Monday, August 13, 2012

Selamat Menyambut Ulang Tahun Penubuhan WRS

Assalamualaikum,

Memasuki jam 0000 pada 13 Ogos 2012, Warga Raub Sejahtera (WRS) sekali lagi melakar sejarah dalam kelasnya yg tersendiri apabila dapat bertahan dengan keahlian terkini 2,450 selepas genap setahun penubuhan.

Selang sehari sebelum tu, WRS baru je menjayakan Majlis Iftar Jama'ie dengan mencatat kehadiran hampir 150 ahli bersama keluarga. Satu kejayaan yang menggembirakan apabila semua datang dan pulang dengan senyuman.

Sebagai Penyelaras Majlis Iftar Jama'ie WRS, saya panjatkan kesyukuran kerana dengan izinNYA, majlis berlangsung dengan lancar sekali dalam suasana muhibah.

Saya juga ucapakan terima kasih tak terhingga kepada semua yg hadir sebagai tanda sokongan terhadap usaha dilakukan WRS.

Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab menjayakan majlis tersebut seorang diri.

Pada masa sama saya ucapkan terima kasih kepada Rose Winter Sonata yg tampil pada saat akhir tolong kerat dan susun tag nama peserta serta nombor cabutan bertuah.

Tak lupa pada Awin Aguss yg tolong jugak dan berakhir dengan penghantaran hamper cabutan bertuah ke Rumah Rehat Raub guna lori dia (",).

Paling penting, Syukur Alhamdulillah apabila tampil individu yg sanggup menaja majlis keseluruhannya.

Syukur juga bila salah sorang admin, Dato' Shamsuddin Nawawi (Setpol MB Pahang), ceriakan suasana dgn ucapan aluan guna loghat Dong. Masa mengacara cabutan bertuah juga menarik sekali penyampaiannya.

Menceritakan kelancaran majlis itu rasanya tak cukup seminggu. Tapi keseluruhannya, Alhamdulillah. Saya mampu bukti, dan anda nilaikannya.

----------------------------------------------

Berbalik kepada kisah penubuhan WRS yg dah setahun ni, saya cuba imbas semula pahit manis sepanjang jalan perjuangan mengukuhkan IDENTITI, akhirnya WRS dikenali dengan pelbagai aktiviti dilaksanakan.

Bermula dengan (
1) Majlis Sambutan Aidilfitri di Taman Bandar dengan kehadiran 10 ahli sahaja, WRS tidak patah semangat meneruskan perancangan menjayakan (2) Sambutan Aidiladha dengan melaksanakan ibadah Korban bersama warga tua penghuni Rumah Sejahtera Perkampungan Ibadah Rumah Orang Tua Islam Tidak Berwaris.

Aktiviti diteruskan dengan (3) Sambutan Hari Asyura di Taman Bandar dan kemudiannya WRS terus merancang menubuhkan koperasi. Niat dizahirkan bermula dengan (4) Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Warga Sejahtera Raub Berhad di Pusat Tuisyen Nur Jaya.

Tak lama lepas tu, WRS menganjurkan (5) Sambutan Maulidur Rasul bersama PAID dan JAIP serta semua jabatan terlibat peringkat daerah.

Ini tidak termasuk penyertaan WRS ke (6) Simposium Pembangunan Ekonomi Bumiputera di Sime Darby Convention Centre atas jemputan khas Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia.

Tak ketinggalan juga penyertaan ke (7) Hari Koperasi Pahang dan hantar wakil ke (8) Hari Koperasi Kebangsaan.

Terkini, WRS menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan menerusi (9) Program Ziarah Aidilfitri dengan memberi perhatian kepada hampir 30 penerima seluruh daerah Raub.

Tepat SATU TAHUN penubuhan, WRS dapat melaksanakan 10 program dan aktiviti dengan majlis penutupnya (10) Iftar Jama'ie. TAHNIAH kepada semua ahli yg menjiwai perjuangan WRS dan bersama-sama menjulang kejayaan demi kejayaan dalam setiap usaha dilaksanakan.

Semakin hari, kita (ahli WRS) merasai kemanisan usaha biarpun bermula dengan pelbagai rintangan dan dugaan.

bersambung...


1 comment:

Anonymous said...

Tahniah warga WRS!