Wednesday, August 8, 2012

Iftar Jama'ie WRS

Lebih 110 ahli WRS menyertai Majlis Berbuka Puasa ini



Assalamualaikum,

Buat kesekian kalinya organisasi sosial Warga Raub Sejahtera (WRS) menganjurkan program yang melibatkan penyertaan lebih 110 ahli.

Kali ini Majlis Berbuka Puasa diadakan di Rumah Rehat Raub dengan mengambil tempahan Bufet Ramadan RM27.50 setiap peserta dan RM13.75 bagi kanak-kanak bawah 10 tahun.

Majlis kali ini juga mendapat rahmat ALLAH apabila didatangkan seorang hambaNYA yang sudi membayar sebahagian besar kos majlis.

Kini, penyertaan remaja dan dewasa hanya dikenakan bayaran RM10 dan percuma kepada kanak-kanak bawah 12 tahun.

Sehingga 7 Ogos 2012, masih ada permintaan ahli untuk menyertainya tetapi apakan daya, Rumah Rehat Raub kekurangan ruang untuk menempatkan keseluruhan peserta.

Difahamkan, ruang legar hanya boleh memuatkan antara 50-62 peserta sahaja dan selebihnya disusun pihak pengurusan di tempat yang sesuai.

WRS yang ditubuhkan pada 13 Ogos 2011 kini mencapai usia satu tahun dengan keahlian melebihi 2,437.

Pelbagai dugaan dan rintangan dihadapi melayani ragam serta karenah ahli yang baru dikenali lebih 'mesra'.

Bagaimana pun, admin berusaha sehabis daya untuk menzahirkan yang terbaik tetapi tidak semestinya semua karenah diberi perhatian.

InsyaAllah, berdasarkan sambutan menggalakkan pada kali ini, tidak mustahil WRS terus bertahan dan berkembang maju dengan pelbagai pencapaian.

Tahun depan kita rancang majlis dengan lebih baik lagi... TERIMA KASIH SEMUA.

No comments: