Monday, November 9, 2009

Di mana cahaya itu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya tepat pada jam 9.30 pagi nanti aku akan berada dalam Kamar Mahkamah Rendah Syariah menentukan hala tuju aku (yang pastinya aku nantikan sejak hampir sebulan lalu).

Biasanya aku masuk mahkamah mengambil cerita aib orang untuk tatapan pembaca, tapi kali ini aku mengetengahkan diri aku sendiri dan sebolehnya aku cuba menutup aib sesiapa sahaja yang berkaitan denganku pada hari itu.

Semalam, aku bagai kebingungan melihat kejauhan sana, di mana cahaya itu? ke mana akan ku tuju? siapakah bakal berada di sampingku? Adakah aku mampu memikul status itu?

Aku lalui hari seperti biasa dengan rutin kerjaku.Tersenyum mesra melayan karenah pembaca yang mahukan gambar dan cerita mereka disiarkan. Ada kala aku tertawa melihat gelagat mereka, pada masa yang sama terlintas di benakku yang penat ini, ketawa itu untuk siapa?untuk apa? Aku kembali terdiam mematikan diri dalam keriuhan.

Lewat petang semalam, aku ditemani rakanku untuk menghabiskan satu liputan tugas, kemudian berazam untuk 'makan besar' mungkin kali terakhir, aku tak pasti lagi...Rembang malam aku bertemu dengan dua lagi rakanku, yang pastinya mereka semua anak dara muda belia...bukan macam aku, jadi akulah kepalanya? belum lagi...

Tidak semena aku benar-benar merindui saat yang sedikit itu, saat sekejapan yang membahagiakan aku ketika bergelar isteri, saat aku dapat berkongsi kegembiraan bersamanya. Lalu aku cuba menghubunginya semula, sengaja untuk berbual biasa. Mungkin dapat melepaskan sesak di dada.

Respon yang agak menyinggung rasa bila mendapati suaranya mendatar. Rupanya sudah tidak ada lagi cinta dan sayang dalam dirinya. Mungkin ada, tapi bukan milikku lagi. Tak apa, bukankah itu yang aku mahukan dulu? Nah... terimalah kini.

Aku cuba mengimbas kembali saat bersamanya, sekiranya aku benar2 gembira di alam nyata, pasti aku akan bermimpi sesuatu yang duka tentang dirinya. Pasti menyinggung perasaan wanitaku. Tetapi saat aku berselisih pendapat dan tidak bertegur sapa, mimpiku seolah-olah dialah segalanya. Seolah-olah aku dan dia tidak dapat dipisahkan lagi, aku seakan benar menyintainya.

Namun sampai bila mimpi bersilih itu menghantui kehidupanku? Sampai bila perasaanku dipandu mimpi yang mungkin mainan musuh Allah SWT...

Aku kembali menekur...tertunduk lesu, berwuduk dan solat memohon keampunan Yg Maha Esa. Ku berharap agar dapat melupakannya terus seandainya dia bukan milikku.

Tidak semena, seusai penghabisan doa berkumat di bibirku, hatiku benar-benar lapang dalam kedinginan. Jiwaku benar-benar tenteram dalam keharmonian.

Ketika itulah, aku yakin bahawa Allah SWT mahu aku melepaskan bebanan itu. Aku yakin itulah yang terbaik untukku. Aku tidak pernah merasai tenteram seperti ini sejak aku bergelar isteri, dan aku yakin doaku yg kudus membawa penghargaan untuk diri aku sendiri.

Maka, aku gembira berhadapan keadaan tersebut, dan aku yakin dapat mengembalikan keceriaanku pada waktu dahulu. Aku kini bebas menjalankan tanggungjawabku..

Siapa aku nanti, dengan siapa aku bersama, bukan lagi persoalan utama buat diriku.

Aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah....Amiin.

P/s: Aku tak habis cerita lagi pasa jumpa kawan2 aku tadi...diorang ajak aku pergi karaoke..seingat aku last aku betul2 karaoke di KL..masa aku masih menjadi warga KL...zaman usiaku masih muda belia...Tapi, best juga sesekali release tension.. Layan la 3 lagu..SEKIAN.

Friday, November 6, 2009

Membiasakan diri dgn status baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Mulai 9 November nanti, aku akan memegang status baru yg mungkin agak ngeri untuk diterima kebanyakan wanita dunia.

Bukan title sebagai ibu, tapi title sebagai JANDA...Hakikat yg aku kena terima bila (tak ada lagi ruang untuk mencari jalan penyelesaian). Itu yg bekas suami aku cakapkan walaupun aku kata terlalu banyak pilihan sebab dia yg merasai kehidupan bersama aku, keluarga aku dan boleh menilai apa yg dilakukan keluarganya itu betul atau salah.

Jadi, keputusan pada perceraian aku semata-mata disebabkan tak ada persefahaman.

Biarpun hakikatnya banyak faktor negatif yang melingkungi zon keluarganya. Sebelum ni aku telan semuanya.

Sepanjang hampir lima bulan bersama, aku rasakan seperti lebih tua dari usia sebenar aku, tetapi dia sebaliknya. Bila bersama aku dirasakannya lebih muda..Semuanya aku...Jadi, faham2 je la kan.

Aku dah pesan, jangan nak main cinta kalau belum bersedia, nanti akan melukakan hati org...Tapi degil n campur pula sikap pentingkan diri...yg jadi mangsa? aku....jugak.

-Title kerja aku menjadi 'access' memudahkan dia dalam beberapa perkara besar.

-Sepatutnya faham kerja aku yg takde masa luang memerlukan pengorbanan dua belah pihak...Mula2 kata faham, bila lama2 sengaja dijadikan point pulak...

Tapi takpe, aku redha.....aku doakan dia bertemu jodoh yg terbaik n boleh menerima diri dia seadanya...aku juga doakan wanita pilihan dia tu nanti diterima ahli keluarga dia. Aku juga doakan dia dapat tadbir keluarga dalam zon positif....jadikan pengalaman sebagai pengajaran...

untuk ibunya, aku doakan menjelang usia 72 tahun pada 3 Januari nanti, semoga lebih panjang umur dan mendapat hidayah Allah SWT. Berilah masa untuk anakmu mengenal hidup, bukan dibayangi telunjukmu yang sentiasa menuding ke kiri..Aku dah maafkan setiap perbuatanmu samada sedar atau tidak. Pelik, bukan? heheheh..

Aku terpaksa ucapkan yg aku maafkan ibu dia sebab aku tak mahu lagi berjumpa di akhirat dalam keadaan ibunya nanti menadah keampunan akibat kejam sesama manusia. (Hablum minannas)...

Aku juga minta maaf sebab aku masih lagi belum diterima walaupun aku banyak berkorban mengubah kehidupan dia ke arah lebih positif. Dah tiba masa aku kembali berkorban untuk kerjaya aku semula.

Jgn susah hati, aku dah halalkan segala2nya yg dah jadi darah daging dia..walaupun aku tak seharusnya beri nafkah kat dia..hehehe....wanita dominan.

Aku?Untuk diri aku sendiri....aku redha dengan ketentuan Allah SWT....
Janda Meletup beb!....pk positif...pk positif...pk positif...

Wednesday, November 4, 2009

Masa untuk diri sendiri

Hai, Salam Sejahtera...

Lama juga rasanya aku tak update blog ni... Ada masa mcm dah meluat tengok blog sendiri..bukan sebab nak kutuk diri sendiri, tapi sebab tak update...layout pun macam dah bosan jer..Jadi, perlu masa luang untuk tukar segalanya.

Hari ni aku juga curi masa n duit (kad kredit) untuk beli beberapa kelengkapan untuk diri aku sendiri... Dalam keadaan hujan lebat n tersadai kat lot kedai, aku tak segan silu masuk ke kedai PUMA n belek2 beberapa kasut yg menarik minat aku...

Aku pk, ada tiga jenis kasut yg sesangat aku berkenan..untuk joging, hiking n untuk jejalan (kerja)..jadi aku ambil ketiga2 skali..adakah aku tamak n membazir?

Bila difikirkan, ia sebenarnya long term investment..bergantung kepada tahap kekerapan aku memanfaatkan ketiga2 kasut tersebut...hehehe....

tapi lumrahnya, pantang aku beli sesuatu benda, mesti akan jadi brg 2nd hand pada adik2 aku....kapak beb!!..

Aku selalu tertanya2, kenapa diorang berkenan sgt dengan barang2 yang aku beli, hatta sehelai tikar jerami bernilai RM4.90 pun diorang kebas...

Satu je alasan diorang, barang2 yg aku beli 'nampak mewah' n kena dengan citarasa org ramai...hmmm...samada ikhlas atau ayat bodek? sbb setiap kali diorang declare barang aku as 2nd hand, sure diorang cut cost sampai 75%...even though sebenarnya aku baru sehari guna...ada masa untungnya diorang, amik terus tanpa bayaran...apa bleh buat, dah adik beradik...haaa...hamek..hamek..pilih..pilih....

Tapi satu je perkara aku yg paling aku pegang n diorang kena akur....kalo nak barang2 aku, kena mintak....tak boleh amik terus jer...mau aku mengamuk...sure ngamuk giler la..walaupun barang yg diorang amik tu aku dah tak berapa berkenan...bagi aku, adab menghormati harta org tuh penting...

So, berdasarkan prinsip tersebut.....barang2 aku masih kekal kecantikannya..hahaha....aku ada majalah yg dah berusia lebih 10tahun..tapi masih utuh dari kulit ke kulit...cantik beb..seperti baru...tapi bila dapat ke tangan2 org nih..hancus!..

Satu je prinsip dunia yg aku nampak..org takkan hargai sesuatu barang, kalau dia tak keluar duit sendiri...kalau dia yg beli, sure dia akan hargainya..jadi, elakkan budaya pinjam meminjam..hatta adik bradik skali pun...nih bagi yg tak reti jaga barang la kan...

Kalau aku lak..aku nak pinjam, aku pinjam je tanpa rasa bersalah..sebab aku cukup jaga brg2 org...biarpun bukan guna duit aku sdri...aku jaga sebab 1 jer..aku malas nak ganti kalo rosak!...hehehehe....

Kalau org kata itu tabiat buruk aku...lantak la..bagi aku., ia satu kesenangan buat aku sebab aku tak mengalami kerugian. Tak salah cerewet demi satu kebaikan...

Berbalik kepada perihal kasut2 aku tadi, buat masa tak sampai beberapa jam nih, aku still syg lagi harta baru tu..tapi blom tau kalo dah masuk beberapa bulan n diintai adik bradik aku...(korang mmg camtu)...

Satu kasut sempoi je aku tgk cuma 4x jer....aku congak2...aku dah lama nak kasut jenis gitu..ada la dlm 5thn...walaupun sebelum nih aku penah beli..tapi jenis yg murah2...baru kali nih aku beli yg mahal sket..RM39.90...hehehe....ini dia.

Ini pilihan aku yg last sebenarnya... aku sebenarnya cari kasut joging...konon nak amalkan hidup sihat la kan..kembali aktif selepas sekian lama tak perah lemak2 di badan..seingat aku last aku aktif sukan masa thn 2000 aku join kelab kayak kat UIA..

Actually aku bersama lima kawan yg lain jadi perintis kelab tu yg aku tak pasti masih bernyawa atau tak skrg nih..kalau ada, ketahuilah...akulah Setiausaha Agung yg bertungkus lumus siapkan paperwork bagi setiap program...Bila aku quit, tanpa rasa apa2 pon nama aku dipadamkan daripada paperwork yg aku buat bersungguh2 (tak bersungguh mcm aku buat assignment yg lecturer beri)..hehehe...melalut plak...

kasut joging aku tak la berapa mahal sangat, tapi aku berkenan dgn kaler dia..aku cuba igt2, aku penah beli kasut kaler yg sama, tapi rasanya jadi mangsa salah sorang adik aku..tak igt sape yg kebas...kpd sesape yg amik n arwahkan kasut tuh...tlg aku recall smula n jadikannya kenangan..ahaks! sentimental lak dgn arwah2 kasut aku....huhuhu...
yg nih harganya RM49.90....aku akan mula joging start minggu depan...adakah berjaya?hehehe...
Aku beli kasut hiking yg aku tak pasti nak guna bila....hmm..harganya rm79.90...cantik babas!!...pada mata aku la kan...agak2 la, kalo wat jejalan ok tak weh?hehehe...utk pengetahuan semua...walaupun aku nih besar, kasut sport aku cuma saiz 5 jer..atau 39....kalau sandal pmpuan yg ayu tuh plak..aku guna saiz 8...

nih kasut hiking aku...aku tau nih kasut lelaki...tapi apa bleh buat..aku suka..jeans pon aku slalu beli cutting lelaki..aku tak minat langsung jeans cutting pompuan..tak kena dgn selera aku..hehehe...

Saturday, October 10, 2009

Selingan..



Tuesday, September 29, 2009

Aku pon tak paham...

Aku pon tak paham dengan satu situasi nih sekali gus melambangkan tahap mentaliti individu yg terlibat...

apa diorang tak pk ke zaman skrg penuh dgn 'penilaian n perbandingan'..terutama skali golongan muda....

aku nak cakap lelebih kang, bukan negeri aku...tapi bila pk dalam2..aku still rakyat Malaysia...

nak cakap kang, org cop pembangkang...tak cakap kang, pandangan aku dok membusa dalam kepala otak....

nih aku cakap sebagai salah seorang rakyat Malaysia....bukannya dari pandangan profession aku....

aku baca sekilas jer, terus aku pk bole 'counter argue' statement tuh...


cuba tgk yer....

"LEMBU PUN TAK BOLEH JAGA, MACAMANA NAK JAGA RAKYAT?"......

apakah lembu dijadikan bahan ukur untuk disamakan dengan rakyat?apa tak boleh terima dah HUKUM KARMA yg jelas menunjukkan itu adalah BENCANA ALAM....bukannya disengajakan...apa perlu diletakkan lembu dalam rumah?budak kecik pon bole pk la dey!!!....

yg pegi bela lembu kat tapak yg bukan hak korang tuh apsal? sejak bila lembu tuh ada di situ?kot nak sangat jaga lembu tuh macam org, apa kata korang buat sebijik banglo besar n bagi lembu tuh duduk...yg pasti banglo yg korang buat tuh atas tanah korang sendiri la kan...baru korang tau camner nak jaga 'rakyat2' korang yg mcm2 saiz tuh...

satu lagik....yg aku slalu banding2kan....masa kejadian runtuhan Highlands Tower...berapa ramai org maut?berapa ramai yg tak jumpa jasadnya smpai skrg?masa tuh ada buat demonstrasi ker?(kalo ada sori aaa....sbb zaman tuh beringus lagik)hehehe....ada ke pertikaikan kerajaan tak pandai jaga rakyat?

nak lagi tepat...masa kes kat bukit antarabangsa tuh....mentang2 la masa tuh pembangkang dah take over pentadbiran....bertubi2 korang semua marah2 konon tak jaga kebajikan rakyat...pentingkan poket buat pembangunan sampai abai keselamatan rakyat....

korang nih menda tah gamaknya...dah lupa ke yg org2 mcm aku nih menilai...

masa terjadi bencana kat bukit antarabangsa tuh....korang rasa semalam ke projek tuh dilaksanakan?atau projek tuh dibuat tepat pada 9 Mac 2008..pastuh beberapa bulan pastuh terus runtuh/bencana....gitu jadinya?

projek pembinaan tuh pada asalnya kat tangan sape weh?heiii.....kekadang tuh aku rasa mcm dah muak dah tgk org yg dok buat mcm 'MELUDAH KE LANGIT'....

kitaorg yg muda nih..(bole consider muda lagi kan?)hehehe......kami nih bole pk la weh....jgn la nak main wayang lagi dah...cukup2 laaaaaa.....

aku malu sbenarnya..kalo dulu bila sebut pemimpin tuh..sebut pemimpin nih....bergenang air mata...berdebar2 dada....dek terharu n terlalu mengkagumi jasa n keprihatinan diorg kat rakyat....nape skrg nih aku tak dapat rasa mcm tuh lagik? nape?

huhuhuhu.....aku pemegang FIKRAH MAHATHIR.....sebab aku n kekawan bangga digelar GENERASI MAHATHIR....bagi aku..generasi yg betul2 menikmati semangat perjuangan pemimpin zaman Tun M dulu...individu yg lahir antara tahun 1975 - 1985 ....bila Tun M mula mentadbir negara pada 1981...sesapa yg lahir pada 1975 dah rasa konsep yg digunakan Tun M waktu tu....aku lahir tgh2...zaman revolusi media Malaysia....hehehe..tak sangka lak aku jd org media skrg....ops..balik smula...

