Friday, November 20, 2009

~~Jangan Ada Benci~~

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati


Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan


Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri


Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Thursday, November 19, 2009

KESEMPATAN atas KESEMPITAN

Assalamualaikum,

Post aku kali ni, aku anggap penyudah la bagi cerita peribadi aku..Tapi aku rasa elok juga dikongsikan bersama teman2...

Sehari selepas aku memegang title baru aku berkesempatan mengenali seorang staf jabatan kerajaan di sini dengan lebih dekat. Bukan untuk berlebih-lebih, cuma aku membenarkan dia cuba untuk rapat dengan aku.

Permulaannya dia memaksa aku utk pergi program anjuran jabatannya sedangkan aku pada ketika tu betul2 tak larat nak fokus pada kerja. Tambahan pula aku dah ada stok utk dihantar setiap hari.

Bila asyik didesak, aku mula rasa tertekan dan beritahu perkara sebenar yang memungkinkan aku tak pergi ke program tu... Aku kata " Baru sehari saya berpisah secara rasmi, jadi saya bercadang nak cuti seminggu,"...tu je ayat aku...

Tah nape aku rasa mcm kena gagahkan juga utk pergi, terpaksa bawa sorang lagi kawan buat teman berbual...Thanks Kamariah.

Bermula dari tu, aku buat kerja macam biasa n staf tu macam mula nak rapat dgn aku...aku nampak caranya bebetul lain, mcm ada sesuatu...

Menjelang petang aku dapat tau, dia nih sebenarnya nak rapat dgn aku pon sebab kerja aku yg punya banyak network seluruh daerah nih. appa raaaaa...nak amik kesempatan betoi la...

Tapi aku tak kisah, nak plak aku bukannya ada attach dgn sesape....mungkin niat dia tu bole beri keuntungan juga kat aku...give n take org kata...

dari sudut pemerhatian aku, dia nih mula menggunakan elemen 'perasaan' untuk meneruskan niat dia berdamping dengan aku. Come On laa....dia bukan lelaki pertama yg aku kenal....tak perlu nak main2 perasaan org kalo dah niat nak majukan bisnes...straight to the point, n u'll be bless by Allah SWT.

Lama kelamaan aku tgk rentak dia dah lain benar...mcm2 cara yg buat dia kantoi..slalu benar tersasul...Nak plak setiap kali jumpa aku bawa kekawan...adik aku la...kalo kuar berdua pon aku bawa ke kedai yg aku dah kenal sesangat...ajak tokey kedai borak skali...

Bukan sebab ape pon, aku nak dia tau yg aku nih bukan la bole nak ditipu2 n diperdaya sampai tahap jiwang2..dah la aku baru menempuh suasana perit..mesti la aku berhati2...

Mula2 kenal mamat nih mengaku bujang...dia kata dia penah bertunang n tunang dia tinggalkan dia sebab nak kat lelaki lain yg lebih steady n keja bagus...

aku tgk dia nih skali imbas je dah tau dah dia kaki cong...cong cong cong..last2 dia dah tak larat nak cong dah bila slalu sgt kantoi...

cakap berubah2.,...satu cerita memacam versi...kesudahannya saat paling teruk dia kantoi bila kami keluar makan tgh malam..aku bawa bebudak rumah skali..zura, farah n aida....kitaorang main bantai je cakap perli2..memacam topik la..sampai satu tahap.....dia dah tak tahan..

kesudahannya, bila balik dia mengaku dia dah kawen n ada dua anak..tinggal di tganu..kampung dia....aku langsung tak terkejut..tak frust..n tak langsung nak marahkan dia...bagi aku normal la tuh..stakat nak cover2 status kan..nak tipu2 untuk dapatkan link bisnes dia...

oh ye, sbenarnya dia nak gunakan aku utk dpt network kat Raub nih supaya dia bole lancarkan bisnes bekal kepok lekor ori dr tganu....hmmm....nampak gayanya dia nak amik kesempatan atas kesempitan yang aku tgh lalui waktu tuh...

bila dah kantoi gitu..aku pon buat biasa jer la..tapi aku terus2an perli dia sampai mungkin dia rasa rimas n tak selesa...

esoknya pula, mungkin Allah nak dedahkan kebenaran, dia ada call aku tapi aku tak jawab..so, masuk la voicemail...mungkin dia tak sedar, voicemail tu merekodkan perbualan dia dgn sorang pmpuan.

aku dgr2 semula, dia rupanya bicarakan hal aku....ada ke patut, dia luahkan kat kawan dia yg aku nih 'mudah jatuh cinta kat dia..padahal dia cuma amik berat'....WTF!!!!

aku yg hangin nih call dia balik..tanya ape yg dia kata kat kawan tuh..mula2 dia tak ngaku..dia kata takde apa2..aku kata aku dgr voicemail yg dia 'tak sengaja' tinggalkan.....lepas tu dia ngaku...dan dengan kurang ajarnya, dia letak phone n cancel terus call aku lepas tu...

rupa2nya dia terkedu mcmana aku bole tau..tuh la aku kata Allah SWT lebihy berkuasa...pepandai nak aniaya perasaan org, tapi diri sendiri yg terkena..

Aku paksa dia perbaiki keadaan n beritahu perkara sebenar kat kawan dia tu....tak puas hati n tak yakin dia dah beritahu, aku minta no phone kawan dia utk tanya sendiri...tah la dia tipu ke tak..tu urusan dia plak...

Yang pasti, dia yg kantoi dgn aku..dia tuduh aku nak kat dia plak..padahal aku simpan semua sms n voicemail dia...dia punya AYAAATTT..kuuuuuuuuuuuuusssssssssssssemangat!!

Lain kali, jangan memain dgn aku ya!..sekali ko burukkan nama aku..sepuluh kali aku bole balas...ada ke patut...dia yg amik kesempatan atas situasi sedih kita..dia nak burukkan lagi keadaan plak....

Monday, November 9, 2009

Di mana cahaya itu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya tepat pada jam 9.30 pagi nanti aku akan berada dalam Kamar Mahkamah Rendah Syariah menentukan hala tuju aku (yang pastinya aku nantikan sejak hampir sebulan lalu).

Biasanya aku masuk mahkamah mengambil cerita aib orang untuk tatapan pembaca, tapi kali ini aku mengetengahkan diri aku sendiri dan sebolehnya aku cuba menutup aib sesiapa sahaja yang berkaitan denganku pada hari itu.

Semalam, aku bagai kebingungan melihat kejauhan sana, di mana cahaya itu? ke mana akan ku tuju? siapakah bakal berada di sampingku? Adakah aku mampu memikul status itu?

Aku lalui hari seperti biasa dengan rutin kerjaku.Tersenyum mesra melayan karenah pembaca yang mahukan gambar dan cerita mereka disiarkan. Ada kala aku tertawa melihat gelagat mereka, pada masa yang sama terlintas di benakku yang penat ini, ketawa itu untuk siapa?untuk apa? Aku kembali terdiam mematikan diri dalam keriuhan.

Lewat petang semalam, aku ditemani rakanku untuk menghabiskan satu liputan tugas, kemudian berazam untuk 'makan besar' mungkin kali terakhir, aku tak pasti lagi...Rembang malam aku bertemu dengan dua lagi rakanku, yang pastinya mereka semua anak dara muda belia...bukan macam aku, jadi akulah kepalanya? belum lagi...

Tidak semena aku benar-benar merindui saat yang sedikit itu, saat sekejapan yang membahagiakan aku ketika bergelar isteri, saat aku dapat berkongsi kegembiraan bersamanya. Lalu aku cuba menghubunginya semula, sengaja untuk berbual biasa. Mungkin dapat melepaskan sesak di dada.

Respon yang agak menyinggung rasa bila mendapati suaranya mendatar. Rupanya sudah tidak ada lagi cinta dan sayang dalam dirinya. Mungkin ada, tapi bukan milikku lagi. Tak apa, bukankah itu yang aku mahukan dulu? Nah... terimalah kini.

Aku cuba mengimbas kembali saat bersamanya, sekiranya aku benar2 gembira di alam nyata, pasti aku akan bermimpi sesuatu yang duka tentang dirinya. Pasti menyinggung perasaan wanitaku. Tetapi saat aku berselisih pendapat dan tidak bertegur sapa, mimpiku seolah-olah dialah segalanya. Seolah-olah aku dan dia tidak dapat dipisahkan lagi, aku seakan benar menyintainya.

Namun sampai bila mimpi bersilih itu menghantui kehidupanku? Sampai bila perasaanku dipandu mimpi yang mungkin mainan musuh Allah SWT...

Aku kembali menekur...tertunduk lesu, berwuduk dan solat memohon keampunan Yg Maha Esa. Ku berharap agar dapat melupakannya terus seandainya dia bukan milikku.

Tidak semena, seusai penghabisan doa berkumat di bibirku, hatiku benar-benar lapang dalam kedinginan. Jiwaku benar-benar tenteram dalam keharmonian.

Ketika itulah, aku yakin bahawa Allah SWT mahu aku melepaskan bebanan itu. Aku yakin itulah yang terbaik untukku. Aku tidak pernah merasai tenteram seperti ini sejak aku bergelar isteri, dan aku yakin doaku yg kudus membawa penghargaan untuk diri aku sendiri.

Maka, aku gembira berhadapan keadaan tersebut, dan aku yakin dapat mengembalikan keceriaanku pada waktu dahulu. Aku kini bebas menjalankan tanggungjawabku..

