Saturday, August 29, 2009

Terima kasih banyak2..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terima kasih banyak2 kepada individu terlibat menghulurkan sumbangan sikit n banyak...setakat ni bantuan dah disalurkan kepada lima penduduk yang susah n miskin...
insyaAllah, projek masih berlangsung selagi mampu....

Salam.

Wednesday, August 26, 2009

Aktiviti sempena Ramadan

Assalamualaikum n salam sejahtera,

Salam Ramadan buat umat Islam seluruh dunia....

Sempena bulan mulia ni, aku n sorang kawan mulakan Projek Ziarah berbekalkan sumbangan peribadi yang tak seberapa... Kerja aku, tiap2 hari pergi rumah orang susah termasuk warga tua, ibu tunggal n anak yatim.. Projek ni baru bermula kelmarin.

Dah lama aku berazam nak buat macam ni, tapi aku sendiri tak ada guide n idea... Jadi, pada bulan puasa tahun ni, aku laksanakan juga dengan kawan yang minat juga bab2 kebajikan ni.

Lokasi perjalanan aku, sekitar daerah Raub je..sebab projek ni sokongan kerja aku untuk buat liputan sempena Ramadan n Syawal. Jadi, tidak la aku buat kerja dengan tangan kosong je.

Memandangkan aku cuma DERMAWAN tapi bukan HARTAWAN, jadi, sumbangan aku amat terbatas.

Sehubungan tu, aku nak tanya keikhlasan kekawan n pengunjung blog ni yang betul2 ikhlas, takde pk dua tiga kali dah.....kalo nak join beri sumbangan, boleh masuk duit kat akaun aku...

Demi nak meletakkan 'standard' kejujuran dan keluhuran pelaksana projek ni (iaitu aku dan sorang kawan)... sesapa yang nak join tu, aku minta sms@email maklumat seperti berikut :-


Nama Penuh:
No Telefon:
Jumlah RM:
No Rujukan Transaksi:

Untuk makluman, kutipan sumbangan untuk Projek Ziarah ni adalah usaha persendirian, tak ada kaitan dengan syarikat yang aku kerja. Jadi, pelaksana projek adalah WAN JUHAIDA, bukannya Wartawan Sinar Harian.... Sekiranya tidak ada yang nak join, projek ni tetap berjalan dengan menggunakan wang saku aku sendiri...sikit pun, sikit laa...asalkan jalan....lepas raya, simpan lebih sikit untuk sumbangan tahun depan pulak...

No akaun Maybank : 164557095347 (Wan Juhaida Binti Wan Hassan)
No akaun CIMB : 144ooo74833524 (Wan Juhaida Binti Wan Hassan)
No Telefon : 019-988 2292
Email : skuad.raub@gmail.com

Sekian.

P/S: Setiap kisah penerima sumbangan akan dipaparkan dalam blog ni di samping siaran akhbar. (Tapi penyumbang tak la disiarkan dalam akhbar ye...kecuali atas permintaan, nama-nama penyumbang akan disiarkan dalam blog). Doakan kejayaan usaha aku nih. Amiin.

Thursday, August 20, 2009

Pemakan manusia....

aku pegi tgk ular sawa idup baru2 nih kat Felda Krau 1...MASYAALLAH.....besornya...
sebenarnya dulu aku x berapa takut sgt dgn ulor..tp bila 1 kes d Johor yg ulor sawa makan org..cikgu BI aku lak tampal kat papan kenyataan library keratan akhbar pasal tuh.....menda alah tuh jd igauan ngeri buat aku....igtkan aku sorang...rupanya ada schoolmate aku share d same feeling.....hehehe....

besor weh...tak tercakap la..sbb dia x makan lagik...kalo dah mkn...lagi la besor gamoknyer...mujur la dia x menyambar org.....mungkin dia tau yg org xkan bunuh dia....perhilitan amik...

pk2....itu la antara binatang yg menjalankan tanggungjawab pada saat akhir kita meninggalkan dunia....kan?nauzubillah....

Saturday, August 8, 2009

Dua bulan sudah berlalu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama rasanya aku tak menggagau keyboard utk blog nih yer....rasanya mcm x semangat dah nak update..slepas bertukar title nih...hehehe....

Apa2pun, sehingga ke hari ini, aku dah boleh membiasakan diri sedikit demi sedikit...

Pastinya kita berazam untuk tampil terbaik dalam kerjaya mahupun dalam hidup, kan?

InsyaAllah.....