WHY?mengapa perasaan dan semangat yg dulu boleh menyemarakkan sifat '1Malaysia'....tapi sekarang semua tuh dah takde?...gagasan 1Malaysia yg dilaungkan PM kita hari ni sebenarnya terasa 'jengkel' untuk dilaksanakan...bukan aku membantah....tapi aku nak katakan sebenarnya 'ia semakin pudar'...sebab aku dah rasa perasaan 1Malaysia tuh dalam kepimpinan Tun M...aku dah rasa mcmana selesanya aku berada bersama masyarakat Cina n India....biarpun masa tu aku tak skolah lagik...tapi aku dapat rasa mcmana mesranya layanan bangsa lain terhadap aku...datang ke rumah diorang..guna mainan diorang...bila tiba waktu makan..diorang pujuk aku dan siap hantar balik lagik..hahaha....takan la nak ajak makan skali,kan?pastu petang kekawan yg lain bangsa nih...datang semula ajak main lagik....betapa aku bahagia dalam dunia aku sndri masa tuh....

aku ingat lagik masa aku umur 6thn...aku tak pegi tadika...abah tak daftar pon...aku merasa sekejap je 'tadika telok kemang' masa umur 5thn...bila aku 6thn...tak tadika dah....tapi aku boleh ajar akak aku yg masa tuh darjah dua..huhuhu....gini, balik pada apa yg aku nak citer....masa umur 6thn tuh aku dah pandai pegi kedai sdri..sorang2.....mak bagi list barang n aku ke kedai....aku pon musykil camner aku leh ingat jalan ke kedai..sbb kalo pk,jauh gak rasanya..n aku bole balik dlm keadaan selamat dgn barang2 yg dipesan....

masa sampai kedai, aku cuma hulur je list n duit besar (aku tak igt berapa ringgit)..aku tunggu depan kedai sambil tgk2 gelagat org....pastu uncle india tuh kuar n beri kat aku barang dan duit baki...dia kata pegi kedai sebelah plak....aku pon tak paham nape dia kata gitu..aku pegi jer...takde hal punya la...sampai kedai sebelah..sorang uncle cina amik list dari tgn kecik aku....tah menda dia cakap tah..aku dgr diorang bersahut2 sbelah kedai....pastu aku tgk uncle tuh bungkus2 n masuk dlm beg plastik beri kat aku...amik duit dr tgn aku n hulur baki....aku pon balik...tuh la rutin aku kalo ke kedai pon...

moral of d story, mak aku tak penah merungut setiap kali aku bawak balik brg2 tuh dgn baki skali...masa kecik tuh, aku sedih gak rasa bila kena ke kedai...tapi bila mak tak merungut atau komplen..aku rasa bangga sbb dapat laksana tugas dgn baik...hehehe....tapi bila dah besar n aku pk smula...byk pengajaran aku dapat dari kerja aku tuh....sikap saling mempercayai dipraktikkan.....sikap melindungi biarpun aku anak Melayu..tapi dua uncle tuh cukup prihatin...jujur plak tuh...mak aku dah pupuk jati diri aku dari kecik lagik utk berani berhadapan apa jer...inilah hasilnya aku skrg....kat tempat aku berdiri skrg nih...aku bangga..

aku tak penah rasa takut pada bangsa lain..aku tak penah rasa terancam..dan pastinya aku takde kekuatan untuk mengancam diorang..kan?..jadi,

kita tak seharusnya termasuk dalam kelompok 'mudah lupa'....sedar tak sedar....PM kita hari ini mungkin berhasrat nak mengajak kita semua 'kembali' kepada kegemilangan 1Malaysia yg pernah dipraktikkan dulu....(nih pandangan aku)..

jadi....kembali semula kepada topik 'lembu n rakyat'.....adakah wajar perbuatan korang tuh?ataupun korang sbenarnya 'dicucuk'?sape ke yg cucuk tuh...meh sini aku kabo ke dia yg dia tuh mengeruhkan lagik keadaan.....

org skrg 'dah celik'....bukan kata org skrg 'dah cerdik'....ayat celik tuh lagi tepat...sbb dr dulu lagi org dah cerdik..cuma kekadang kecerdikan boleh dimanipulasi org2 tertentu bila kita dlm 'kegelapan'....kalo dah celik...org bodo pon tau la depan tuh ada lubang!..mau masuk lubang sindiri ka dey?...

bagi aku la...daripada asyik saling mematuk antara satu sama lain...baik la pk camana nak majukan fikrah rakyat skrg nih....pk kemajuan ekonomi skrg nih....jgn dipolitikkan....ini tidak..kalo bangsa guna politik cerdik, aku tak kisah...Nabi SAW pon berpolitik....ini tak..guna politik budak tadika..."Ko jgn kawan dia..dia tuh tak lawa...baik ko jauh dari dia, mak dia tuh kedekut....mak aku kata mak dia tu tak pandai jaga anak....kalo ko kawan dgn dia..ko pon sama bodo mcm dia"...nih budak tadika nyer politik jer nih....aku slalu dgr zaman kecik2 dulu....zaman tuh..waktu tuh..dgn cara tuh...mmg berkesan! tapi lucu la kalo diaplikasikan kat pentadbiran negara....

aku penah tgk satu senario bebudak tgh main kejar2 'polis sentri'....diorang dok bergelumang dengan debu bergolek2 puas main..tetiba datang sorang lagik budak nak main...aiseh tak cukup nak masukkan dia..tgh bincang2 camner nak terus main dgn budak baru tuh..datang mak sorang budak yg jd 'otai' masa memulakan game tuh...disebat,dipulasnya telinga otai tuh...meraung2 la..maklum la..semua still beringus lagik...laki ke pompuan...semua bole nangis tahap 'sandiwara semasa' punya laa...mak budak tuh cakap.."nih nape sampai kotor2 abeh satu badan nih..ko igt keja aku cuci baju ko jer ker..aku dah cakap kan jgn kotorkan baju"...anak dia yg meraung2 'palsu' tuh selamba je tuding jari kat budak baru sampai tuh kata budak tuh tolak dia sampai jatuh...yg mak dia lak bodo gak..tak abih sampai situ jer..dimakinya mak budak baru tuh...

sudah la anak belom main pon lagik dah jadi mangsa....mak dia pon terlibat skali....tuh la dia kesannya politik bodo dari si 'otai'....

pk sdri la...bengang betoi aku....pegi simpan balik lembu2 korang tuh!

Wednesday, September 16, 2009

My full day of SIGH!

Started my day with very heavy lazy eyes.....OMG, I almost missed my favourite assignment with OCPD...hehehe, luckily I've got back up from cikgu Bob...

Then, my exciting journey turned blue n keep my mind blow away all day long....SIGHS!

I decided to visit one of Nur-Karangkraf Fund receiver here, in Raub. Actually, i received the envelope from my boss with half-heartedly....it’s all bcoz of I knew that man earlier n feel something wrong with him (or his intention) from the first day he is trying to get in touch with me.

Can u all imagine, a father (with no regret) are fully misuse his daughter's disability just to raise fund (n for my deepest understanding), he is just want to fulfil his desire!

Since he got attention to appear with his daughter's sad story in local newspaper (few months b4 Sinar Pahang were born)...he's texting me asking for my sympathy n fund....HISH!!...from the text he sent to me, I knew he is trying to manipulate my feeling n express some sympathize to his daughter.

But that's not a good way to get sincere fund from people...

Oh, that’s a piece of his story for the past two years.....

last Friday, when I received the envelope n my boss highlight about the poor girl born without half-skull, its remind me about that guy...never mind boss, I’ll come to his house.

It is not difficult to find the house when he said that it's located in Taman Kenanga. I just ask one of the residents and she said “U can find the house with big CNI bunting"....emph, that is not a good sign...

When I reached at his house, OMG (again)....the house is too nice n too comfort for SAD people like him....the fully tiled floor from front gate till kitchen, the huge gouge n of course full of stylish accessories in his living room...

when my friend n me get in the house, just heard his wife yelling at someone in the centre compartment in the house....

try to investigate, the wife actually yelling at her own 71 years old mother, who are sick n half body paralysed (just for about few weeks b4).

What a disaster family...then how he with no shame write a letter to my Big Boss asking for the fund...emph...


Amanah is amanah...finished my duty (mission accomplished!)...now it's his responsibility to handle the fund in the right way (for his daughter purpose strictly)..not for double D (Drink or Drug)...hehehe......

Only Allah knows better what lies in his mind.....




Saturday, August 29, 2009

Terima kasih banyak2..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terima kasih banyak2 kepada individu terlibat menghulurkan sumbangan sikit n banyak...setakat ni bantuan dah disalurkan kepada lima penduduk yang susah n miskin...
insyaAllah, projek masih berlangsung selagi mampu....

Salam.

Wednesday, August 26, 2009

Aktiviti sempena Ramadan

Assalamualaikum n salam sejahtera,

Salam Ramadan buat umat Islam seluruh dunia....

Sempena bulan mulia ni, aku n sorang kawan mulakan Projek Ziarah berbekalkan sumbangan peribadi yang tak seberapa... Kerja aku, tiap2 hari pergi rumah orang susah termasuk warga tua, ibu tunggal n anak yatim.. Projek ni baru bermula kelmarin.

Dah lama aku berazam nak buat macam ni, tapi aku sendiri tak ada guide n idea... Jadi, pada bulan puasa tahun ni, aku laksanakan juga dengan kawan yang minat juga bab2 kebajikan ni.

Lokasi perjalanan aku, sekitar daerah Raub je..sebab projek ni sokongan kerja aku untuk buat liputan sempena Ramadan n Syawal. Jadi, tidak la aku buat kerja dengan tangan kosong je.

Memandangkan aku cuma DERMAWAN tapi bukan HARTAWAN, jadi, sumbangan aku amat terbatas.

Sehubungan tu, aku nak tanya keikhlasan kekawan n pengunjung blog ni yang betul2 ikhlas, takde pk dua tiga kali dah.....kalo nak join beri sumbangan, boleh masuk duit kat akaun aku...

Demi nak meletakkan 'standard' kejujuran dan keluhuran pelaksana projek ni (iaitu aku dan sorang kawan)... sesapa yang nak join tu, aku minta sms@email maklumat seperti berikut :-


Nama Penuh:
No Telefon:
Jumlah RM:
No Rujukan Transaksi:

Untuk makluman, kutipan sumbangan untuk Projek Ziarah ni adalah usaha persendirian, tak ada kaitan dengan syarikat yang aku kerja. Jadi, pelaksana projek adalah WAN JUHAIDA, bukannya Wartawan Sinar Harian.... Sekiranya tidak ada yang nak join, projek ni tetap berjalan dengan menggunakan wang saku aku sendiri...sikit pun, sikit laa...asalkan jalan....lepas raya, simpan lebih sikit untuk sumbangan tahun depan pulak...

No akaun Maybank : 164557095347 (Wan Juhaida Binti Wan Hassan)
No akaun CIMB : 144ooo74833524 (Wan Juhaida Binti Wan Hassan)
No Telefon : 019-988 2292
Email : skuad.raub@gmail.com

Sekian.

P/S: Setiap kisah penerima sumbangan akan dipaparkan dalam blog ni di samping siaran akhbar. (Tapi penyumbang tak la disiarkan dalam akhbar ye...kecuali atas permintaan, nama-nama penyumbang akan disiarkan dalam blog). Doakan kejayaan usaha aku nih. Amiin.

Thursday, August 20, 2009

Pemakan manusia....

aku pegi tgk ular sawa idup baru2 nih kat Felda Krau 1...MASYAALLAH.....besornya...
sebenarnya dulu aku x berapa takut sgt dgn ulor..tp bila 1 kes d Johor yg ulor sawa makan org..cikgu BI aku lak tampal kat papan kenyataan library keratan akhbar pasal tuh.....menda alah tuh jd igauan ngeri buat aku....igtkan aku sorang...rupanya ada schoolmate aku share d same feeling.....hehehe....

besor weh...tak tercakap la..sbb dia x makan lagik...kalo dah mkn...lagi la besor gamoknyer...mujur la dia x menyambar org.....mungkin dia tau yg org xkan bunuh dia....perhilitan amik...

pk2....itu la antara binatang yg menjalankan tanggungjawab pada saat akhir kita meninggalkan dunia....kan?nauzubillah....

Saturday, August 8, 2009

Dua bulan sudah berlalu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama rasanya aku tak menggagau keyboard utk blog nih yer....rasanya mcm x semangat dah nak update..slepas bertukar title nih...hehehe....

Apa2pun, sehingga ke hari ini, aku dah boleh membiasakan diri sedikit demi sedikit...

Pastinya kita berazam untuk tampil terbaik dalam kerjaya mahupun dalam hidup, kan?

InsyaAllah.....

Friday, May 8, 2009

Kesibukan yang mengganggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dalam keadaan sekarang dan hari ini...aku merasakan tahap konsenstrasi aku dah semakin menurun...baik terhadap keja, mahupun dalam hidup aku sendiri...
Kepenatan pada sesuatu yg aku rasa...takde la berat sgt perbuatannya..tapi penat..
sejak akhir2 ni..takde lagi lawak selamba..takde gurau jenaka.takde juga hati cekal melakukan kerja...
semuanya hampir lumpuh....
aku pun bingung....

Thursday, April 30, 2009

Jemputan Perkahwinan

Walimatul Urus

WAN HASSAN BIN WAN MAT ZIN & MASTIA BINTI MOHD DAWI

DAN

NORGAYAH BINTI ABDUL HAMID

Dengan segala hormatnya mempersilakan Dato’ Sri/Datin Sri; Dato’/Datin; Tuan/Puan; Encik/Cik

Semua sahabat handai dan pengunjung blog ini

-----------------------------------------------------

ke Majlis Resepsi Puteri & Putera kami

Wan Juhaida Binti Wan Hassan

dengan

Hishamuddin Bin Abdul Rahman

Pada hari Sabtu, 06 Jun 2009 bersamaan 12 Jamadil Akhir 1430H

di No;74, Kampung Kuala Atok, 27660 Sega, Raub Pahang

dan

Pada hari Isnin, 08 Jun 2009 bersamaan 14 Jamadil Akhir 1430H

di Dewan Jubli Perak, 27600 Raub Pahang

Turut mengundang : Seisi Keluarga

Aturcara majlis : 11 pagi – 4 petang

019-988 2292

013-606 9576

Thursday, April 23, 2009

Apa lagi yang aku nak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru dua hari lepas aku menyertai semua skuad daerah dalam negeri ni pegi meeting d opis kuantan. Macam biasa, aku akan stay kat kuantan sbb meeting slalunya habis malam.

banyak perkara berbangkit yang diutarakan termasuk penghantaran rencana yang semakin aku abaikan sejak beberapa akhir nih..hehehe....dengan rasa bersalah sebenarnya....tapi, time management tak berapa ok sejak dua menjak nih....

mungkin sebab aku mula2 menangguhkan keja....sampai opis..tangguh utk buat di rumah...sampai umah tanam azam nak buat di opis plak....nak plak pejalanan dari umah ke opis agak jauh..lebih kurang 65 kilometer pegi n balik....badan plak cepat penat, mungkin terlalu banyak guna fungsi otak utk pk....

bila difikirkan semula, semangat kerja aku amat luar biasa masa mula2 kemunculan sinar harian kat pahang nih...sanggup ikut Rela pegi rush sampai jam 4,5 pagi....cover event sekitar raub dari 7 pagi smpai 11 malam tiap2 hari....kadang2 lebih...slalu nak pastikan yang terbaik...

waktu tu macam2 dugaan yang ditempuhi..tapi muka dah macam celoreng2 askar dah....air muka pon dah mcm zombie....hati keras kamikaze la gamoknya....

mula2 bertugas, bos bekalkan kamera Nikon D40, PDA O2 (Zinc), kancil n support minyak, line celcom...banyak betul kemudahan...

masuk minggu kedua bertugas....PDA tak bole guna....masa tuh Raub takde 3G lagik...tukar la pulak amik tepon cap ayam jer...guna Cyber Cafe antar berita....o'oo...kos mula naik....then bos support semangat dengan menyediakan servis streamyx utk aku....(Bertuahnya dapat bos prihatin)...dengan streamyx, aku berjaya jimatkan banyak duit bos utk tanggung kos Cyber Cafe....ok la gini, give n take...

lama gak aku bertahan dengan kemudahan nih.ada gak kerumitannya, kadangkala...sampai la semalam.....bos tukarkan tawaran kepada servis broadband....yeah....igt, servis streamyx perlu ditamatkan serta merta (atau tanggung bill sendiri)....hihihi...

banyak betul support dari bos....tu blom kira belanja pegi Training ESQ 165...lebih seribu kos dia...dengar2 cerita ada kenaikan gaji pada Jun nanti....dan paling ceria dirasakan....ada gak dengar ura-ura dapat BONUS....haaaa....zaman ekonomi meleset nih.....bos tetap maintain jaga kebajikan pekerja....bertuah betul aku jadi ahli keluarga Karangkraf....

hihihi...cuti yg aku apply utk majlis kawin pon dah lulus....15 hari bermula 4 Jun nanti....nak tau sape yg ganti aku nanti? Bos aku yg di kuantan nih a.k.a Ketua Wartawan...pergh....besar betul pengorbanan bos, yg sanggup turun padang ganti...aku betoi2 hargai...clap clap clap.....claim elaun kat akhirat nanti (double)...hehehe...tq tq tq....

so, apa lagi yang aku nak? tak reti2 nak balas jasa bos dengan hantar berita n perbaiki kualiti kerja? aku cuba gak la nak jadi macam dulu2 gak...kiranya, buat come back la....tapi sebenarnya mutu kerja semakin menurun sebab semakin banyak dugaan ditempuhi bila dah semakin dikenali nih....tu tak masuk ancaman n sikap iri hati org nak jatuhkan kita....

aku sentiasa berdoa, bos akan murah rezeki n bersabar dengan karenah aku or kwn2 sealiran nih....

tunggu lepas aku kawin nanti..aku bawa stok berita/rencana banyak sket....(bole pakai ke janji aku nih) hehehe.....

tolong la bos...bagi aku peluang...kih kih kih.....(aku takmo rasa bersalah membelenggu diri)

~Salam 165~

Sunday, April 19, 2009

Kejutan dan Penghargaan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini buat kesekian kalinya aku menerima kejutan dan sedikit rasa dihargai apabila mendapat Surat Penghargaan daripada Penasihat Pas Negeri Pahang @ YDP Pas Kawasan Raub (sehingga hari ini).

