Wednesday, August 8, 2012

Aku ada, kau ada?

"Aku ada.....ko ada?"


Assalamualaikum,

Entry kali ni saya nak kupas bab KETENTUAN buat kita dan rasa syukur atas kelebihan yg kita miliki.

Pernah dilempar kata2 mcm ni?


"Ko toksah berlagak hebat la, aku ada suami....ko ada?"
"Aku ada jugak anak2 n suami yg buat idup aku lengkap, ko ada?"

Cukup dengan dua persoalan sinis ni, saya rasa semua maklum bahawa itu adalah soalan lahir dari kotak fikiran yg sempit! (setuju?Y/N)

Bila org dah terlalu sakit hati dengan kita dan tidak ada point lain utk dibawa berhujah, maka datanglah segala bentuk idea jahat menggunakan hal 'peribadi' sebagai senjata alternatif mereka.. hehehe.

Begini, kepada wanita di luar sana yg masih tidak punya suami, bersyukurlah kerana anda amat2 disayangi Allah SWT dan melindungi anda daripada melakukan perkara dilarangNYA.

Allah SWT mengetahui apa yg kita perlu pada waktu dan ketikanya dan jika saat ini kita masih tidak mendapat suami, maka ada perkara lain yg kita lebih perlu lakukan terlebih dahulu.

Saya dengan sengaja menjawab soalan2 IQ rendah tu, walaupun sebenarnya tak perlu jawab pun tak apa.

# Jika saya tiada suami, saya tidak ada peluang berbuat dosa MENYINGKAP AIB SUAMI.
# Jika saya tiada suami, saya tidak ada peluang DERHAKA kepada suami termasuk zahir dan batin.
# Jika saya tiada suami, saya tidak ada peluang MENDUAKAN suami.
# Jika saya tiada suami, saya tidak ada peluang MENYAKITKAN HATI suami.

--------------------------------------------------------------------------------------------

# Jika saya tiada anak, saya tidak ada peluang MENGABAIKAN tanggungjawab terhadap anak saya.
# Jika saya tiada anak, saya tidak ada peluang MENYAKITI HATI anak saya.
# Jika saya tiada anak, saya tidak ada peluang MEMBERI HARAPAN PALSU kepada anak saya.
# Jika saya tiada anak, saya tidak ada peluang MENYAKSIKAN KEPINCANGAN anak saya atas KEGAGALAN MENDIDIK mereka.

MAKA, semua peluang2 itu hanya mengheret kita ke NERAKA dan Allah SWT masih memberi saya peluang untuk melatih diri supaya tidak terjebak dengan semua perkara di atas.

JADI, sekarang ni masih nak gunakan point yg sama? Heheheh....lupakan laaaaa..... ko tu pon apa kurangnya?

(Sekurangnya aku ada banyak menda yg ko takde. Bukanlah nak menunjuk tapi tu tanda aku berada pada taraf aku yg sebenarnya. Tak payah ko terkial2 nak berada di tempat aku, bila tak berjaya...ko pertikaikan apa yg aku xde lak kannnnn.....)

No comments: