Friday, February 27, 2009

Remaja Sekolah - KRITIKAL

Hari nih aku pegi ke Majlis Permuafakatan (polis + wakil sekolah)...
Statistik menunjukkan jumlah salah laku pelajar dan masalah sosial SUNGGUH MENAKUTKAN DAN DI LUAR JANGKAAN kita yg dah tua2 nih....

nanti aku ceritakan secara subjective dan general....aku nak pg IPD lagik nih....amik beberapa kes...
hehehe....jumpa lagi....

[kemaskini 2 Mac (2:14pm)]

Maaf la kekawan, aku tetiba malas plak nak menaip utk ceritakan kes salah laku pelajar nih...
tapi aku harap korang semua baca paper sinar pahang tarikh 28 Feb...memana yg x baca, kat sini aku 'paste' raw material yg aku sent kat bos (belum edit)....
baca kat bawah nih....kalo rasa panjang n menjemukan, sori la weh.....

RAUB – Masyarakat di daerah ini diminta memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menangani kes salah laku pelajar yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja.


Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Azhar Abdul Rahman berkata, statistik salah laku pelajar bagi permulaan tahun ini menunjukkan angka yang besar berbanding tahun-tahun sebelumnya.


Menurutnya, sepanjang Januari dan Februari tahun ini, terdapat tujuh kes salah laku pelajar dilaporkan berbanding hanya tiga kes pada 2008 dan dua kes pada 2007 dalam tempoh yang sama.


“Kes-kes yang dilaporkan termasuk bergaduh, dadah, rogol, judi, cabul, mencuri, ikut teman lelaki dan berkelakuan tidak baik.


“Contoh statistik ini sahaja memerlukan keprihatinan masyarakat secara menyeluruh termasuk ibu bapa kerana perkembangan dunia sosial hari ini membawa kepada kecenderungan gejala negatif remaja,” katanya pada Majlis Permuafakatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub bersama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Raub di Dewan Melur, Kompleks IPD Raub, semalam.


Turut hadir wakil Pegawai Pelajaran Daerah, Lukman Yatimi Ahmad, Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah (PPSM) Raub, Misnan Mohd Damin, Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah (MGBS) Raub, Othman Ibrahim, pengetua, guru besar dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seluruh daerah.


Azhar yang juga Setiausaha Jawatankuasa Permuafakatan Daerah berkata, polis menempatkan 15 pegawai dan 57 anggota sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) untuk semua sekolah dalam daerah ini.


Menurutnya, PPS dengan kerjasama guru bertugas berperanan memantau disiplin atau salah laku pelajar sepanjang sesi persekolahan.


“Polis juga menjalankan pemeriksaan ke beberapa lokasi dikenal pasti menjadi pilihan pelajar ponteng sekolah termasuk pusat hiburan, kafe siber, hotel-hotel sekitar Raub, Dataran Raub, Dewan Jubli dan Rumah Rehat Raub.


“Kes remaja hilang juga membimbangkan berdasarkan beberapa faktor yang berkait rapat dengan masalah sosial dan statistik menunjukkan 17 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini,” kata Azhar.


Beliau berkata, peranan masyarakat setempat termasuk ibu bapa amat penting bagi menangani masalah ini yang memberi kesan negatif dalam kalangan remaja termasuk peningkatan kadar jenayah, gengsterisme, pembuangan anak, penyalahgunaan dadah, keciciran dalam pelajaran serta tindakan nekad dan kejam.


Menurutnya, masyarakat boleh bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa termasuk menyalurkan maklumat menerusi 09-3554 999 dan prosedur penguatkuasaan undang-undang akan dilaksanakan bagi setiap kes yang diterima.


“Kita semua perlu menggembleng tenaga mencari kaedah terbaik menangani masalah sosial melibatkan remaja yang masih bersekolah ini kerana perkembangan buruk ini amat membimbangkan dan memberi gambaran tidak baik terhadap generasi akan datang.


“Kita tidak mahu berlaku tuding menuding dan saling salah menyalahi antara satu sama lain, sebaliknya berusaha bersama mencari penyelesaian terbaik mencegah perbuatan tidak bermoral ini daripada terus berleluasa,” kata Azhar.


3 comments:

Razak Bin Ramli said...

Asalamuaalaikum..

Saja nak bagi tahu Sarjan Rasmina
tu adik saya. Baru tukar dari Kuala Krai.Bahagian perhubungan awam IPD Raub.Selalulah Wan akan jumpa.

aKuSaKsI said...

dah jumpa....
dia slalu sediakan press statement...
tak cakap pon dah tau..sebab ari tuh saya check org tuh sibuk pindah2 barang ke IPD...hehehe...
sblm tu saya dapat info gak dari OCPD n kekawan pegawai dia..ada sebut bakal dapat anggota baru...
best la dapat balik keja kg...

Sinichi Kudo said...

PEGAWAI TUGAS KHAS MB KEDAH KAHWIN ISTERI ORANG
http://murshidahmustafa.blogspot.com/