Keikhlasan aku menyiarkan kisah parti yang memperjuangkan Islam ini setidak-tidaknya menempatkan aku dalam kelompok aktiviti mereka.

TQ pada Ayah Engku Tengku Puji.

Saturday, April 11, 2009

Menghitung Hari...

Assalamualaikum n salam sejahtera,

Mulai esok (12 April 2009) pastinya aku akan menghitung hari sehingga sah bergelar ISTERI....hua hua hua...aku xtau la camner nak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang baik...hehehehe.....pening...pening...pening....camner yer....
hehehe....

Mari sini aku perkenalkan sape bakal SUAMI aku nih (dan pastinya aku ada sejarah FIGHT2 dengan dia nih).....

Namanya Hishamuddin Abdul Rahman....umur 31 tahun asal Kuala Tembeling....tapi mak dia org Sega....kiranya masih lagi satu Mukim dengan aku laaa....arwah ayahnya pernah jadi ADUN Tembeling (skrg org sebut ADUN Tahan) pada era 70an dan awal 80an....
Dia anak ke...payah nak cakap....campur silang2 mak ayah nyer..kita cakap je la dia nih anak ke5...

mula2 kenal?hehehe.....dia dah lama kenal aku (sbg reporter laaa)...n aku plak kenal dia pasal ada 1 insiden tuh...hins hins hins...kalo igt smula..aku rasa nak maki2 dia lagik.....silap dia, tapi aku lak yg kena....mulai masa tuh....aku kawan gak la dgn dia..tapi dlm hati aku penuh kebencian n dendam.....konon baik sbb nak tunjuk profesional la kan...hehehe...

cerita mula rapat bila aku melaksanakan amanah bos utk program beri beras kat org2 miskin nih....aku mula la ajak dia sbg wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).....lepas tuh....

tanggal 15 Februari 2009...dia mula ejas n katakan utk berkawan lebih istimewa....masa tuh aku still ada pakwe...tapi hbgn aku masa tuh mcm retak menanti belah.....pastu, bila Sham ejas2 aku jer...terus terbelah hbgn lama....hehehe.....sampai skrg dia tggu aku biarpun aku dah kabo aku nih dah nak kawin....

jadi, tanggal 12 April 2009 (esok), keluarga Sham akan datang ke rumah aku utk bincang2 (biarpun sebenarnya dah tau pon hari pernikahan)..hehehe...ikut adat la...

seperti dirancang, tarikh pernikahan aku pada 6hb Jun 2009 dan majlis sambut menantu pada 8hb Jun 2009....RM hantaran.....rahsiakan je la...hehehe....tapi barang2 hantaran aku dah shoping terus dah masa lepas kursus ESQ minggu lepas....SETTLE!

So, aku harap hubungan aku yg panas2 dingin nih berkekalan la sampai ke akhirnya.....aku suka relation nih sebab semuanya humble....aku humble..dia humble....agak serasi la kan....

Wednesday, March 25, 2009

Saat dihargai...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni aku keluar awal pagi...pukul 7...pegi perhimpunan kat ipd..sempena hari polis....
sekali lagi dalam tahun ni, aku tersenarai sebagai penerima surat penghargaan....tak seperti tahun lepas, aku rasa tahun ni macam tak berapa best....

pertama, bersama aku (yg rasanya dah all out) buktikan kesungguhan bekerja dengan polis, ada seorang reporter cina yang minta surat penghargaan tuh..cheh..ada ke surat penghargaan pon bole mintak2...tak real langsung!! yang aku x suka tuh....dia dah la tersenarai dalam reporter bermasalah n slalu kutuk keja polis..ape dia igt dia sokabar cina...takde org Melayu paham ke yg dia dok kutuk2 polis....kekadang aku hangin gak dengan hal nih....sebab aku yg tolong cuci balik menda buruk yg dia buat tuh...rasa mcm nak fire jer...(tapi aku nyer ultraman taro amik cuti tahunan sejak semalam)..so, pendamkan je la....

kedua, aku macam dah rasa bayang2 OCPD nak pindah naik pangkat ke tempat lain...dia plak mcm dah bagi hint jer...ntah ke mana pulak la gamaknya dia nak pegi....so, mungkin susah dah la aku nak bincang2 masalah negara Raub dengan dia....actually hampir 80% masalah diperbincangkan.....tak semua yg disiarkan....cuma perbincangan tu lebih kepada pandangan peribadi..bukan atas urusan kerja....so, lepas ni aku nak bincang dengan sape la gamaknya....

ketiga, aku bengang gak bila aku amik sijil tak sempat plak uncle n auntie snap gambo utk kenangan...yg aku pelik, aku sempat plak snap gambo diorang...hadui....di manakah silapnya....
nasib baik OCPD boleh buat action smula...hehehehe....

keempat, aku tengok...gambo aku tahun lepas dengan tahun nih...samaaaaaa je GEMUKNYA....hua hua hua...bapok la tak bestnya jadi org gemuk nih....

tah bila la aku boleh dapat jadi aku yg sebelum nih......

hins hins hins...tensen beb!

Sunday, March 22, 2009

Yang .....(dalam politik)

Yang aku dengar,
mainan politik ni penuh dengan sandiwara.....nampak konon ada perjuangan, tapi untuk kepentingan sendiri...mana-mana parti mesti ada dua team (paling kurang)..kadang-kadang sampai tiga empat team...yang pasti, semua team pentingkan diri. tak ada yang betul-betul ikhlas berjuang.

Yang aku lihat,
kalaupun ada dua team, mesti satu team dianggap jahat dan satu team lagi dianggap baik..dalam membuat penilaian, apa yang kita lihat selalunya membuatkan kita memikirkan hanya 'positif dan negatif' sahaja...mana-mana team yang dianggap positif, pasti team satu lagi akan jadi negatif.

Yang aku saksi,
Sebenarnya dalam politk kat sini....(menyedihkan) kerana AKUSAKSI sendiri apabila dua-dua team SAMA AJE....berkepentingan dan bermatlamatkan utk DIRI SENDIRI...takde perjuangan sebenar..bila mana yang menang LUPA JANJI-JANJI MANIS utk masyarakat, dan yang kalah serupa macam org patah hati dalam bercinta dan berputus harap....pemikiran orang-orang politik di sini TERLALU SEMPIT..hanya nampak pada kepentingan sendiri sahaja..tidak nampak apa sebenarnya perjuangan untuk rakyat.jawatan dalam parti adalah platform utk mencipta kekayaan (peribadi)....seksa benar penyaksian ini....

AKUSAKSI lagi.....
Kat sini ada satu lagi team yang berkecuali dan berjuang dengan cara tersendiri membela nasib rakyat. tidak melalui medium politik tetapi rakyat khasnya Melayu boleh bernafas dalam kalangan masyarakat bangsa lain khasnya Cina....aku tak dengar, tapi aku lihat dan aku saksi....mereka teguh di sebalik kesederhanaan..dan orang yang macam inilah boleh diangkat menjadi pemimpin sebenar.

P/S: Pemimpin sejati adalah dalam kalangan mereka yang DIMINTA untuk menjadi pemimpin, bukannya dalam kalangan mereka yang MEMINTA untuk menjadi pemimpin.

Friday, March 13, 2009

Aku pulak yang kritikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hai semua, dah lama aku x menggagau keyboard utk mencoret kat sini...

entah la weh...kekadang keadaan tak mengizinkan...bila keadaan mengizinkan...otak aku plak x dapat nak beri kerjasama....payah gak tuh...

hehehe....

Aku sebenarnya merasakan hari2 yang 'tepu' sepanjang minggu lepas n minggu nih...

bayangkan laa..dalam keadaan mood tak ada, aku nyer adapter utk modem streamyx plak buat hal...ada ke dia panas-panas-panas..pastu sejukn xnak berfungsi terus...padam! hehehe...

gelak2 gelak la jugak....duit kena kuar beb....

aku amik keputusan cari WIFI nyer modem....sonang keja..tak payah kongsi2 lagi dah...
tapi duit sonag gak ngalirnya.....RM298 berserta 1 pack cartridge....itu utk aku nyer printer laaa....

elok aku bawa balik ke opis n try2 pasang..wah wah wah...berdesup!......

pastu aku tunduk bawah...aku nampak kepulan asap kecil berserta bunyi letupan kecil macam mercun....aku cuma tersengih je...bila tgk adapter charger utk laptop aku pulak MUSNAH!...dalam sehari je wei....masalah nih bertimpa2....termenung aku....

esoknya aku pon sms tokey kedai komputer...nak order la konon...dia kata RM210...ori set...hua hua hua (gelak hiba)......

petang tuh aku pegi la kedai dia...minta adapter tuh....nak tak nak...aku kena beli gak....utk keja nih.....dia tgk muka toya aku...harga adapter tuh pon terus drop jadi RM180.....hehehe...tapi aku tetap serabut....

dalam masa yg singkat je...dekat RM500 melayang.....ape, igt aku cop duit ker? hehehe....tapi ye la.....time gini la kalo pandai melobi...boleh dapat bantuan segera.....

tapi sape la aku kan....usahkan bantuan.....nak 'loan' pon tak lepas.....hehehe....

semalam plak....aku buat coverage utk result SPM......dalam dok sibuk2 tuh....UV Filter kamera aku terjatuh...ntah camner dia bleh longgar, aku xtau...maknanya dah nasib nak malang tuh la.....ditakdirkan plak....hehehe...

AKU TERPIJAK FILTER TUH.....hua hua hua.....jangan marah ye bos....aku ganti balik laaaa.....

ada sorang photographer BErita Harian tegur n amik dari lantai....KO PIJAK HARTA KO SENDIRI APSAL? katanya...aku mana sedar...mmg x sedar langsung....

SUDAH LAH JATUH, DIPIJAK PULA...

sian filter tuh.....sian tak sian...duit aku pon kena sian gak laaa....

itu pasal la aku rasa bebetul tepu sesangat dalam seminggu dua nih...bankrap dah weh.....

Friday, February 27, 2009

Remaja Sekolah - KRITIKAL

Hari nih aku pegi ke Majlis Permuafakatan (polis + wakil sekolah)...
Statistik menunjukkan jumlah salah laku pelajar dan masalah sosial SUNGGUH MENAKUTKAN DAN DI LUAR JANGKAAN kita yg dah tua2 nih....

nanti aku ceritakan secara subjective dan general....aku nak pg IPD lagik nih....amik beberapa kes...
hehehe....jumpa lagi....

[kemaskini 2 Mac (2:14pm)]

Maaf la kekawan, aku tetiba malas plak nak menaip utk ceritakan kes salah laku pelajar nih...
tapi aku harap korang semua baca paper sinar pahang tarikh 28 Feb...memana yg x baca, kat sini aku 'paste' raw material yg aku sent kat bos (belum edit)....
baca kat bawah nih....kalo rasa panjang n menjemukan, sori la weh.....

RAUB – Masyarakat di daerah ini diminta memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menangani kes salah laku pelajar yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja.


Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Azhar Abdul Rahman berkata, statistik salah laku pelajar bagi permulaan tahun ini menunjukkan angka yang besar berbanding tahun-tahun sebelumnya.


Menurutnya, sepanjang Januari dan Februari tahun ini, terdapat tujuh kes salah laku pelajar dilaporkan berbanding hanya tiga kes pada 2008 dan dua kes pada 2007 dalam tempoh yang sama.


“Kes-kes yang dilaporkan termasuk bergaduh, dadah, rogol, judi, cabul, mencuri, ikut teman lelaki dan berkelakuan tidak baik.


“Contoh statistik ini sahaja memerlukan keprihatinan masyarakat secara menyeluruh termasuk ibu bapa kerana perkembangan dunia sosial hari ini membawa kepada kecenderungan gejala negatif remaja,” katanya pada Majlis Permuafakatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub bersama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Raub di Dewan Melur, Kompleks IPD Raub, semalam.


Turut hadir wakil Pegawai Pelajaran Daerah, Lukman Yatimi Ahmad, Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah (PPSM) Raub, Misnan Mohd Damin, Pengerusi Majlis Guru Besar Sekolah (MGBS) Raub, Othman Ibrahim, pengetua, guru besar dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seluruh daerah.


Azhar yang juga Setiausaha Jawatankuasa Permuafakatan Daerah berkata, polis menempatkan 15 pegawai dan 57 anggota sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) untuk semua sekolah dalam daerah ini.


Menurutnya, PPS dengan kerjasama guru bertugas berperanan memantau disiplin atau salah laku pelajar sepanjang sesi persekolahan.


“Polis juga menjalankan pemeriksaan ke beberapa lokasi dikenal pasti menjadi pilihan pelajar ponteng sekolah termasuk pusat hiburan, kafe siber, hotel-hotel sekitar Raub, Dataran Raub, Dewan Jubli dan Rumah Rehat Raub.


“Kes remaja hilang juga membimbangkan berdasarkan beberapa faktor yang berkait rapat dengan masalah sosial dan statistik menunjukkan 17 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini,” kata Azhar.


Beliau berkata, peranan masyarakat setempat termasuk ibu bapa amat penting bagi menangani masalah ini yang memberi kesan negatif dalam kalangan remaja termasuk peningkatan kadar jenayah, gengsterisme, pembuangan anak, penyalahgunaan dadah, keciciran dalam pelajaran serta tindakan nekad dan kejam.


Menurutnya, masyarakat boleh bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa termasuk menyalurkan maklumat menerusi 09-3554 999 dan prosedur penguatkuasaan undang-undang akan dilaksanakan bagi setiap kes yang diterima.


“Kita semua perlu menggembleng tenaga mencari kaedah terbaik menangani masalah sosial melibatkan remaja yang masih bersekolah ini kerana perkembangan buruk ini amat membimbangkan dan memberi gambaran tidak baik terhadap generasi akan datang.


“Kita tidak mahu berlaku tuding menuding dan saling salah menyalahi antara satu sama lain, sebaliknya berusaha bersama mencari penyelesaian terbaik mencegah perbuatan tidak bermoral ini daripada terus berleluasa,” kata Azhar.


