, rakyat...korang setakat intai2 sket kat kedai kopi tuh....tak luak pape la....

ini lagi satu aaa....nasihat aaa...."Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali"...."jangan ditepuk talam yang berisi air, akhirnya terpercik air ke muka sendiri"....haaa...jawab...jawab....

hehehehe......aku yg NEUTRAL

Wednesday, February 11, 2009

My another vulnerable day

Days come n go... as we can't be d same like yesterday..
Just stand on my own feet to stare far miles away...
but see nothing except myself in me...
stuck to nowhere, can't bring me to d happiest place..
Alone, lonely and still alone till the end of this beautiest heaven...
woke up in d morning, feel d same, still....
Tomorrow, would it be the same feeling again?
Ah! just my another vulnerable day..
n it would be lasting till end.....

try to pull out myself..
from this deepest hardship....
controlling my true feeling, again...
be the best pretender ever...
n i'm a good actress in this world...

to be me, just like myself, or it would be somebody else...

Hua hua hua....i'm not in this stupid feelin'!

Monday, February 9, 2009

Kesusahan itu RAHMAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama jugak aku tak update blog nih yer... bukan sebab bz, tapi dua minggu lepas aku berdepan dengan beberapa kesusahan yang membuatkan aku bersyukur kepada Allah SWT.

Pertama, aku tak berapa sihat..mula2 aku igt cuma demam biasa, tapi tak sangka disusuli dengan athma....baru nak ok athma, aku kena pegi kursus di Shah Alam plak....

masa aku athma, aku realised....sakit nih cuma berpunca daripada perkara yang dianggap terlalu remeh...menda yang aku makan pada 1 hari tu, agak tidak bersih...kat restoran mamak la, apa lagik.

mula2 aku rasakan biasa je, biarpun dah dapat rasa ada yg x kena dengan masakan tu..balik2 je, sistem pertahanan badan aku dah mula menolak 'sesuatu'....hehehe....then demam + athma...
bagi aku, kesusahan yang aku lalui ni satu rahmat bila kita 'diingatkan' untuk sentiasa berhati2 mengambil/memesan makanan.

Sekarang ni, terpulang pada kita sama ada nak berhenti menjadi pelanggan di restoran mamak tu, atau terus 'membelasah' apa sahaja dan mengabaikan tahap kesihatan kita....so, aku pilih untuk makan di tempat lain kalo dah bebetul kebulur....selain tu, balik umah la makan..mak masak lagi best.

kesusahan kedua yang aku hadapi minggu lepas, masa nak pegi n balik dari Shah Alam....aku sbenarnya jadi was2....ye la, last skali aku tinggalkan opis bulan Jun 2007...lepas tu dah tak jejak dah...aku terfikir, biasanya KL nih jalan dia slalu berubah2 saban tahun...aku risau gak kalo sesat...

demi mengelakkan traffic jam, aku kuar seawal jam 4.30 pagi dari umah...aku harap perjalanan aku tak terganggu sebab perubahan jalan ataupun ke'karat'an otak aku mengingat smula jalan2 dulu...hehehe

akhirnya, Alhamdulillah, kat area gombak ada la perubahan sket, tapi selain tu lancar je...hati aku jugak berupaya memujuk otak utk ingat semula laluan ke HQ...

aku siap boleh solat subuh kat surau HQ lagik....lebih kurang jam 6.45 sampai....

hal yang sama juga berlaku bila nak balik ke Raub...aku terfikir2..cuba perah otak utk igt semula jalan balik....yg aku tau, kat KL nih jalan pegi n jalan balik memang tak sama...bukan mcm Raub..hehehe...

pk punya pk, susah gak nak igt, last2 aku tawakal je....bagi aku, bila kita dah lalu kat jalan tu, kita akan igt semula....itu jugak la 'treatment' popular utk org ilang ingatan...hehehe, then aku pon jalan je laaa....Alhamdulillah, perjalanan balik aku pon lancar je...langsung takde perubahan....

bila aku lalu semula jalan2 nih, mula la datang mood sentimental pulak...teringat semula masa2 aku dok kl....congak2, campur study....ada la lebih kurang 9 tahun aku lepak situ....bole tahan gak lamanya...

bagi aku, idup mati kita, susah senang kita, semuanya bergantung pada jati diri kita sendiri...idup di kotaraya nih bole dapat banyak ilmu..silap langkah, ini jadinya, betul langkah, ada langkah seterusnya....pendek kata....takde yg senang bila kita jadi perantau....hehehehe

ilmu yg aku kutip jugak la buatkan aku boleh survive sampai ke hari nih...senang kabo...kalo org kat Raub nak nipu kita nih..bole agak dah niat dia....bukan dia je kaki tipu yg kita penah jumpa..kat kota raya nuh melambak....nak idup punya pasal.....(masa kat kl la aku kenal 'air mata lelaki').....memang tak bole pakai! hua hua hua....they r good actors ever...

apa2 pon....bagi aku, setiap kesusahan yang kita tempuh, sama ada org buat kat kita, atau kesilapan kita sendiri, tu semua RAHMAT dari Yang Maha Esa....bila kita melakukan kesilapan, dan masih mampu bangun pagi melihat dunia, itulah RAHMAT terbesar dalam hidup kita, kerana Allah SWT memberikan kita SATU lagi peluang untuk memperbaiki kesilapan semalam...

Yeah!!! Life must goes on!...