Friday, November 6, 2009

Membiasakan diri dgn status baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Mulai 9 November nanti, aku akan memegang status baru yg mungkin agak ngeri untuk diterima kebanyakan wanita dunia.

Bukan title sebagai ibu, tapi title sebagai JANDA...Hakikat yg aku kena terima bila (tak ada lagi ruang untuk mencari jalan penyelesaian). Itu yg bekas suami aku cakapkan walaupun aku kata terlalu banyak pilihan sebab dia yg merasai kehidupan bersama aku, keluarga aku dan boleh menilai apa yg dilakukan keluarganya itu betul atau salah.

Jadi, keputusan pada perceraian aku semata-mata disebabkan tak ada persefahaman.

Biarpun hakikatnya banyak faktor negatif yang melingkungi zon keluarganya. Sebelum ni aku telan semuanya.

Sepanjang hampir lima bulan bersama, aku rasakan seperti lebih tua dari usia sebenar aku, tetapi dia sebaliknya. Bila bersama aku dirasakannya lebih muda..Semuanya aku...Jadi, faham2 je la kan.

Aku dah pesan, jangan nak main cinta kalau belum bersedia, nanti akan melukakan hati org...Tapi degil n campur pula sikap pentingkan diri...yg jadi mangsa? aku....jugak.

-Title kerja aku menjadi 'access' memudahkan dia dalam beberapa perkara besar.

-Sepatutnya faham kerja aku yg takde masa luang memerlukan pengorbanan dua belah pihak...Mula2 kata faham, bila lama2 sengaja dijadikan point pulak...

Tapi takpe, aku redha.....aku doakan dia bertemu jodoh yg terbaik n boleh menerima diri dia seadanya...aku juga doakan wanita pilihan dia tu nanti diterima ahli keluarga dia. Aku juga doakan dia dapat tadbir keluarga dalam zon positif....jadikan pengalaman sebagai pengajaran...

untuk ibunya, aku doakan menjelang usia 72 tahun pada 3 Januari nanti, semoga lebih panjang umur dan mendapat hidayah Allah SWT. Berilah masa untuk anakmu mengenal hidup, bukan dibayangi telunjukmu yang sentiasa menuding ke kiri..Aku dah maafkan setiap perbuatanmu samada sedar atau tidak. Pelik, bukan? heheheh..

Aku terpaksa ucapkan yg aku maafkan ibu dia sebab aku tak mahu lagi berjumpa di akhirat dalam keadaan ibunya nanti menadah keampunan akibat kejam sesama manusia. (Hablum minannas)...

Aku juga minta maaf sebab aku masih lagi belum diterima walaupun aku banyak berkorban mengubah kehidupan dia ke arah lebih positif. Dah tiba masa aku kembali berkorban untuk kerjaya aku semula.

Jgn susah hati, aku dah halalkan segala2nya yg dah jadi darah daging dia..walaupun aku tak seharusnya beri nafkah kat dia..hehehe....wanita dominan.

Aku?Untuk diri aku sendiri....aku redha dengan ketentuan Allah SWT....
Janda Meletup beb!....pk positif...pk positif...pk positif...

2 comments:

JaJa'Z said...

be strong ok....macam yg akak cakap sebelom ni..it takes time to forgive n forget..dengan masa..semua tu akan mematang kan kita..insyallah..wan akan jumpa jodoh yang terbaik dr dia buat wan nanti...

aKuSaKsI said...

InsyaAllah kak....

Saya cuba dari mula semula...

Thanks.