Thursday, February 26, 2009

Rindu Kawanku / Sahabat

Ingatan istimewa buat teman yang dah pergi selamanya...
Allahyarham Mohd Irwan Sukeri (1980 - 2009) Al-Fatihah.....

RINDU KAWANKU - MAYA KARIN
Tentunya jika ku mencuba
Dengan lebih daya
Mungkin ku di situ
Bersama denganmu

Cerita yang ku tahu
Kau berjaya di dalam hidupmu
Namun dikau jauh jauh dariku
Aku rindu...

Pada waktu kecil mungkin kau lupa
Berlari bersama pinggiran desa
Larianmu larianku sama laju
Dikau kawanku

Dalam pondok kecil kita berteduh
Setelah gerimis malam berlabuh
Dalam tangis ku jua tangis mu

Masa telah berubah
Dan kita telah lama terpisah
Degup jantungku
Hanya menyatakan
Aku rindu




SAHABAT - AIZAT
Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak di sini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

CERAMAH AGAMA

Assalamualaikum,

sedang2 jam 8.30 malam aku dapat call dari sorang sahabat skolah rendah aku...yang sekarang nih dah jadi OSTAT....hehehe...
seingat aku, masa skolah dulu2, nih la geng batu seremban n tudung botol aku...main kat koridor blakang library....
ostat nih jugak la geng yg x study tapi TOP5 dalam ranking sedarjah aku..tapi pastinya aku jadi top3...hehehe...
oh ye...ini ostat minta aku hebahkan kat paper pasal Ceramah Agama Perdana 2009 yang akan diadakan di Surau As-Syakirin Ulu Renggol lepas solat maghrib (4 Mac ni)....
semua umat Islam dijemput hadir...
aku pon catit la detail yg dia kabo tuh..pastu dia minta masuk dalam blog skali...hehehe..agak aneh jugak permintaan sahabat lama nieh....
aku tanya sape organiser..dia kabo... Biro Agama Pemuda UMNO Bahagian Raub....lah...musykil lak aku sejak bila dia join politik...aku igt dia org PAS....hehehehe.....sori la geng..silap persepsi....mcm tuh gak la persepsi org kat aku yg sentiasa silap2....senang2 aku join parti cap kepala lembu ajer la....
ok la...
aku menyampaikan amanat kawan aku jer....selamat mendengar ceramah agama...

ops..lupa plak...tajuknya : Pembinaan Rumah Tangga Bahagia....
haaa..sesuai sangat utk seisi keluarga......penyampai : Ust Badlisyah Alauddin....

inieh program pertama bagi tahun ini dibuat jawatankuasa pemuda umno raub yg baru.....

mendapat seruan gamoknya lepas aku siarkan artikel Pemuda Pas Jeram Besu saran semua parti politik buat kelas agama.... demi pembangunan sahsiah remaja....letak tepi soal politik....tapi bina jati diri umat Islam dulu....

Salam...

Wednesday, February 25, 2009

Sekadar menyinggah..

Hai,
Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Aku saje je nyinggah kali nih n nak coret corot apekebenda yg aku sdri blom pk stakat nih...slama nih dok jenguk2 jer....ape ke hal...blog sdri pon buat lagak macam visitor..hehehehe...

apa yg aku rasa skrg nih yer? dua perasaan yang berbeza...pertama..peribadi (positif)..kedua..kerja (positif)...hmmm nampak gayanya minggu nih aku lalui hidup yg positif je la....

ada peningkatan nampak gayanya...alhamdulillah.....

hal peribadi, aku dah memasuki ke satu medium kehidupan yang dah lama aku tak tempuhi...sampai aku rasa mcm mimpi plak...harap2 ok la utk ke sekian kalinya......

hal keja plak.....aku sedang merangka utk buat 'come back' yang pastinya akan menjadikan sesetangah daripada umat Raub agak tidak senang.....apa lagi...hehehehe...nasib la kan....dengan erti kata kasar "dah berak, taknak cuci".....kan dah kena....hehehe..tuh aku pinjam dari kata2 'geng lalok' aku kat sini....

so,
tunggu.......

hehehe...aku nak balik dah...isi minyak keta..beli makanan kucing....lepak umah rehatkan otak...

Friday, February 20, 2009

Elizabeth Wong dan Nasha senasib!

[Dikemaskini (+) Info Lawyer Harris]
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat pertama kalinya aku membicarakan isu nasional pada kali ini menjadikannya di luar kebiasaan aku.

Tapi aku betul2 rasa terpanggil untuk memuntahkan pendapat aku sebagai WANITA dan bukannya berdasarkan politik.

Bagi aku, kes Elizabeth Wong (Eliza) boleh melalui proses pendakwaan ke atas bekas teman lelakinya sama seperti kes pelakon dan model terkenal tanah air, Nasha Aziz yang diputuskan terhadap individu yang melanggar hak keperibadiannya ketika di rumah.

Tak perlu penjelasan kompleks, bagi aku perbandingan ini sudah cukup menyerlah untuk meletakkan Eliza dan Nasha pada situasi yang sama, bahkan kita sebagai bangsa Melayu dan umat Islam seharusnya MALU kerana 'berkhalwat' dengan pasangan bukan Islam.
(lepas ni aku huraikan).

Aku teringat lagi semasa kecoh 'aksi-aksi bebas' Nasha Aziz dirakam secara rahsia (tanpa pengetahuannya) oleh individu yang dikenal pasti anak pemilik rumah yang disewanya.

'aksi separa hidup' Eliza juga dirakam secara rahsia (tanpa pengetahuannya) oleh individu yang dikenal pasti bekas teman lelakinya.

SAMA, kan?

kes Nasha Aziz boleh digunakan sebagai contoh untuk Eliza membela diri.

Eliza boleh memperjuangkan hak keperibadiannya sebagai WANITA tanpa perlu melupakan karier politiknya yang sedang meningkat! Nasha juga meneruskan keriernya seperti biasa kerana tahu dia TIDAK BERSALAH.

Kadangkala, apabila sesuatu isu diperbesarkan dari sudut politik, kita terlupa bahawa ia sebenarnya mudah sahaja untuk diselesaikan, bukannya digembar-gemburkan lagi sampai dah nak jadi HANGIT!

Aku tak puas hati! Aku tak puas hati! kenapa takde sorang pun pemimpin menggunakan kes Nasha Aziz utk mempertahankan maruah Eliza!

sebab tu aku lebih suka mengekalkan konsep 'Aku Dengar Lihat Saksi' yang selalu membuatkan aku 'migrain' memikirkan perkara-perkara remeh yang boleh menjadi jawapan TEPAT kepada setiap permasalahan.

Ok, menyentuh berkenaan bekas teman lelaki Eliza, aku rasakan Jabatan Agama Islam perlu TURUT bertindak. Aku dapat tau bekas teman lelaki dia tu umur 33 dan MELAYU! Lazimnya Melayu di Semenanjung Malaysia ini beragama Islam, tidak seperti di Sarawak, kan?

Seorang lelaki Melayu berada di rumah seorang wanita bukan Islam, apakah maknanya? Tidakkah gambar itu juga boleh dijadikan bukti bahawa dia berada dalam rumah itu, menonton (atau mungkin lebih lagi) wanita yang pada hukumnya adalah HARAM untuk dilihat auratnya.

Aku slalu terfikir (sampai migrain)....mengapa org nak tuding kesalahan tu pada Eliza? mengapa tak menyatakan dengan TEGAS bahawa bekas teman lelaki Eliza dah melakukan kesalahan!

Mengapa tak bertindak? mengapa ketika ini diam membisu seribu bahasa?Tak terfikirkah?Atau dilarang utk berfikir??Aduh la, Malaysiaku Negara Maju Jaya.....

P/S: Belom tahap 'migrain' lagi rupanya kupasan aku kali nih...lebih kepada emosi wanita....hehehe...sambungan dan ketepatan fakta, refer pada ulasan/komen lawyer harris dalam artikel nih! Tapi aku tetap tak puas ati!

Monday, February 16, 2009

Pelik, akukah yang bersalah??

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni aku nak ketengahkan satu situasi yang aku rasakan macam nak pecah perut...kelakar pun ada, sinis pun ada.

Semuanya berkaitan dengan satu parti politik nih..(sememangnya aku boleh bersifat neutral sebab aku x suka politik)..setakat follow gitu je la...

Gini, ada satu parti politik kat Raub nih dah declare NEKAD untuk boikot Sinar Harian...pada mulanya ada sorang hamba Allah yang aku tak pasti samada dia dah terlampau kaya, ataupun 'kurang cerdik' bila dia borong satu bandar Raub, paper Sinar Harian akibat tersiarnya satu artikel sebenar berkenaan parti tuh...

pastu hari demi hari, ada je pembongkaran yang aku buat, yang aku pelik (saje2 buat pelik), aku cuma bongkarkan isu yang masyarakat perlu tahu sebab tu hak mereka, takde langsung berkaitan politik. yang jadi hairan, parti nih aje yg kerap melatah stiap kali aku buat artikel berunsur pembongkaran.

pastu dengan lantangnya dia kata boikot paper Sinar. Aku langsung tak kecik hati, tu hak mereka...punya la risau bos kecik ati, aku pon tanya la bos..bos kata INI PAPER KOMUNITI...rakyat yang berhak tau apa yg diaorang nak...so, teruskan kerja2 murni anda...hua hua hua....aku dah kabo, aku nih neutral....

nak boikot pon boikot la..jaja la nama aku nih seluruh pelusuk Raub skali pon, tapi yg aku jadi pelik, jualan paper Sinar mcm tu jugak la lajunya....

hehehe....aku pon ada maruah n standard...nak boikot aku pon, boikot la.tapi jgn la marah kalo aku x cover event korang...sejak mutakhir nih, diorang bawa plak isu nih dalam meeting diorang...ada ke kabo Sinar Harian nih tak adil..asyik cerita pembangkang jer kuar...mende ke halnyer.....aku siar aje berita BN....tuh yg menteri balik kampung ziarah2 kaum dia, aku cover je...MIC pon baik je dgn aku..ada je siar....nih apa jadi ni....kata nak boikot?

hohoho..aku dapat tau plak sejak akhir2 nih diorang melenting sebab dalam ruang interaktif sinar asyik tembak parti diorang jer....konon kata malu...laaahhh..dari mana plak diorang tau hal nih..kata dah boikot Sinar, tapi segala isi Sinar dia tau plak....wargh kah kah kah...mmg nak pecah perut laaaa.....

tapi (aku nak serius kejap)..terus terang aku cakap, memang aku xtau menahu pasal ruang interaktif tu...bukan aku yg uruskan..tuh memang sms dari pembaca....apa nak dimalukan..dah menda betul...hehehehe....

Ini yg aku pelik pelik pelik nih...dulu diorang bebetul angkuh sesangat, hidung lebih tinggi dari dahi yg licin tuh...hehehe...serius angkuh...lantang kata nak marah aku...ape kes lak nak marah...pelik weh, aku nih bukan budak skolah nak kena marah2..bukan jugak anak diorang nak marah2...lagi pasti....diorang bukan monster pon utk aku takut....takde sebab utk aku takut kat diorang....pelik weh...pelik....

dah tak dapat nak marah aku, ada plak condemn aku tak siarkan berita diorang....laaa....dah kata nak boikot aku tuh maknanya taknak masuk berita la...camner plak nih....adoih....susah betol nak uruskan org yang tak abih skolah nih....

tu laa...org suruh blaja rerajin, sibuk main bola..sampai SRP pon kantoi...tak lepas naik tingkatan 4 plak tuh...ada pulak tuh bole la amik SPM...tapi langsung tak pas..cuma layak sijil SAP jer....loh loh loh.....ada yg 'cerdik sket' plak..syok ngikut kata yang tak pass exam tadih....pegi balik..pegi balik...korang dok musing dalam reban tuuuuu jugak laa....jangan la salahkan aku plak...

korang nak marah aku, nak boikot aku...tu hak korang..aku sket pon x kecik ati....tapi bila aku pertahankan hak aku....apsal korang nak melenting plak? aku bukan robot korang.....lagi satu aaa.....aku bukan keja gomen daerah...mcm geng2 korang slalu buat...diperpatungkan diorang sampai ngikut ujung kuku korang...no...no...no...its not ME!...

korang tlg la jelas...bagi aku, keja aku memperjuangkan hak rakyat....yang beli paper Sinar, rakyat...korang setakat intai2 sket kat kedai kopi tuh....tak luak pape la....

ini lagi satu aaa....nasihat aaa...."Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali"...."jangan ditepuk talam yang berisi air, akhirnya terpercik air ke muka sendiri"....haaa...jawab...jawab....

hehehehe......aku yg NEUTRAL

Wednesday, February 11, 2009

My another vulnerable day

Days come n go... as we can't be d same like yesterday..
Just stand on my own feet to stare far miles away...
but see nothing except myself in me...
stuck to nowhere, can't bring me to d happiest place..
Alone, lonely and still alone till the end of this beautiest heaven...
woke up in d morning, feel d same, still....
Tomorrow, would it be the same feeling again?
Ah! just my another vulnerable day..
n it would be lasting till end.....

try to pull out myself..
from this deepest hardship....
controlling my true feeling, again...
be the best pretender ever...
n i'm a good actress in this world...

to be me, just like myself, or it would be somebody else...

Hua hua hua....i'm not in this stupid feelin'!

Monday, February 9, 2009

Kesusahan itu RAHMAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama jugak aku tak update blog nih yer... bukan sebab bz, tapi dua minggu lepas aku berdepan dengan beberapa kesusahan yang membuatkan aku bersyukur kepada Allah SWT.

Pertama, aku tak berapa sihat..mula2 aku igt cuma demam biasa, tapi tak sangka disusuli dengan athma....baru nak ok athma, aku kena pegi kursus di Shah Alam plak....

masa aku athma, aku realised....sakit nih cuma berpunca daripada perkara yang dianggap terlalu remeh...menda yang aku makan pada 1 hari tu, agak tidak bersih...kat restoran mamak la, apa lagik.

mula2 aku rasakan biasa je, biarpun dah dapat rasa ada yg x kena dengan masakan tu..balik2 je, sistem pertahanan badan aku dah mula menolak 'sesuatu'....hehehe....then demam + athma...
bagi aku, kesusahan yang aku lalui ni satu rahmat bila kita 'diingatkan' untuk sentiasa berhati2 mengambil/memesan makanan.

Sekarang ni, terpulang pada kita sama ada nak berhenti menjadi pelanggan di restoran mamak tu, atau terus 'membelasah' apa sahaja dan mengabaikan tahap kesihatan kita....so, aku pilih untuk makan di tempat lain kalo dah bebetul kebulur....selain tu, balik umah la makan..mak masak lagi best.

kesusahan kedua yang aku hadapi minggu lepas, masa nak pegi n balik dari Shah Alam....aku sbenarnya jadi was2....ye la, last skali aku tinggalkan opis bulan Jun 2007...lepas tu dah tak jejak dah...aku terfikir, biasanya KL nih jalan dia slalu berubah2 saban tahun...aku risau gak kalo sesat...

demi mengelakkan traffic jam, aku kuar seawal jam 4.30 pagi dari umah...aku harap perjalanan aku tak terganggu sebab perubahan jalan ataupun ke'karat'an otak aku mengingat smula jalan2 dulu...hehehe

akhirnya, Alhamdulillah, kat area gombak ada la perubahan sket, tapi selain tu lancar je...hati aku jugak berupaya memujuk otak utk ingat semula laluan ke HQ...

aku siap boleh solat subuh kat surau HQ lagik....lebih kurang jam 6.45 sampai....

hal yang sama juga berlaku bila nak balik ke Raub...aku terfikir2..cuba perah otak utk igt semula jalan balik....yg aku tau, kat KL nih jalan pegi n jalan balik memang tak sama...bukan mcm Raub..hehehe...

pk punya pk, susah gak nak igt, last2 aku tawakal je....bagi aku, bila kita dah lalu kat jalan tu, kita akan igt semula....itu jugak la 'treatment' popular utk org ilang ingatan...hehehe, then aku pon jalan je laaa....Alhamdulillah, perjalanan balik aku pon lancar je...langsung takde perubahan....

bila aku lalu semula jalan2 nih, mula la datang mood sentimental pulak...teringat semula masa2 aku dok kl....congak2, campur study....ada la lebih kurang 9 tahun aku lepak situ....bole tahan gak lamanya...

bagi aku, idup mati kita, susah senang kita, semuanya bergantung pada jati diri kita sendiri...idup di kotaraya nih bole dapat banyak ilmu..silap langkah, ini jadinya, betul langkah, ada langkah seterusnya....pendek kata....takde yg senang bila kita jadi perantau....hehehehe

ilmu yg aku kutip jugak la buatkan aku boleh survive sampai ke hari nih...senang kabo...kalo org kat Raub nak nipu kita nih..bole agak dah niat dia....bukan dia je kaki tipu yg kita penah jumpa..kat kota raya nuh melambak....nak idup punya pasal.....(masa kat kl la aku kenal 'air mata lelaki').....memang tak bole pakai! hua hua hua....they r good actors ever...

apa2 pon....bagi aku, setiap kesusahan yang kita tempuh, sama ada org buat kat kita, atau kesilapan kita sendiri, tu semua RAHMAT dari Yang Maha Esa....bila kita melakukan kesilapan, dan masih mampu bangun pagi melihat dunia, itulah RAHMAT terbesar dalam hidup kita, kerana Allah SWT memberikan kita SATU lagi peluang untuk memperbaiki kesilapan semalam...

