Monday, November 17, 2008

Azam baru penghujung tahun

Pada hari-hari di penghujung tahun ini, macam-macam azam muncul untuk memadamkan kembali azam lapuk yang mungkin tak kesampaian.
Pada ketika ini, sudah dapat dinilai mana-mana perkara yang dah tercapai ataupun masih belum dapat dicapai, tak kurang juga perkara-perkara yang dah tentu takkan tercapai berdasarkan hari-hari 2008 boleh dihitung dengan jari.
Aku juga punya pelbagai hasrat dan hajat yang tak kesampaian pada tahun ini. Cuma apa yang aku tahu, pencapaian aku di bidang kerja agak memuaskan biarpun pelbagai tohmahan dilemparkan.
Apa yang pasti, aku tidak menumpang rezeki sesiapa kecuali kurniaan Allah s.w.t....
Masih ada sisa keazaman yang boleh aku laksanakan di hujung-hujung masa ini...akan aku cuba jadikannya kenyataan, insyaAllah.

Sunday, November 16, 2008

Mulakan semula apa yang dimulakan dahulu...

Assalamualaikum,
Biarpun blog ini dicipta pada 26 April 2008, tetapi memandangkan jarang sekali dikemaskini,
aku nak ambil kesempatan pada peluang kali ini untuk memberi sentuhan dan nafas baru agar aku sendiri dapat menyayangi blog aku ini...sama seperti orang lain.
Buat masa ni, aku sempat menjeling-jeling sahaja biarpun saban hari aku ziarah blog ni...
masih tercari-cari apakah identiti yang sesuai dengan perkembangan zaman ini....
ok la....assalam...