Siapa aku nanti, dengan siapa aku bersama, bukan lagi persoalan utama buat diriku.

Aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah....Amiin.

P/s: Aku tak habis cerita lagi pasa jumpa kawan2 aku tadi...diorang ajak aku pergi karaoke..seingat aku last aku betul2 karaoke di KL..masa aku masih menjadi warga KL...zaman usiaku masih muda belia...Tapi, best juga sesekali release tension.. Layan la 3 lagu..SEKIAN.

Friday, November 6, 2009

Membiasakan diri dgn status baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Mulai 9 November nanti, aku akan memegang status baru yg mungkin agak ngeri untuk diterima kebanyakan wanita dunia.

Bukan title sebagai ibu, tapi title sebagai JANDA...Hakikat yg aku kena terima bila (tak ada lagi ruang untuk mencari jalan penyelesaian). Itu yg bekas suami aku cakapkan walaupun aku kata terlalu banyak pilihan sebab dia yg merasai kehidupan bersama aku, keluarga aku dan boleh menilai apa yg dilakukan keluarganya itu betul atau salah.

Jadi, keputusan pada perceraian aku semata-mata disebabkan tak ada persefahaman.

Biarpun hakikatnya banyak faktor negatif yang melingkungi zon keluarganya. Sebelum ni aku telan semuanya.

Sepanjang hampir lima bulan bersama, aku rasakan seperti lebih tua dari usia sebenar aku, tetapi dia sebaliknya. Bila bersama aku dirasakannya lebih muda..Semuanya aku...Jadi, faham2 je la kan.

Aku dah pesan, jangan nak main cinta kalau belum bersedia, nanti akan melukakan hati org...Tapi degil n campur pula sikap pentingkan diri...yg jadi mangsa? aku....jugak.

-Title kerja aku menjadi 'access' memudahkan dia dalam beberapa perkara besar.

-Sepatutnya faham kerja aku yg takde masa luang memerlukan pengorbanan dua belah pihak...Mula2 kata faham, bila lama2 sengaja dijadikan point pulak...

Tapi takpe, aku redha.....aku doakan dia bertemu jodoh yg terbaik n boleh menerima diri dia seadanya...aku juga doakan wanita pilihan dia tu nanti diterima ahli keluarga dia. Aku juga doakan dia dapat tadbir keluarga dalam zon positif....jadikan pengalaman sebagai pengajaran...

untuk ibunya, aku doakan menjelang usia 72 tahun pada 3 Januari nanti, semoga lebih panjang umur dan mendapat hidayah Allah SWT. Berilah masa untuk anakmu mengenal hidup, bukan dibayangi telunjukmu yang sentiasa menuding ke kiri..Aku dah maafkan setiap perbuatanmu samada sedar atau tidak. Pelik, bukan? heheheh..

Aku terpaksa ucapkan yg aku maafkan ibu dia sebab aku tak mahu lagi berjumpa di akhirat dalam keadaan ibunya nanti menadah keampunan akibat kejam sesama manusia. (Hablum minannas)...

Aku juga minta maaf sebab aku masih lagi belum diterima walaupun aku banyak berkorban mengubah kehidupan dia ke arah lebih positif. Dah tiba masa aku kembali berkorban untuk kerjaya aku semula.

Jgn susah hati, aku dah halalkan segala2nya yg dah jadi darah daging dia..walaupun aku tak seharusnya beri nafkah kat dia..hehehe....wanita dominan.

Aku?Untuk diri aku sendiri....aku redha dengan ketentuan Allah SWT....
Janda Meletup beb!....pk positif...pk positif...pk positif...

Wednesday, November 4, 2009

Masa untuk diri sendiri

Hai, Salam Sejahtera...

Lama juga rasanya aku tak update blog ni... Ada masa mcm dah meluat tengok blog sendiri..bukan sebab nak kutuk diri sendiri, tapi sebab tak update...layout pun macam dah bosan jer..Jadi, perlu masa luang untuk tukar segalanya.

Hari ni aku juga curi masa n duit (kad kredit) untuk beli beberapa kelengkapan untuk diri aku sendiri... Dalam keadaan hujan lebat n tersadai kat lot kedai, aku tak segan silu masuk ke kedai PUMA n belek2 beberapa kasut yg menarik minat aku...

Aku pk, ada tiga jenis kasut yg sesangat aku berkenan..untuk joging, hiking n untuk jejalan (kerja)..jadi aku ambil ketiga2 skali..adakah aku tamak n membazir?

Bila difikirkan, ia sebenarnya long term investment..bergantung kepada tahap kekerapan aku memanfaatkan ketiga2 kasut tersebut...hehehe....

tapi lumrahnya, pantang aku beli sesuatu benda, mesti akan jadi brg 2nd hand pada adik2 aku....kapak beb!!..