Yeah!!! Life must goes on!...


Tuesday, January 27, 2009

Ingin menjadi aku...

Ape agaknya yang difikirkan bila tgk gambo kat sebelah tu yer?hehehe...gambo tu aku lukis malam semalam....gambo kurus tu amik masa dalam setengah jam utk siap n gambo gemuk tu cuma lima minit jer....

Apa agaknya yg nampak kat situ?haaa..kalo nak tau, smalam aku lukis gambo aku sdri..hehehehe...

Jangan tengok pada kualiti lukisan tu, sebab aku tak penah ada asas melukis...biarpun lukisan tu ada gak la iras2 aku (yg gemuk tu)..

sebenarnya, inilah azam aku...nak kurus dan nampak bergaya....hahahaha....aku harap, satu masa nanti akan tercapai jugak...

baru la mengancam, kan?

P/S: hehehehe.....hanya suka2 je....

Sunday, January 25, 2009

Kumpulan UCAPAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Permulaan bicara, aku rasa terpanggil nak luahkan ucapan 'maaf' kepada pengunjung blog peribadi nih...aku pun taktau, apa ke benda yang menarik dalam blog nih sebabnya ini cuma tempat aku luahkan perasaan atau rasa kepenatan menjalankan tugas sebagai reporter...hehehe..tapi aku kagum juga dengan lawatan harian pengunjung biarpun lama aku tak update blog nih.

Lepas tu, aku nak ucapkan TAKZIAH kepada dua insan bermakna dalam karier aku, Skuad Temerloh, M Felsal Norawi - atas pemergian ayahanda kesayangannya...dan juga Ketua Editor Kumpulan, kak Sri Diah - atas pemergian bonda kesayangannya....

Maaf lambat ucap kepada kedua-duanya, call pon tak..sms pon tak....ntah macamana, sejak minggu2 kebelakangan ni aku rasa macam keterasingan dalam dunia sendiri...ada gak la rasa mcm zombie....hehehe...apa2 pun, semoga tabah menghadapi dugaan.

Bila merenung kepada kepergian insan tersayang dalam kehidupan, apa yang terbaris dalam minda aku..cuma mak dengan abah....dua insan yang diletakkan sama baris, tidak di depan, tidak di belakang...cuma mungkin mak lebih rendah berbanding abah (physically)..hehehe...
Lepas tu, aku terbayangkan adik-beradik aku..(sorang dah pun 'pulang')....

Alhamdulillah, aku memang utamakan keluarga aku....balik kampung n terima kerja nih pon sebab faktor ini juga la....aku nak terus berbakti kepada mak n abah...sebab aku tau, pada usia aku yg menghampiri 30 tahun, sebagai anak keempat, kita dapat menghitung bahawa usia emak n abah bukan lagi seperti dulu...

abah dah pun 62 tahun..mak pulak dah 58 tahun....tapi aku bahagia dan aku amat bersyukur pada Allah...bila aku bangun pagi hari, mak la yg sediakan aku sarapan....bila aku balik malam hari, abah masih setia menanti untuk aku hulurkan surat khabar...(abah tak pelik dengan isi kandungan berita dari raub - sebab kadang2 dia dah tau sebelum berita tu tersiar -hehehe...
Tapi abah memang dah ketagih nak baca paper sinar hari2....dia kata, kadang2 seronok tgk ada kawan lama masuk paper....yup, itu diakui..ramai org2 senior luahkan perkara yg sama kat aku....kdg2 diorang jumpa kawan lama kat page bentong, kadang2 kat page rompin, pekan, dan mana2 je la....bila diorang luahkan cerita hubungan dengan kawan2 tu..rasa terhibur juga, mcm2 karenah...hehehe..ada yg nakal masa muda, tapi bila keluar dalam sinar, mereka sebagai imam kampung la, pengerusi surau la....best tu....(inilah hadiah daripada bos Datuk Husamuddin Yaacob kepada diorang, kan bos?)...

senang je cara nak contact semula dengan kawan2 tu....call aje skuad daerah mana2...tak lama, dapat la....

berbalik kepada cerita mak dan abah, aku bersyukur sangat Allah masih perkenankan doa aku untuk lihat mak n abah yg masih sihat dan dapat berbakti kepada masyarakat....

dapat juga aku tolong mak n abah ringankan beban belanja....bila difikir lebih mendalam, aku masih bertuah!...

hehehe...biarpun mak sekolah cuma setakat darjah 5, tapi kadang2 aku tak bole challenge mak nyer pengetahuan am....kira macam, obama tu anak angkat dia jer....heheh...macam Datuk Seri Najib tu adik angkat dia jer...hehehe...mak juga punya jawatan dalam kampung....boleh la diharapkan utk ketuai apa2 program....paling mak tak tinggal, tgk buletin utama n MELODI..ntah ngapa, bab2 artis nih kira tip top laaaa...hehehe....tapi semua tu org kata...mak je kenal diorang..sedangkan diorang pn xtau kewujudan mak....hehehe

abah plak, aku takmo la cakap banyak....sbagai x-army, biarpun pangkat rendah..pengalamannya tak terkutip...bekas pelajar sekolah inggeris (Sekolah Mahmud) kat sini...juga bekas pelajar sekolah pondok- Al Wosto Berhala Gantang, Temerloh....Yea...abah mampu buat kombinasi ilmu....dah pencen...skrg nih jadi imam kampung n sering diutamakan masyarakat setempat....

kadang2 aku terfikir, apa akan jadi kalau kedua2nya tak ada?apa aku nak buat?....iskh...berat juga tanggungjawab utk aku ambil alih....adik2 aku, kakak aku, anak2 sedara aku.....rumah aku...

memikirkan hal keluarga dan kerja, membuatkan aku slalu mengenepikan soal diri sendiri....termasuk soal pasangan.so, sesapa yg beria2 sgt nak aku...banyak2 bersabor la yer....

lepas tu, aku juga nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada polis Raub....they treat me like a family.....aku tak kira, dari pangkat rendah hingga la ke OCPD...aku hormat belaka....salute!

aku juga suka Dato' DO kat sini, very professional n know how to use media in a good reason....

paling aku suka, masyarakat seluruh daerah ini..tak mengenal kaum dan agama, aku adalah rakan mereka....aku terlalu mesra dengan mereka, tak kira umur....kadang2 dialek aku juga berubah2...ada mcm cina cakap melayu..ada mcm india cakap melayu..tapi kalo aku jumpa org melayu....memang keluar loghat kampung.....

aku salute abeh kat penduduk di sini.....tak kira apa fahaman politik, mereka tidak pernah fikir negatif kat aku...MIC ke..PPP ke...(kita tau diorang nih tak ngam)...dua2 baik dgn aku....DAP ke..MCA ke..GERAKAN ke...(geng nih pon tak ngam)..tapi semua baik dengan aku...raya cina nih..aku la paling kaya...(kaya limau)..hehehehe....berkotak2 dapat...bawak balik umah abah pegi bawak kenduri kat surau plak...

orang2 PAS n PKR pon baik dengan aku...kira boleh minum semeja laaa....hehehe

Tapi ada 1 je parti yg SERONG dengan aku.....biarpun tak semua ahli dalam tu mcm tu..tapi aku nak sampaikan.....sebagai Melayu, jgn terlalu ego dan terus lepaskan peluang untuk bersama media 'kampung' macam aku....peranan kami ni BESAR...

aku tak kisah kalau YB nak boikot aku....sebab yg tak beli cuma dua tiga keping sinar.....tapi setakat aku berbakti kat daerah aku sendiri ini, jualan sinar kat sini, Alhamdulillah.....susah nak jumpa angka merosot...

kalo aku bole profesional jalankan tugas, nape diorang plak emosional?lepas tu rugikan diri sendiri....aku tetap macam nih gak...adat la YB bila TERCUIT sket dengan artikel2 tu....barula dinamakan INTERAKTIF.maknanya suara rakyat juga penting...hati diorang lagi penting dari YB semua....

Aku lebih serius bila pk masalah penduduk yang selalu jadi mangsa birokrasi dan politik...berbanding mendapatkan info tentang peruntukan untuk majukan itu dan ini....bagi aku, nombor2 RM yg disebut tak dapat nak mengubat hati masyarakat di sini selagi tak nampak hasilnya....

bos kata, kalau pegi ke sesatu majlis, liputan tentang orang ramai lagi penting berbanding menyiarkan ucapan YB yg merasmi majlis......aku lebih setuju bila aku sedar setiap kali aku pegi mana2 majlis yg YB rasmi....ucapannya SAMA....sampaikan aku boleh hafal setiap apa yg dikatakannya....Fuh!...

ada seseparuh YB tu, aku terpaksa sediakan kata2 yg sesuai dengan majlis..sebab tah apa yg disebutnya tah.....sorry la YB...

Berbalik kepada matlamat cerita aku, mana-mana ahli politik yang nak 'tambat hati' rakyat, pandai2 la guna media....bukan mengharapkan media melutut kat anda.....bukannya 'membayar' sesetengah reporter untuk BUAT CERITA tentang anda supaya nampak gah dan prihatin...tapi sebenarnya cerita tuh dah lima enam kali diulang.....ubah2 ayat jer....ni dah kira berpenyakit...

Sebab tu betul bos kata..jangan sesekali terikat dengan sesiapa pun sekiranya nak menghasilkan kualiti berita yg terbaik....try la praktis...n u'll be at the right path......

buat semua...renung2kan...

Thursday, January 8, 2009

Pindah Pejabat

Assalamualaikum n salam sejahtera....

Yuhuuuu....lama bebeno weh tak jenguk blog nih....rindu plak nak menggagau keyboard....

memang diakui..perjalanan tahun baru kali ni memang perit...nak plak setiap tahun sambut birthday dalam 'mood' tahun baru...slalu je ketinggalan dan dilupakan.

hmmm...kawan2 semua di luar sana, aku dah tukar pejabat (gambo)...kat tempat ni, lebih aman dan tenteram (buat masa ni)....
lokasinya, hehehe...malas nak cakap la...sape yg jmpa kira nasib dia baik la kan....buat masa nih aku masih kekalkan konsep 'mobile' yg bos perkenalkan.....opis nih utk aku yg nak 'imbau' mood EXECUTIVE aku dulu2 jer....hehehehe....penting wooo....

cuma streamyx tak pindah lagik..hmmm....aku hari nih dok numpang wifi company kat bawah tuh..ntah dia tau ke tak..tak pasti la...ptg nih la pegi kedai TM....nak selesaikan satu story court case dulu....

ok kekawan sekalian,

Selamat Tahun Baru (Cina)..hehehe..sekali gus..

Tuesday, December 30, 2008

Siapa lebih 'buruk perangai'...

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pertama kali, Salam Maal Hijrah 1430 diucapkan kepada umat Islam seluruh dunia dan Selamat Tahun Baru 2009....

Aku tak berapa sihat la sejak kebelakangan ni....rasa mcm kena santau jer.....huahuahua.....tipu jek!...
Aku tak sihat sebab dah nak masuk tahun 2009, tapi masih banyak perkara yg aku tak capai. Mustahil la dalam sehari aku bole 'grab' semuanya...Jadi, nak taknak....terpaksa la let it go.....terkilan pun ada....sebak pon ada....ye la....kita nih kejam pada diri sendiri, janji memcm tapi slalu mungkiri....

Apa agaknya azam tahun 2009 nih?hmmm......aku rasa mcm nak.....kurus...kih kih kih....

ok la, berbalik kepada topik hari ini, aku nak bincangkan topik yg paling TEMEH tapi slalunya beri kesan yg amat besar dalam idup kita....iaitu sape yg lebih BURUK PERANGAI, samada kita ataupun org di sekeliling kita....

Meh kita amik 1 contoh yer...

Kalau ada sorang kawan ambil kesempatan atas kita, macam dah susahkan idup kita dengan masalah dia (kira pentingkan diri), lepas tu dia buat 'donno' jer...ala2 x bersalah gitu, then kita tegur dia agak 'daring' la...style sound direct gitu....lepas tu dia 'mcm good2' n bagitau kat org lain yg kita ni buruk perangai sbb x reti jaga tutur kata...bila kita pk2, kita ni tak penah susahkan idup dia tapi dia yg banyak susahkan idup kita....kat sini, siapa yg lebih buruk perangai?

Bagi aku, berbuat baik dengan sikap 'x apa' nih bole memakan diri, bila org sekeliling kita suka amik kesempatan. Tapi bila kita mungkin dah ilang sabar n nak dapatkan hak diri kita yg sebenarnya, org sekeliling kata pulak kita nih 'jahat mulut'...sedangkan dia x pk kita tak la segiler itu nak buat membabi buta....yg dapat kesan buruk lak, kita jugak...yg dok perasan 'good2' tuh boleh mcm tak berdosa buat muka 'ungka' rasa dia x bersalah....LLAAAGI la buruk prangai...kan?


hehehe...sambung nanti la pulak...ada keja sket...

Saturday, December 27, 2008

Nak insaf ke tidak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hari ni agak free sikit,
semalam terasa penat bila tlg abah hantar adik ke LCCT..dia nak balik UPM Bintulu. Waa...pertama kali drive sdri ke sana....kalo setakat nak ke Tol Sg Besi, ok lagi digagahkan...tapi nak ke LCCT tuh, suspen gak.hehehe...
Tapi, rasa syukur n puas ati bila dapat tolong abah n mak tunjuk2 jalan sambil citer2 pasal tempat2 sekitar jln...bawak pulak keta kancil aku yg dah kusam tuh...tapi best sbb dah abeh bayor...hmm, tgh berangan nak tukar kaler....abah kata, kaler biru gelap....aku tgk2, ok gak....hehehe...

ikh, tu cuma selingan, bukan itu yg aku nak cerita hari nih...aku teringat lagi satu ketika tu, aku tengah siapkan berita (ketuk story), datang sorang mamat OKU (dia tempang)...nak tumpang balik umah katanya..aku on ajer....tapi tggu aku siapkan berita.....dah siap2 balik, agak senja gak laa....

masa drive tuh, mcm2 isu n topik la borak, cuma yg pasti bukan pasal politik...masing2 cakap cukup berhati2 sbb kami nih berlainan ideologi...biarpun bwh BUMBUNG yg sama...hehehe

dlm pjalanan kira2 stngah KM lagik nak sampai simpang Temau, aku nampak org kerumun2...senja tu, waktu tu tgh azan...sah ada eksiden nyer..aku tgh drive laju....nak cepat sampai la katakan....bawak anak jantan org waktu maghrib, x manis...kui kui kui....

