Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog peribadi ini (sekiranya ada)….
Terlebih dahulu Salam Aidil Adha diucapkan kepada Umat Islam seluruh dunia. Sudahkah anda membayar zakat? Cheh….hehehehe….. luar topik pulak…adakah anda tergolong dalam hamba Allah yang menunaikan ibadah Qurban pada tahun ini? Alhamdulillah….semoga ‘fakir miskin’ tidak kempunan menikmati daging segar di hari mulia ini…
Sekiranya diamati, tidak ada golongan miskin di negara ini yang benar-benar dikategorikan sebagai FAKIR miskin…negara yang aman dan makmur ini hanya memiliki serendah ‘golongan kurang berkemampuan’ sahaja. Kalau tidak, masakan rakyat di negara kita ini sanggup berkongsi rezeki bersama jutaan pendatang asing (profesional dan bukan profesional)….logik,
Habis soal miskin, kita beralih pula kepada soal zakat….Sebagai hamba Allah yang mempunyai pelbagai tanggungjawab, kita tidak boleh mengetepikan urusan zakat yang sememangnya diTUNTUT dalam Islam.
Sedarkah anda bahawa gaji bulanan yang diperolehi juga tidak terkecuali daripada dikenakan zakat? Haaa…..inilah dinamakan ZAKAT PENDAPATAN….
Ramai yang seolah2 lupa bahawa gaji bulanan yang diperolehi terdapat HAK dan PERUNTUKAN buat fakir miskin. Kita kena tunaikan juga, sebab hari ini kita berkemampuan, tidak mustahil esok hari kita termasuk dalam golongan kurang berkemampuan dan amat MEMERLUKAN sumbangan zakat tersebut….kan?
Lewat petang semalam, semasa aku asyik melayari dan menjamu mata dengan beberapa artikel daripada blog-blog tertentu, aku didatangi seorang lelaki…bila diamati, dia biasa sahaja berpakaian sukan, mungkin baru lepas riadhah.
Tiba2 lelaki tersebut berbicara soal zakat….aku pandang dia atas bawah, maaflah akhi…aku tak kenal sangat orang…..dia minta datang ke pejabat untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang zakat….sah la dia tu pegawai daripada Pusat Kutipan Zakat Raub….
Ye jugak, insya Allah aku akan datang selepas cuti raya haji..walaupun hakikatnya aku tak bercuti…tapi diorang yang bercuti….
Diselitkan sedikit kat sini, akhi tu nak beri penerangan sikit yang tempoh2 utk submit borang CUKAI PENDAPATAN dah nak hampir..jadi urusan pembayaran zakat juga boleh dikecualikan daripada cukai pendapatan…
Wahai rakyat jelata sekalian….tunaikanlah zakat (rukun Islam keempat) tu….aku takpe la..sebab gaji aku belum sampai tahap kena cukai lagi…nak bagi mak n abah pon aku terkira2…hehehe..tapi tak penah missed…
Senang je nak kira zakat kita nih…..jap aku buka brochure nak tengok…..
Haaa..gini,
Bila aku tengok2…ia sesuai dengan orang bujang, dah berkeluarga dan yang ada aset….
Kaedah 1 (pendapatan kasar setahun x 2.5%)
Nota : pendapatan kasar termasuk elaun, bonus, hasil sewa, pencen dan lain2.
Contoh : pendapatan kasar RM2,000 x 12 + bonus (RM2,000) = RM26,000
RM26,000 x 2.5% = RM650
Rasanya ni sesuai untuk org bujang…kalo setahun kena keluar zakat RM650, sebulan cuma perlu sediakan RM54.20. Bukan banyak sangat pon…lagi banyak dihabiskan utk gincu, mekap, topup enset…
Kaedah 2 (pendapatan kasar setahun tolak perbelanjaan asasi setahun x 2.5%)
Contoh : RM26,000 – diri (RM8,000) – isteri (RM3,000) – tiga anak (RM3,000) = RM12,000
RM12,000 x 2.5% = RM300
Ini mungkin sesuai dengan family
Beban sangat ker?hehehe…
Bagi kaedah ketiga, lebih kurang sama je dengan kaedah kedua…
Nak senang, datang je ke pejabat kutipan zakat, berjela2 diorang boleh terangkan…
Ibu Pejabat (Pahang)
Bangunan MUIP, Jalan Mahkota, Kuantan
09-5131515 / 09-5131616
Cawangan Kuantan
09-5162525
Cawangan Temerloh
09-2966616
Cawangan Raub
09-3550515
No comments:
Post a Comment