Aku selalu tertanya2, kenapa diorang berkenan sgt dengan barang2 yang aku beli, hatta sehelai tikar jerami bernilai RM4.90 pun diorang kebas...

Satu je alasan diorang, barang2 yg aku beli 'nampak mewah' n kena dengan citarasa org ramai...hmmm...samada ikhlas atau ayat bodek? sbb setiap kali diorang declare barang aku as 2nd hand, sure diorang cut cost sampai 75%...even though sebenarnya aku baru sehari guna...ada masa untungnya diorang, amik terus tanpa bayaran...apa bleh buat, dah adik beradik...haaa...hamek..hamek..pilih..pilih....

Tapi satu je perkara aku yg paling aku pegang n diorang kena akur....kalo nak barang2 aku, kena mintak....tak boleh amik terus jer...mau aku mengamuk...sure ngamuk giler la..walaupun barang yg diorang amik tu aku dah tak berapa berkenan...bagi aku, adab menghormati harta org tuh penting...

So, berdasarkan prinsip tersebut.....barang2 aku masih kekal kecantikannya..hahaha....aku ada majalah yg dah berusia lebih 10tahun..tapi masih utuh dari kulit ke kulit...cantik beb..seperti baru...tapi bila dapat ke tangan2 org nih..hancus!..

Satu je prinsip dunia yg aku nampak..org takkan hargai sesuatu barang, kalau dia tak keluar duit sendiri...kalau dia yg beli, sure dia akan hargainya..jadi, elakkan budaya pinjam meminjam..hatta adik bradik skali pun...nih bagi yg tak reti jaga barang la kan...

Kalau aku lak..aku nak pinjam, aku pinjam je tanpa rasa bersalah..sebab aku cukup jaga brg2 org...biarpun bukan guna duit aku sdri...aku jaga sebab 1 jer..aku malas nak ganti kalo rosak!...hehehehe....

Kalau org kata itu tabiat buruk aku...lantak la..bagi aku., ia satu kesenangan buat aku sebab aku tak mengalami kerugian. Tak salah cerewet demi satu kebaikan...

Berbalik kepada perihal kasut2 aku tadi, buat masa tak sampai beberapa jam nih, aku still syg lagi harta baru tu..tapi blom tau kalo dah masuk beberapa bulan n diintai adik bradik aku...(korang mmg camtu)...

Satu kasut sempoi je aku tgk cuma 4x jer....aku congak2...aku dah lama nak kasut jenis gitu..ada la dlm 5thn...walaupun sebelum nih aku penah beli..tapi jenis yg murah2...baru kali nih aku beli yg mahal sket..RM39.90...hehehe....ini dia.

Ini pilihan aku yg last sebenarnya... aku sebenarnya cari kasut joging...konon nak amalkan hidup sihat la kan..kembali aktif selepas sekian lama tak perah lemak2 di badan..seingat aku last aku aktif sukan masa thn 2000 aku join kelab kayak kat UIA..

Actually aku bersama lima kawan yg lain jadi perintis kelab tu yg aku tak pasti masih bernyawa atau tak skrg nih..kalau ada, ketahuilah...akulah Setiausaha Agung yg bertungkus lumus siapkan paperwork bagi setiap program...Bila aku quit, tanpa rasa apa2 pon nama aku dipadamkan daripada paperwork yg aku buat bersungguh2 (tak bersungguh mcm aku buat assignment yg lecturer beri)..hehehe...melalut plak...

kasut joging aku tak la berapa mahal sangat, tapi aku berkenan dgn kaler dia..aku cuba igt2, aku penah beli kasut kaler yg sama, tapi rasanya jadi mangsa salah sorang adik aku..tak igt sape yg kebas...kpd sesape yg amik n arwahkan kasut tuh...tlg aku recall smula n jadikannya kenangan..ahaks! sentimental lak dgn arwah2 kasut aku....huhuhu...
yg nih harganya RM49.90....aku akan mula joging start minggu depan...adakah berjaya?hehehe...
Aku beli kasut hiking yg aku tak pasti nak guna bila....hmm..harganya rm79.90...cantik babas!!...pada mata aku la kan...agak2 la, kalo wat jejalan ok tak weh?hehehe...utk pengetahuan semua...walaupun aku nih besar, kasut sport aku cuma saiz 5 jer..atau 39....kalau sandal pmpuan yg ayu tuh plak..aku guna saiz 8...

nih kasut hiking aku...aku tau nih kasut lelaki...tapi apa bleh buat..aku suka..jeans pon aku slalu beli cutting lelaki..aku tak minat langsung jeans cutting pompuan..tak kena dgn selera aku..hehehe...