Tapi hati nih kata kena bhenti gak...nak plak kat situ xde tpt nak bhenti, so kena letak keta jauh sket dr tpt org kerumun tuh....memula aku amik kamera jer...senjata tuh..hehehe....pastu terfikir lak nak bawak HP....aku rasa penting sbb org yg kerumun nih slalunya dia tak tepon pon polis/ambulan....

sampai sana, sah diorang x call pon ambulan..memasing tgk je sorang pemuda (dalam awal 20an) dok tercungap2 susah bernafas.bila aku tanya nape x call...memasing suruh aku yg call.siap dgn nada marah lagik...laaa, igt aku nih operator ker?dah korang sampai dulu, korang la call...tu pon nak berkira! hehehe...ckp dlm ati je la...aku pon call la spital raub..tanya camner nak buat dgn mamat yg dah tergolek kat tepi jln tuh.....staf yg jwb tuh kata nanti tgk ambulan Jeruas atau Dong akan dtg.

lepas letak HP, aku dok berkira2 nak call polis ke tak...sbb kalo tgk condition mamat tuh, rasanya koma...sbb dia dah berkeruh mcm lembu kena sembelih...masa aku tgh terkira2 tuh, baru aku sedar azan maghrib dah sampai ke kalimah terakhir...

mcm biasa la aku, bila tgk eksiden je, aku wat 'brief analysis' sdri...hehehe..alaa, mcm CSI tuh....kui kui....

aku tgk helmet dia, dah pecah n masuk dalam longkang besar tepi jln tuh...moto dia, hancur teruk...dia terlentang, tapi luka sket jer...cuma memang dia x sedar diri tapi meronta2 sket...tak tau la nak ckp condition dia...mata dia pon sparuh buka n x fokus dah....

aku tnya org kampung yg dtg awl tuh, camner blh jadi....org kampung tuh kata, dia guling2 sdri....wat 'stunt' masa azan maghrib...pepaham je la kalo dah cakap guna loghat pekat Dong...aku pon ternganga dgr...hehehe....

sesambil tggu ambulan, memacam teori dah aku dgr....masa nih aku lupa dah mamat OKU yg tumpang aku tuh...terperuk la dia dlm keta....heheh...

last2, bila aku amik gambo se das dua....ada sorang lelaki pertengahan umo angkat satu botol kecik...

"Laaa....dia tgh minum susu, dok ralit sgt gamoknyer.....nih hah, botol susu dia," kuat suara lelaki tuh cakap....smua org tumpu kat dia...

aku dtg tgk, pegang botol tuh...fizikal dia mcm botol air 'cap badak'....tapi kaca....aku baca, tulisan cina..ada rumi pon cakap cina gak....Air Minuman Cap (nama cina)..aku x igt sbnrnya....hehehe...

pastu ada tulis:
Amaran : Minuman ini mengandungi 65% alkohol

ler, mamat nih nak mabuk rupanya....aku mana tau menda tuh todi/samsu...ye la, dah x penah tgk sblm nih....org2 kat keliling tuh bantai gelakkan aku plak...sbb aku wat aksi mcm org kat makmal...golek2 botol tuh, pastu cium ujung botol.hehehe, wangi weh...

masa ambulan sampai n angkat mamat tuh, ada sorang lelaki amik HP dia (mangsa) dlm poket n call tah sape2...payah gak kalo tak letak no phone mak/abah dlm HP...call aje x kena org....dia letak balik dlm poket mamat tuh...

bila ambulan dah ilang dr pandangan, aku n beberapa org kampung dok termenung lagik, nape dia leh tergolek2....takan la mabuk sbb baru je minum x sampai suku pon...ada yg cakap mungkin tuh botol yg dah ke berapa dah..sbb air gitu murah, diorang kata....

aku termenung lagik.....geram pon ada, sbb mamat tuh Melayu....minum todi waktu azan Maghrib....pastu nyusahkan org lain nak maghrib, kena uruskan dia...aku tgk driver ambulan pakai kain pelekat n baju Melayu...tak kesian ker...heheh..sbb tuh ambulan klinik kesihatan aje....at least dia dtg tlg, kan?

dalam dok pk2 tuh....serentak mata aku n dua tiga org kampung tertengok kat tayar 'bangkai' motor mamat tadi...memang terkejut n patut la moto dia hancur...

kat tayar belakang, bebetul kat rim dan rantai belakang tuh terselit 'gulungan' SWEATER....baju yg sepatutnya disarungkan kat badan, mungkin dia cuma ikat lengan sweater tuh kat pinggang...last2 terselit n tersangkut kat rantai/rim tayar blakang.

bergulung2 MAMPAT....

aku amik la gambo, buat bukti kot2 nanti dia nak claim insuran...hehehe...
pastu, nak tau apa jadik?gambo tu bersama beberapa gambo lain abih BURN..sbb laptop aku kena virus...bagi aku, mungkin ada hikmah...

bila masuk smula dlm keta, mamat OKU tuh tnya...aku cuma ckp ape yg patut.
dia jwb, mesti ada pape sbb eksiden waktu org tgh azan...

aku cuma jwb TERKILAN aje..sbb dia Melayu....

sampai skrg aku masih fikir, kalo aku jadi dia, aku akan INSAF atau tak?
Allah, kalo nak bayar, boleh kasi CASH...bole kasi PD Cheque...ikut nasib masing2 la....

aku insaf la jugak...

Thursday, December 25, 2008

Bila nak balik?

Wahai sumber2 aku kat Raub nih.....bila nak balik?
Rasa mcm lama je korang pegi tunai ibadah haji.....
Dah lama kita tak bincang2 masalah NEGARA RAUB nih....

aku pon dah lama tak buat 'come back'.....

apa2 pun, aku doakan semua selamat pulang dengan mendapat keberkatan HAJI MABRUR....

Jgn lupa koling2 yer....

Penjelajahan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Pertama skali, Merry Christmas and Happy New Year buat sesiapa sahaja yang berkaitan. Betapa negara kita ini terlalu 'mewah' dengan perayaan dan sambutan menampakkan keceriaan demokrasi negara yang masih semarak menyala.

Kepada yang bercuti, semoga dapat memanfaatkan masa luang dengan keluarga dan sahabat handai.

Kali ni aku nak ceritakan penjelajahanku sebagai wartawan Sinar Harian Unit Raub. Setakat mula bertugas di Pahang, senarai panjang disediakan bagi memastikan semua kawasan perkampungan aku 'jelajah' tanpa prejudis....hehehe...

Hari ni, terbuka hati aku utk check semula mana2 kampung yang belum aku singgah...daripada keseluruhan lebih 60 kampung, ada empat lagi kampung yang aku tak cover.dua kampung cina, dua kampung melayu..tu pon kampung2 tu dianggap 'anak2 kampung' kepada kampung2 lain...maknanya ketua kampungnya aku penah bercakap la....tu pon kampung2 tu aku penah lalu dan singgah...cuma mungkin aktiviti mereka tak sampai ke pengetahuan aku.

Bila diamati, aku juga pernah mendapat komplen bahawa liputan aku tak menyeluruh, tempat pon ada pilih2 la, malas bergerak la....hehehe, kekadang tu lemah jugak semangat.aku bukan superwoman....telinga power boleh dengar ada program....bukan jugak naruto yg boleh bahagi2 badan kepada berpuluh2 bahagian...hehehe....

Tapi sebenarnya, aku dah pegi ke semua tempat 'besar' dan jugak terkecil skali....cuma mungkin kadang2 org tak menyedari kehadiran kita..kadang2 juga bila kita siarkan berita tempat dia, dia tak beli pulak paper...so, takkan la ini pun nak salahkan kita?(penah jadi woo....jabatan kerajaan plak tuh)..ada ke dia report kat bos kita yg kita nih 'bias' n x cover berita dia...Allah nak tunjuk, hari dia report kat bos tu, berita jabatan dia dengan gambo bos dia pon tersiar (maknanya berita dah anta lebih awal),dia plak x beli paper hari tuh...waaaa.....kita gak yg kena!setahun malu beb...nasib baik skrg dah jadi bespren aku. kalo tak...koi tuntut!

Pernah juga sekali ada penduduk yang marah2 (boleh dikatakan maki2 la) hanya kerana kita tak datang ke program yg dia 'ada' kat situ....aku cuma jawab yg aku tak dimaklumkan, itu je..lepas tu dia marah2 lagi siap kata, tugas wartawan kena cari berita, bukan 'harap' berita datang kat dia....

kalo ikutkan hati aku, memang aku dah melenting...tapi bila aku dapat jawapan macam tu, aku dah dapat agak 'level of thinking' dia...senang je aku jawab, kalau mcm tu, dia kena adil, kalo dia marah aku, dia kena gak marah wartawan lain mcm Berita Harian ke, Utusan Malaysia ke, Harian Metro ke, Kosmo ke, segala2 yg terlibat la....sebab diorang pon tak dapat makluman, dan diorang pon tak datang...kan?pastu terkulat2 org tuh..hehehe...

apa pula beza wartawan sinar harian dengan wartawan lain? Bos aku pk nak mudahkan penduduk kampung, so nombor telefon mesti diletakkan utk panggil apa jua program dan aktiviti. tak perlu ikut prosedur, tak payah anta surat rasmi (jemputan la), takyah makluman rasmi la..asal telefon je..tak pon sms..mesti aku dtg kalo aku free...tapi yg aku pelik pulak, penduduk nih taktau guna no phone tu utk 'panggil' program...cuma tau utk maki2, marah2, komplen2, (sms je pulak tu)..bila kita call semula, haram dia nak jawab....heheheh...

sepatutnya penduduk terbuka minda dan bersyukur coz ada gak sinar harian yg sanggup cover berita biarpun cuma kecil2...ada org kata, alaa...sinar nih sokabar kampung aje...tahap2 low class je la....DIAKUI...aku, kalo org cakap kat depan aku, memang aku ngaku....ngaku 1001 %...tapi, 'value' kekampungan kami ni ada tak dalam paper lain? bos aku dah kata, 'kumpulan sasaran' dia memang org kampung pun...sinar harian ni memang 'hadiah' utk org kampung....its not easy to get RM1 from org kampung, tapi kepuasan mengeluarkan berita diorang tetap menjadi keutamaan.

Bos aku ada lebih 30 majalah yang diusahakan sejak 30 tahun lalu....bukan semua majalah tu sesuai utk semua golongan...contohnya, majalah MIDI..dah tentu pompuan atas umo 40 yg sesuai beli...majalah REMAJA, dah tentu la utk remaja...MINGGUAN WANITA pulak...haa...yg nih kumpulan sasaran dia luas sket...sebab pengisian dan harga dia berbaloi utk beberapa peringkat umor...aku pon slalu beli sejak tingkatan 4 lagik...kih kih kih...
macam tu la kiranya matlamat setiap penerbitan tuh...bagi aku, kumpulan sasaran org kampung juga BERBALOI..sebab org kampung nih RAMAI, lebih berminat nak tau apa yg jadi sekitar dia...

Tapi org nih memang sentiasa tak puas, bila dah ada berita lokal, ada plak dia komplen skuad sinar harian nih...suruh jadi macam Karam Singh Walia....waaa..panas hati jugak bila ada yg kata kita nih bukan wartawan sejati....org kata, "Kau cakap senang, cuba duduk kat tempat aku,"...apa macam?

Aku jawab senang jer, kalo nak dengar, dengar la..kalo tanak dengar, terus la korang dengan pengetahuan setahap tu aje....aku cakap, Bro Karam tu kerja dalam GROUP...dia ada TEAM...dia pon BOS dalam team dia....dalam team tuh ada sorang dua reporter, ada sorang dua pengumpul maklumat, ada cameramen, ada driver....senang la dia nak BONGKAR. cuba pula kira dalam seminggu berapa kali dia BONGKAR?ada tiap2hari?

Beza pulak dengan kami....siapa driver?aku.siapa reporter?aku.sape jurufoto?aku.sape kumpul maklumat?aku.sape penyampai/tulis berita?aku.berapa berita keluar seminggu?minima lima utk sehari,tujuh hari seminggu.

hehehe....so, ada gak yg faham dan pinjam kata2 superman : Its not easy to be me...
yang mana tak faham n taknak faham tu.....aku redha je la...

At least aku ada gak buat citer bongkar2 nih...memacam bongkar aku buat, sampai kena tuduh macam2...masam muka dengan pemimpin tempatan...aku redah aje...sebab org kampung tetap beli paper...itu yg org kampung nak....pemimpin nak marah, aku tetap dengan pendirian aku, menda aku buat tu betul...kalo salah, saman....(tapi sure la aku wat homework n assignment sampai ke tahap TAKKAN DISAMAN)...hehehehe....

ada sorang LAWYER tanya aku, ko tak takut ke kalo jadi apa2 kat ko?family ko?...senang je aku jawab, kalo aku mati selepas beberapa ketika aku siarkan ISU PANAS...org yg menyebabkan aku mati tu dah memudahkan kerja polis utk siasat...takde siapa pun akan terlepas....aku nih dah masuk tahap KAMIKAZE nih.....JIHAD la jugak...hehehe...

semua bahan2 penting assignment aku....dah aku kasi 'sorang' pegang....nanti cari dia je la...

hehehehe...merapu dah pulak....

apa2 pun, aku TABIK sesangat kat semua bos aku.....ilmu2 yg aku dapat dalam Sinar Harian nih, memang tak ternilai la....semua support aku....rasa macam keja dalam team biarpon sesorang 'di kampung halaman'.....hehehe...

ada gak org tuduh aku nih 'mcm bagus'....ek eleh laaa.....ubah je sikit ayat tu..aku sebenarnya 'komited' n workoholic....kalo nak kutuk2 keja aku tuh....korang jadi la macam aku dulu...baru aku surrender...tapi kalo korang yg ngutuk aku ni, buat keja pon sama taraf mcm aku tido je...lupa kan la.....

big bos kita kata.....masa dia terima kita keja dulu, dia sediakan kita HIGHWAY.....u r free to choose which lane do u prefer....betoi ke tak aku cakap omputeh nih...heheh..

masa aku dgr tuh....aku dah terbayang dah highway dari gombak ke bentong tuh....kerap kali aku lalu..biasanya aku pilih lane paling laju...hehehe..biarpon bengkang bengkok....best tuh....
sepanjang aku dok kl pon aku pilih lane paling laju....sbb kat kl lane laju tuh pon sama lembab mcm lane paling plahan..kui kui kui...nak2 plak masa peak hour...

so, keja kat pahang nih aku pilih FAST LANE gak la....jangan la marah aku..bukan aku macam bagus..cuma aku sahut saranan bos aje.....kalo lebih limit, kena saman, aku tanggung la...so far...mana ada lebih lagik....aku pon tak suka saman2 nih....

kekawan yg nak cakap aku mcm bagus tuh, meh sini aku ajak korang join aku skali kat lane laju nih....best woo...satu kepuasan....lane nih besar ape..panjang plak tuh..bole kongsi reramai...bukan aku nak bolot sesorang...meh la...meh.....hehehe...

aku nak stop merapu lelebih laa.....

cuma sepanjang PENJELAJAHAN aku nih, mula2 aku nak ucapkan sejuta penghargaan kat EDITOR KUMPULAN : SRI DIAH, En. Nazri (sumber manusia) dan En. Akmal ....ketiga2 yg PERTAMA aku jumpa masa interview..(kecuali kak guard la...)...

Thanks kat big bos, Dato' Hj Hussamuddin Yaacub....

Pastu aku nak thanks kat En. Azmi Tarmizi....baaanyak weh ilmu yg dicurahkan.....pastu Bro Sani...n skrg nih Mr Ong Boon Teck...semua editor yg berdedikasi....2gether we r strong.....

Tak lupa kepada semua penduduk Raub tak kira Melayu, Cina India...semua baik2 wooo....

(hehehe...mcm buang tebiat plak)...
Assalamualaikum.

Saturday, December 20, 2008

Belajar dari pengalaman


Semenjak dua nih, aku kepenatan sikit...bukan saja penat fizikal, tapi mental jugak rasa macam nak kena 'servis' dah...hehehe...

Bercerita tentang 'sahabat' dari skuad Maran, pastinya kita akan menyatakan bahawa PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI....Tapi yang ganti tu sama ke, lebih teruk ke, atau lebih baik dari yang terdahulu?

Kalau tanya aku, Paan (Farihan) komited dengan tugas...dengan muka yg ala2 cikgu tu, mesti senang dia nak jalankan tugas baru di Maran...nak pulak dia anak jati Bukit Lada...

Apa2pun, wish u all the best, Paan!

Hmm, mengimbas kembali pengalaman aku dalam dunia pekerjaan, bagi aku pengalaman adalah pendidikan terbaik buat kita semua. Sinar Harian adalah kerja aku yang ke-5 dalam tempoh 4 tahun.....hehehe.

Mula2 aku risau dengan keadaan diri aku, kenapa jadi tak tetap pada satu kerja? lama2, bila aku cuba perhalusi, faktor yang menyebabkan aku tukar kerja, bukanlah diri aku sendiri..tapi keadaan dan faktor sekitar.

aku ingat lagi, kerja pertama aku bermula pada 1 April 2004 di Wisma BSN Jalan Ampang...Aku bertugas sebagai Customer Support / Monitoring Clerk (MIcro Credit)...ini pada permulaan, tetapi jawatan terus dilebarkan di bahagian tersebut (Credit Recovery) termasuk HP, Housing Loan, dan macam2 jenis loan lagi....apa yg pasti, semuanya 'bermasalah' dan banyak arrears...aku terpaksa lepaskan jawatan kontrak tersebut (sebab masa tuh aku x abih blaja lagik)...hehehehe....

lepas abih final paper, aku cuba bekerja di Credit Recovery Agency - Harike Bekala Sdn Bhd....maklum la, berdasarkan pengalaman dulu...aku start Julai dan Ogos sahaja...sebab tak tahan dengan struktur keja yg aku rasakan sebagai tak adil....

Tak lama lepas tu aku diterima sebagai Setiausaha di sebuah sekolah jururawat swasta kat Perak....Failed jugak sebab masalah pengurusan termasuk soal gaji....

aku teruskan usaha di Bris Information Sevices Sdn Bhd sebagai Customer Support Executive....gaji, bole tahan la....ada penilaian dan ada peningkatan....not bad...

lagi sebulan cukup setahun kat Bris, aku terpanggil utk sertai Karangkraf menjadi Warga Sinar Harian....

Alhamdulillah, bermula Mac 2007 (kalau ikutkan kena start Februari)....sampailah sekarang, semangat aku sebati dalam bidang yang tak pernah aku mimpikan sebelum ni.

Berdasarkan pengalaman aku ini, boleh dijadikan sedikit 'bonus' buat aku sebab banyak perkara yg aku tahu, pelbagai ragam manusia aku dah hadapi, ditambah pula dengan perangai aku yg terlalu susah nak percayakan orang...ada jugak kebaikannya.

Hmmmm....
kelmarin aku didatangi seorang sahabat baik semasa sekolah rendah....perbualan mcm biasa sahaja tiba2 dia ajukan soalan mengenai kerja aku sekarang ni....Ada masalah apa2 tak dengan pengurusan?masalah dengan rakan sekerja?....aku tak jwb soalan dia tapi aku tanya soalan yg sama kat dia semula....

Sah la dia ada masalah....takkan la cikgu pun ada masalah?katanya buka sekolah akan datang jadi satu kerumitan buat dia...sebab tak disenangi rakan setugas....

"Diorang selalu kata aku ni rasa macam bagus la, perasan bagus la, siap suruh aku cermin diri lagi," luah kawan aku yg sorang nih...aku cuba perhatikan dia n cuba amati cara dia selama ni....

"Kawan2 kerja kau tu macam mana orangnya?"Aku tanya lagik....

Aku cuma tersengih je bila dengar penjelasan dia....rakan setugas kebanyakannya masih muda dan baru bekerja sebagai guru...padahal kawan aku tu dah keja banyak tempat sebelum buat keputusan nak apply KPLI n jadi cikgu...

performance kerja diorang pulak? kawan aku cakap ada yg rekod tak baik, masalah disiplin, tapi berlagak seolah2 tak pernah buat salah dan tak pernah meminta maaf kalau ada buat salah...kira macam kurang ajar la kan.

aku mula termenung n cuba kaitkan perkara tersebut dengan pengalaman aku.....
bagi aku, mana-mana organisasi tetap akan berhadapan dengan situasi / senario yg sama...tidak kira bekerja dengan bangsa apa, selagi bergelar MANUSIA, istilah EGO, DENGKI dan segala yg negatif tu tetap wujud.

relax la kawan, kau bukan berlagak macam bagus, cuma kau komited dengan tugas. kalau diorang nak kalahkan kau, buktikan yg diorang komited dan boleh bersaing mcm kau...apa yg aku nampak, kau bukan perasan bagus tapi kau memang bagus.

Biar apa org nak kata, biar diorang pulaukan kau, apa yg pasti kau tak pernah berhutang dengan diorang, mahupun menagih simpati diorang..sebaliknya diorang yg 'berhutang dosa fitnah' terhadap kau.

Diorang mengata, pahala kau yg banyak....

lumrah la kawan, bagi org yg baru pertama kali dalam dunia pekerjaan, bagi diorang, diorang la paling bagus sekali, nak pulak..kalau diorang tu excellent student...

teringat pulak aku, kata2 Pengurus Cawangan Sinar Pahang, Abdul Halim Haron....
"Kalau nak kata diri tu bagus, buktikan performance bagus dalam Sinar Harian. Bukan nak tunjuk bagus semasa belajar, atau masa sekolah, prestasi semasa kerja labih penting," lebih kurang gitu la apa yg dia cakap....aku pinjamkan kata2 tu kat kau...

apa yg nak dibanggakan dengan perkara yg lepas kalau prestasi sekarang teruk....kalau diorang tu berlagak sebab ada rupa, aku tengok takde la cantik mana...kau lagi ok....buat apa rupa cantik kalau otak kosong, takde disiplin, menyusahkan hidup org, tak pandai jaga maruah diri.....so what?

ok la kawan,
aku tetap bersama kau dalam apa jua perkara...apa yg penting, bos tau apa yg kau buat, bos boleh nilai pretasi kau...

p/S : Aku tak pelik la bila kenaikan gaji kau melonjak berbanding kawan2 kau tu...
Allah SWT buktikan keikhlasan kau DIBAYAR setimpal....ni semua resam hidup bekerja.

Friday, December 19, 2008

Semoga Bahagia, KAWAN



Pada 17 Disember lalu, Sinar Harian Pahang kehilangan seorang rakan yang terlalu komited dengan kerja.
Siti Noorhazliza Yaakop, 28, kini bergelar suri rumah sepenuh masa apabila terpaksa 'berehat' dari menjalankan rutin wartawan yang dicintainya hanya kerana faktor kesihatan.
Liza juga khabarnya nak teruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi, semoga berjaya.

Apa2 pun, jangan lupa kami di Sinar Pahang ni....

Monday, December 15, 2008

Warta Raub saingan terbaik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tenggelam timbul juga rupanya isi cerita saya di sini.

baru-baru ini saya didatangi seorang gadis seusia dengan senyuman yang memerlukan saya menafsir dalam pelbagai cara.
Namun kehadirannya disambut baik dengan harapan akan menambahkan lagi kenalan.. mudah memperkenalkan diri sebagai Anak Srikandi, dia menceritakan tentang niatnya untuk mewujudkan blog persis BERITA dan memerlukan bantuan serta sokongan saya.

Jawapan saya terlalu mudah, sekiranya Anak Srikandi menemui saya yang dianggap sebagai Wartawan Sinar Harian, saya hanya boleh membantunya setakat yang tersiar di akhbar pilihan ramai itu. Tetapi sekiranya Anak Srikandi datang bertemu saya sebagai sahabat yang juga anak watan Raub, saya boleh berkongsi cerita sebagaimana pandangan dan harapan saya terhadap daerah tercinta ini.

Anak Srikandi rela memilih jalan kedua kerana baginya kebebasan ber'blog' lebih mudah dirasai berbanding kebebasan akhbar.

Lalu saya menghulurkan salam perkenalan dan tidak lokek sekiranya dia ingin beriringan bersama saya ke mana-mana sahaja dalam daerah Raub ini.

Saya menganggapnya sebagai pesaing yang baik dan masih boleh menerima teguran serta nasihat yang membina kerjaya saya.

Sekian, Terima Kasih.

Friday, December 12, 2008

Aku Manusia Biasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada ketika ini, aku terasa bagaikan muak membaca blog yang seolah2 lupa diri, lupa siapa dia, dan lupa apa perbuatannya.....biarpun aku terikat dengan imej dan status Sinar Harian, tapi aku tetap manusia biasa yang ada perasaan muak, jelik, jengkel...macam2 lagi la...

Mulai hari ini, aku nekad tak akan memperkatakan dan mengunjungi blog tersebut lagi....memang nekad....ini yang terakhir...

hehehe...tetiba emosi plak.
tu la kekawan, bila kita agresif kang, haru biru menda dicakapnya...bila sopan kang...ada plak rasa mcm emosi....kui kui kui...

aku nak memperkatakan tentang blogger PDO nih lagik....
semakin hari aku rasa semakin muak dengan isu yang disampaikan 'mereka'...
sebenarnya, aku akui sebahagian pendedahan mereka nih 'best' utk kita ikuti...
kiranya macam 'kerja ikhlas' la....betul dilandasannya...

tapi banyak daripadanya bohong belaka.....mungkin perkara tu org tak sebut bohong, kalo dia bebetul study kes tersebut....buat analisis seimbang, tak ikut emosi sgt...
then menda tuh akan jadi lebih berkualiti....

ini kang, hentam sebarangan jer......

ape la gini, frust betul i tengok isi blog u tu taw....heheheheh....

biarpon PDO dah minta maaf dengan Sinar Harian, tapi sian kat Liza Maran....dia still kena gak...

aku yang dikatakan antara paling rapat dengan dia....aku tau apa jadi kat dia....
ilang gak la mood dia nak keja....

apa yang aku nak cakap nih, aku harapkan menjadi panduan untuk semua bloggers terutama PDO utk masa akan datang....jangan pulak nanti timbul memacam tohmahan pulak....

sebagai teman yang baik dengan dia, aku la org yg terawal dapat tahu Liza nak berhenti keja....korang sure terkejut, kan?
tapi niat dia nak berhenti tu bukan sehari dua, bukan lepas kena hentam dgn PDO....
sejak awal tahun lagik dah....tapi aku n kekawan lain selalu pujuk dia...minta tangguh....sebab aku taknak rasa kehilangan sesuatu yg berharga dalam Sinar Harian...biar la korang nak cakap aku pentingkan diri....tapi itu yg aku rasa....

dari cara keja dia, komitmen dia....sikap dia yg rendah diri....jauh beza dengan aku...aku nih jenis panas baran, mudah menjawab n mematahkan kata lawan, suka redah ape je kat depan aku n x penah takut risiko....dia kagum dgn aku...aku pon kagum dgn dia....paduan kedua2 dari aku dgn dia..buatkan kami serasi n mudah kongsi cerita....mudah tukar2 pandangan..so, performance jadi ok.....

berbalik kepada niat dia nak b'henti tu....
salah satu sebabnya dia nak sambung blaja....kalo dah itu niat dia...aku tepaksa la setuju....selain tu, faktor kesihatan dia yg memerlukan dia banyak berehat.....

dia start sebut nak bhenti tu sejak Mac 2008....aku minta tangguh2...last2 aku redha jer bila dia nak bhenti dalam bln 11 tuh....mcm2 cadangan aku kasi...minta cuti tanpa gaji la....rehat sebulan la....tapi last2 dia nak bhenti terus gak.....mula2 igt dia dah xde pada bulan lepas, tapi dia sendiri plak kata nak bhenti sampai abih tahun ni...
alasan dia cuma 1 jer...takut banjir buruk berulang lagik mcm tahun lepas...dia risau nak lepaskan tugas pada skuad lain utk buat liputan.....itu yg dia fikir?!!...

yup, sebagai warga Sinar Harian, aku juga akui bahawa kerja yg aku buat hari ni, sekarang ni, dah sebati dalam diri aku...bukan semata2 nak tggu gaji...bukan juga nak cari side income....bukan semua tuh...

apa yg aku rasakan, satu kepuasan apabila masalah dapat diselesaikan....nih je satu2nya kerja sosial yang terjamin masa depan....mengelakkan dari memegang status 'graduan menganggur'...hehehe...

tapi aku penah keja banyak tempat sebelum ni..aku x penah lagi rasa title graduan menganggur tu...

ok la liza....
aku sokong apa jua tindakan ko biarpun ko dah tak bersama Sinar Harian lagik....

aku harap, jangan ada timbul lagi soal yg negatif tentang liza....

hehehe....nanti aku sambung lagik....
banyak merapu aku nih.

Thursday, December 11, 2008

Cyber War

Assamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak akhir2 ni aku tak berkesempatan nak mengisi ruangan blog aku ni....penat la, kawan....penat baca blog2 orang...pastu menyampuk sesikit....
sekarang nih aku perluaskan bacaan aku kat blog2 lain...banyak la pulak...tapi slalunya baca sepintas lalu jer...tetiba rasa nak nyampuk, aku nyampuk...

nak highlight la blog yang aku lawati setakat hari ni...

Hmm...yang paling aku slalu lawat, pahangdaily online (PDO) laaa...ada org tulis (PeDOoh) hehehehe....

1) http://pahangdaily.blogspot.com
2) http://anakpahangjati.blogspot.com
3) http://gpmspahang.blogspot.com
4) http://pahangdaily.com
5) http://warisanpahang.blogspot.com

saje je menjengah sambil2 amik idea nak cantikkan blog....
Bila aku tengok pada semua artikel ni, nampak gayanya boleh buat kesimpulan bahawa politik di Malaysia ni tak bermusim.
Kadang2 aku rasakan macam pening pun yer, mungkin sebab aku tak berapa minat politik...tak mcm cikgu bob (stringer berita harian) kat Raub nih, kalau cakap pasal politik, dia sanggup tak tido...hehehe...kes macam peminat bola la....aku tak minat gak bola....

hmmm...berkisar kepada 'interest' ataupun tarikan minat pengunjung, pastinya bloggers dan owner sykt penyiaran akan fokus pada isu politik je, kan?sebab itu yang orang suka...sama macam citer hantu n misteri...sekaran nih dah jadi trend pulak cerita2 mcm tu...bukannya buat org takut, tapi slalu buat org bertambah nak tahu...
mungkin org skrg nih dah tak mcm org dulu2 yang kurang hiburan dan mudah rasa takut bila dengar cerita momok....sekarang tak lagi....(mungkin skrg nih lebih ramai hantu yg macam org)...hehehe....

berbalik kepada cerita politik tadi,
aku dapat rasakan hebatnya peperangan di alam siber nih....biarpun takde kecederaan fizikal, tapi 'penderaan mental' diorang nih mampu buat SUBJECT yang diperkatakan tu termenung panjang, tak lena tido....

kalau dapat jenis aku nih, kut ye la aku menjawab...agresif...kot dapat macam liza maran tu, sian pepalih la weh.....dia plak takde blog, kurang pendedahan IT walaupun ada cyber cafe...hehehehe.....susah nak balas2 perbuatan khianat org kat dia....

takpe kawan, fight for your right....

isu tuduh menuduh di kalangan bloggers kini secara tak langsung mewujudkan zon 'terlingkup' ikhh....zon 'tertutup'....hmmm...apa2 je la....tapi maksudnya sama macam 'anak-anak itik berlarian dalam 1 bakul'.....pagut memagut....pastu pengunjung dok tengok jer...ada anak itik biru, ada anak itik kuning, ada anak itik merah....anak itik ijau....so, SILENT readers nie kekadang tertarik pada anak-anak itik tertentu....ada gak readers yg terlalu taksub...

bagi aku,
hmmm.....harapnya nanti dapat diperluaskan lagi la 'sasaran' bloggers nih....

ini tak...kau tikam aku..aku tikam ko..ko ludah aku...aku ludah ko...last2 penat, tido....hehehehe....

aku teringin nak buat ulasan pasal PDO yg agak PENING sekarang nih....
biar la org kata MACAM PROMOTE dia...tapi cuma kat blog aje...takde hal punya.....
apa yg pasti, lenggok penceritaannya sama mcm org cakap CAKAP TAK SERUPA BIKIN....itu maciam la....

lagi best, org kenal owner tu ..punya sejarah tak berapa betul sket...

aku sambung nanti la....sibuk pulak nak balik....kang gelap..
jumpa lagi nanti.

Tuesday, December 9, 2008

Sunday, December 7, 2008

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog peribadi ini (sekiranya ada)….

Terlebih dahulu Salam Aidil Adha diucapkan kepada Umat Islam seluruh dunia. Sudahkah anda membayar zakat? Cheh….hehehehe….. luar topik pulak…adakah anda tergolong dalam hamba Allah yang menunaikan ibadah Qurban pada tahun ini? Alhamdulillah….semoga ‘fakir miskin’ tidak kempunan menikmati daging segar di hari mulia ini…

Sekiranya diamati, tidak ada golongan miskin di negara ini yang benar-benar dikategorikan sebagai FAKIR miskin…negara yang aman dan makmur ini hanya memiliki serendah ‘golongan kurang berkemampuan’ sahaja. Kalau tidak, masakan rakyat di negara kita ini sanggup berkongsi rezeki bersama jutaan pendatang asing (profesional dan bukan profesional)….logik, kan?

Habis soal miskin, kita beralih pula kepada soal zakat….Sebagai hamba Allah yang mempunyai pelbagai tanggungjawab, kita tidak boleh mengetepikan urusan zakat yang sememangnya diTUNTUT dalam Islam.

Sedarkah anda bahawa gaji bulanan yang diperolehi juga tidak terkecuali daripada dikenakan zakat? Haaa…..inilah dinamakan ZAKAT PENDAPATAN….

Ramai yang seolah2 lupa bahawa gaji bulanan yang diperolehi terdapat HAK dan PERUNTUKAN buat fakir miskin. Kita kena tunaikan juga, sebab hari ini kita berkemampuan, tidak mustahil esok hari kita termasuk dalam golongan kurang berkemampuan dan amat MEMERLUKAN sumbangan zakat tersebut….kan?

Lewat petang semalam, semasa aku asyik melayari dan menjamu mata dengan beberapa artikel daripada blog-blog tertentu, aku didatangi seorang lelaki…bila diamati, dia biasa sahaja berpakaian sukan, mungkin baru lepas riadhah.

Tiba2 lelaki tersebut berbicara soal zakat….aku pandang dia atas bawah, maaflah akhi…aku tak kenal sangat orang…..dia minta datang ke pejabat untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang zakat….sah la dia tu pegawai daripada Pusat Kutipan Zakat Raub….

Ye jugak, insya Allah aku akan datang selepas cuti raya haji..walaupun hakikatnya aku tak bercuti…tapi diorang yang bercuti….

Diselitkan sedikit kat sini, akhi tu nak beri penerangan sikit yang tempoh2 utk submit borang CUKAI PENDAPATAN dah nak hampir..jadi urusan pembayaran zakat juga boleh dikecualikan daripada cukai pendapatan…

Wahai rakyat jelata sekalian….tunaikanlah zakat (rukun Islam keempat) tu….aku takpe la..sebab gaji aku belum sampai tahap kena cukai lagi…nak bagi mak n abah pon aku terkira2…hehehe..tapi tak penah missed…

Ada yang nak tahu camne pengiraan zakat pendapatan? Aku taknak la sebut zakat2 lain mcm zakat harta ke….zakat fitrah ke (zakat nih je yg famous)…heheh..zakat2 lain slalunya org buat2 lupa…..

Senang je nak kira zakat kita nih…..jap aku buka brochure nak tengok…..

Haaa..gini,

Ada tiga kaedah untuk uruskan zakat pendapatan ni…

Bila aku tengok2…ia sesuai dengan orang bujang, dah berkeluarga dan yang ada aset….

Kaedah 1 (pendapatan kasar setahun x 2.5%)

Nota : pendapatan kasar termasuk elaun, bonus, hasil sewa, pencen dan lain2.

Contoh : pendapatan kasar RM2,000 x 12 + bonus (RM2,000) = RM26,000

RM26,000 x 2.5% = RM650

Rasanya ni sesuai untuk org bujang…kalo setahun kena keluar zakat RM650, sebulan cuma perlu sediakan RM54.20. Bukan banyak sangat pon…lagi banyak dihabiskan utk gincu, mekap, topup enset…kan?

Kaedah 2 (pendapatan kasar setahun tolak perbelanjaan asasi setahun x 2.5%)

Contoh : RM26,000 – diri (RM8,000) – isteri (RM3,000) – tiga anak (RM3,000) = RM12,000

RM12,000 x 2.5% = RM300

Ini mungkin sesuai dengan family kan…kalau kira, sebulan cuma perlu keluarkan RM25…..

Beban sangat ker?hehehe…

Bagi kaedah ketiga, lebih kurang sama je dengan kaedah kedua…

Nak senang, datang je ke pejabat kutipan zakat, berjela2 diorang boleh terangkan…

Ibu Pejabat (Pahang)

Bangunan MUIP, Jalan Mahkota, Kuantan

09-5131515 / 09-5131616

Cawangan Kuantan

09-5162525

Cawangan Temerloh

09-2966616

Cawangan Raub

09-3550515

Banyak lagi perihal zakat yang seharusnya kita ketahui….macam zakat wang simpanan, emas, perniagaan, ternakan, pertanian (padi), saham, galian (rikaz), kwsp dan lembaga tabung angkatan tentera…..haaa…banyak kan? Jangan remehkan urusan semua ni….insya Allah akan lancar perjalanan hidup di muka bumi ni…Amiin...

Saturday, December 6, 2008

Pertahankan Hak Aku

Hai assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog peribadi saya ni (sekiranya ada)...

Betul apa orang kata, diari ni penting untuk menentukan kestabilan emosi dan juga mendapatkan sedikit hak diri sendiri sekiranya kita melakukannya sebagai rutin....Selama ini aku tak pernah ada diari ataupun organizer....apa2 majlis jemputan pembaca semua aku ingat2 aje...ada masa aku catat di kalender....bila salin kat buku, ntah di mana pulak aku letakkannya...Hehehe...

Sejak aku asyik dok 'cantik2'kan blog nih....aku cuba sekali luahkan apa yang terbuku di hati aku ni melalui artikel sebelum ni.....Alhamdulillah...ada kelegaan...

Sebagaimana blogger pahangdaily nyatakan hak peribadi mereka nak mengutuk dan mengata sesiapa, aku juga berhak berbuat demikian.

Entah apa yang ada di benak fikiran mereka apabila mudah sahaja melenting dengan pandangan dan cadangan orang lain.....bila ada yang sapu bontot diorang, amboi kembang bukan main lagi...
nampak betul tak profesional....nak jawab balik boleh, tapi biar la dengan fakta dan kena igt statement sebelumnya..jangan sampai orang gunakan statement sebelum ni utk jadikan senjata balik...

eh..eh..eh....aku termerapu pulak...bercerita tentang HAK AKU...biasanya ia melibatkan kelantangan kita bersuara mempertahankan hak kita....

tapi biasanya aku memang macam tu, pernah kawan2 masa di UIA katakan : Berkawan dengan dia ni, buat kita slalu makan ati dengan kata2 dia..bisa....
hehehe...aku cuma tersengih jer la...sebab bila aku tanya kenapa kawan juga...diorang cakap sebab aku katakan yang BETUL....cuma kekadang ego mereka je yang susah nak terima....

ok la....
nanti aku sambung celoteh lagi, ada lagi yang nak diluahkan....

Friday, December 5, 2008

Yang Terbuku Di Hati

Puas aku fikir berkali-kali sama ada nak luahkan rasa tak puas hati yang terbuku di hati ini... Lama2 aku rasakan aku juga manusia yang perlukan keadilan. Perasaan tak puas hati tu sesuatu yang dianggap normal.
Kadang2 org lain suka memejamkan mata dan beranggapan seolah2 tak berlaku apa2, nak2 pulak bila dia bersalah dan ego nak mengaku kesalahannya.
Secara tak langsung, perkara sebegini menyingkap level akal mereka yang boleh dikatakan hanya separas lutut.
Kebanjiran blog2 di negara ini adakalanya memberi kebaikan sebagai santapan ilmu dan maklumat kepada masyarakat yang celik IT. Tapi ada kalanya blog2 ini lebih bersikap prejudis dan menafsir serta menaksir apa yang berlaku mengikut emosi mereka sahaja.

aku berminat nak highlight tentang blogger kat http://pahangdaily.blogspot.com (sengaja aku MACAM promote blog nih)....

macam2 insiden berlaku 'antara' aku dengan blogger nih.... mungkin sebab sikap aku yang agresif n x suka org mengata kalau takde bukti kukuh....dan pandangan aku terhadap blog tersebut selama pemerhatian aku.......isi2 perut blogger ini penuh dengan sikap suka mendabik dada, ego dan bangga diri...tak kurang juga dengan ayat2 yang berlagak seperti profesional tapi sebenarnya 'zero' dalam pemahaman erti penyiaran.

selalu membandingkan usaha kerja mereka yang 'tak berbayar' dan 'kononnya ikhlas' dengan hasil kerja para wartawan Sinar Harian yang berbayar(makan gaji) dan dakwanya 'tidak berani'....

adakah hanya kerana pemilik blog tersebut 'dikatakan' benar2 CUCU MAT KILAU maka dia pun berdarah pahlawan lalu berani meredah apa sahaja halangan dan cabaran demi menegakkan kebenaran. Maksud aku, benarkah itu kebenaran???!

mengapa pemilik blog ini tidak meluaskan pemikiran bahawa sesiapa sahaja yang berada di sekitarnya adalah individu yang berdarah 'pebagai'....maksudku, ada waris imam, kiai, ada waris pemimpin agung, ada waris pahlawan dan juga WARIS MAHARAJA PERBA JELAI @ ORANG KAYA HAJI.....

aku juga berdarah pahlawan, dan aku pasti ramai yang tahu susur galur keluargaku... tapi tak bermakna kita perlu agung2kan darah hanyir yang mengalir dalam tubuh kita ini kerana semuanya milik Allah SWT...sedarkah kita hanya meminjam SEMANGAT, JASAD waima setitis darah dari dalam tubuh kita ini daripada Yang Maha Esa....

aku juga menjadi 'sinis' bila melawati blog pahangdaily tu......kadangkala aku terfikir, bilakah masanya mereka mahu menjenguk hujung jari kaki di muka bumi, bila mereka terlalu asyik mendongak langit sehingga lupa BINTANG yang dilihat hanya mampu disapu pandangan mata namun tak berupaya menggapainya...

masih aku ingat, hanya kerana kerap menerima SMS daripada pahangdaily, aku menjadi rimas. masakan tidak, kita tak pernah subscribe, tak pernah bayar yuran dan tak pernah minta perkhidmatan tersebut, tetapi sering menerimanya...saban hari...

aku cuba menjejaki sms pertama yang mempromosikan pahangdaily ke pengetahuanku. cuba bertanya keadaan sebenar di mana pada struktur dan perjalanannya aku boleh mendakwa mereka kerana mengganggu.

tetapi bila perbincangan yang dianggap secara baik itu diputar belitkan menjadi isu hangat, ada pulak dikatakan kita ni UGUT mereka utk laporkan kepada polis....mungkin mereka ingat kita bertindak sendirian dan sentiasa bersendirian, mereka mengutuk pula SINAR HARIAN yang kononnya tak pernah update website! haa....bukan ke mereka terlalu emosi ketika menerima teguran...
Diakui, mewujudkan blog adalah hak peribadi, tetapi menghantar sms bertalu2 boleh dianggap menceroboh hak peribadi orang lain. Nak pula bila menjadikan alasan mereka dah daftar dan install dalam data untuk terima sms daripada diorang, TAPI berdasarkan persetujuan SIAPA!! sah, di sini mereka LUPA bahawa apa yang mereka lakukan itu satu kesalahan....
dengan campurtangan bos yang prihatin (Ong Boon Teck)......kes tersebut diselesaikan kali kedua dengan penyiaran maaf yang aku tak pasti ikhlas ke tak.
Apa yang pasti, aku masih simpan isi artikel PERMOHONAN MAAF mereka secara 'sinis', dan juga isi artikel permohonan maaf yang diedit dan agak neutral biarpon ada sedikit prejudis.

kali kedua kes timbul lagi apabila pahangdaily menyiarkan artikel 'PUAK UMNO RAUB HALAU WARTAWAN SINAR HARIAN'....satu lagi kejutan bodoh yang dilakukan...kenapa berlagak sebagai wartawan profesional tapi masih lagi hingusan dan kebodohan apabila satu fakta pun tak betul dan langsung tak ada bukti kukuh...bila aku minta mereka perbetulkan kononnya 'masih dalam siasatan'.....banyak perkataan angkuh digunakan dalam penulisan mereka, tetapi mereka tak sedar itulah KEBODOHAN SEJATI mereka.....

Ada ke patut dikatakan Wartawan Sinar Harian dihalau dari Bangunan UMNO Raub ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Raub dijalankan....What the s**t!

mereka langsung tak fikir apa yang disebarkan itu satu FITNAH yang diterima bulat2 oleh pembaca/pengunjung...Aku memang tak redha selagi mereka tak mohon maaf dari aku...

Pertama : Mesyuarat UMNO Bahagian Raub diadakan di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Raub pada 18hb Oktober 2008. (macammana boleh timbul isu mesyuarat tersebut diadakan di Bangunan UMNO Raub?)

Kedua : Wartawan Sinar Harian tidak hadir membuat liputan berkenaan mesyuarat pada hari itu biarpun mendapat banyak jemputan daripada VVIP. (macamana boleh timbul isu dihalau daripada membuat liputan mesyuarat tersebut?)

Ketiga : Mungkin Pahangdaily mendapat berita PICISAN dan menggabungkannya menjadi berita hangat daripada kes terdahulu. Sungguh kreatif. Berdasarkan fakta, terdapat beberapa wartawan dihalau keluar daripada mesyuarat UMNO Bahagian Raub kira-kira tiga tahun lalu (iaitu sebelum kewujudan Sinar Harian). Kerana apa MEREKA (wartawan itu) dihalau, aku tak pasti dan takkan ambil tahu.

Keempat : Aku pernah diminta keluar daripada pejabat yang aku tumpangi pada 1 Ogos lalu (iaitu setelah lebih setahun aku tinggal di sini) hanya kerana aku menyiarkan artikel BPR SIASAT YAYASAN RAUB.

Lucu di sini, mengapa minta aku keluar dari pejabat kecil molek ini hanya setelah setahun aku tinggal di sini. Mengapa pula hanya kerana aku menyiarkan artikel tersebut? bukan satu kesalahanpun. Kalau aku salah, kenapa tak saman jer? kenapa nak bertindak BORONG Sinar Harian satu Raub hanya kerana tidak mahu masyarakat di daerah ini tahu KEBENARAN?

ahh..bukan hal itu yang aku nak pertahankan di sini, tapi kes kesalahan fakta dan kecelaruan isi penting penceritaan yang menjadikan artikel pahangdaily itu satu omongan atau dongengan semata2 nak tarik perhatian pembaca/pengunjung.

aku dah minta beberapa kali supaya pahangdaily perbetulkan kembali kesilapan tersebut, tetapi langsung dibiar sepi. aku letakkan di buku pelawat, dia delete isi penting, cuma tinggalkan komen pelawat yang aku quote...

pahangdaily, sedar la, perbuatan FITNAH kamu semua takkan bawa kamu ke mana2....
mengapa nak menongkat langit sedangkan kamu juga bakal ditelan perut bumi...carilah keredhaan Allah SWT dengan mendapat keredhaan sesama manusia terlebih dahulu...

Aku Masih Berfikir....

Monday, November 17, 2008

Azam baru penghujung tahun

Pada hari-hari di penghujung tahun ini, macam-macam azam muncul untuk memadamkan kembali azam lapuk yang mungkin tak kesampaian.
Pada ketika ini, sudah dapat dinilai mana-mana perkara yang dah tercapai ataupun masih belum dapat dicapai, tak kurang juga perkara-perkara yang dah tentu takkan tercapai berdasarkan hari-hari 2008 boleh dihitung dengan jari.
Aku juga punya pelbagai hasrat dan hajat yang tak kesampaian pada tahun ini. Cuma apa yang aku tahu, pencapaian aku di bidang kerja agak memuaskan biarpun pelbagai tohmahan dilemparkan.
Apa yang pasti, aku tidak menumpang rezeki sesiapa kecuali kurniaan Allah s.w.t....
Masih ada sisa keazaman yang boleh aku laksanakan di hujung-hujung masa ini...akan aku cuba jadikannya kenyataan, insyaAllah.

Sunday, November 16, 2008

Mulakan semula apa yang dimulakan dahulu...

Assalamualaikum,
Biarpun blog ini dicipta pada 26 April 2008, tetapi memandangkan jarang sekali dikemaskini,
aku nak ambil kesempatan pada peluang kali ini untuk memberi sentuhan dan nafas baru agar aku sendiri dapat menyayangi blog aku ini...sama seperti orang lain.
Buat masa ni, aku sempat menjeling-jeling sahaja biarpun saban hari aku ziarah blog ni...
masih tercari-cari apakah identiti yang sesuai dengan perkembangan zaman ini....
ok la....assalam...