Friday, February 20, 2009

Elizabeth Wong dan Nasha senasib!

[Dikemaskini (+) Info Lawyer Harris]
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat pertama kalinya aku membicarakan isu nasional pada kali ini menjadikannya di luar kebiasaan aku.

Tapi aku betul2 rasa terpanggil untuk memuntahkan pendapat aku sebagai WANITA dan bukannya berdasarkan politik.

Bagi aku, kes Elizabeth Wong (Eliza) boleh melalui proses pendakwaan ke atas bekas teman lelakinya sama seperti kes pelakon dan model terkenal tanah air, Nasha Aziz yang diputuskan terhadap individu yang melanggar hak keperibadiannya ketika di rumah.

Tak perlu penjelasan kompleks, bagi aku perbandingan ini sudah cukup menyerlah untuk meletakkan Eliza dan Nasha pada situasi yang sama, bahkan kita sebagai bangsa Melayu dan umat Islam seharusnya MALU kerana 'berkhalwat' dengan pasangan bukan Islam.
(lepas ni aku huraikan).

Aku teringat lagi semasa kecoh 'aksi-aksi bebas' Nasha Aziz dirakam secara rahsia (tanpa pengetahuannya) oleh individu yang dikenal pasti anak pemilik rumah yang disewanya.

'aksi separa hidup' Eliza juga dirakam secara rahsia (tanpa pengetahuannya) oleh individu yang dikenal pasti bekas teman lelakinya.

SAMA, kan?

kes Nasha Aziz boleh digunakan sebagai contoh untuk Eliza membela diri.

Eliza boleh memperjuangkan hak keperibadiannya sebagai WANITA tanpa perlu melupakan karier politiknya yang sedang meningkat! Nasha juga meneruskan keriernya seperti biasa kerana tahu dia TIDAK BERSALAH.

Kadangkala, apabila sesuatu isu diperbesarkan dari sudut politik, kita terlupa bahawa ia sebenarnya mudah sahaja untuk diselesaikan, bukannya digembar-gemburkan lagi sampai dah nak jadi HANGIT!

Aku tak puas hati! Aku tak puas hati! kenapa takde sorang pun pemimpin menggunakan kes Nasha Aziz utk mempertahankan maruah Eliza!

sebab tu aku lebih suka mengekalkan konsep 'Aku Dengar Lihat Saksi' yang selalu membuatkan aku 'migrain' memikirkan perkara-perkara remeh yang boleh menjadi jawapan TEPAT kepada setiap permasalahan.

Ok, menyentuh berkenaan bekas teman lelaki Eliza, aku rasakan Jabatan Agama Islam perlu TURUT bertindak. Aku dapat tau bekas teman lelaki dia tu umur 33 dan MELAYU! Lazimnya Melayu di Semenanjung Malaysia ini beragama Islam, tidak seperti di Sarawak, kan?

Seorang lelaki Melayu berada di rumah seorang wanita bukan Islam, apakah maknanya? Tidakkah gambar itu juga boleh dijadikan bukti bahawa dia berada dalam rumah itu, menonton (atau mungkin lebih lagi) wanita yang pada hukumnya adalah HARAM untuk dilihat auratnya.

Aku slalu terfikir (sampai migrain)....mengapa org nak tuding kesalahan tu pada Eliza? mengapa tak menyatakan dengan TEGAS bahawa bekas teman lelaki Eliza dah melakukan kesalahan!

Mengapa tak bertindak? mengapa ketika ini diam membisu seribu bahasa?Tak terfikirkah?Atau dilarang utk berfikir??Aduh la, Malaysiaku Negara Maju Jaya.....

P/S: Belom tahap 'migrain' lagi rupanya kupasan aku kali nih...lebih kepada emosi wanita....hehehe...sambungan dan ketepatan fakta, refer pada ulasan/komen lawyer harris dalam artikel nih! Tapi aku tetap tak puas ati!

9 comments:

Mohd Harris Abdullah said...

Hello Wan ... ada silap sikit. Nasha tak saman orang yang menceroboh peribadi dia. Pendakwa yang mendakwa orang yang mengintai Nasha. Ada berbezaan antara kena saman dan kena dakwa.
Saya berdoa agar Pendakwa ambil tindakan sewajarnya terhadap sesiapa sahaja yang bertanggungjawab dalam kes Eli. Jangan tersangkut tengah jalan apabila didapati yang terlibat itu VIP atau VVIP.
Kes Nasha tidak boleh dijadikan bahan rujuk semasa berhujah diMahkamah kerana ianya kes Mahkamah Rendah dan tidak dilapurkan dalam Law Journal. Gunakan sebagai hujah dalam blog bolehlah ...
Kes-kes yang menjadi bahan rujukan dalam penghujahan adalah kes Mahkamah Tinggi keatas sahaja.
Saya setuju dengan hujah Wan bahawa kes YB Eli dan Nasha adalah sama. Kedua-dua melibatkan pencerobohan hak individu.
Saya juga setuju bahawa Eli tak perlu letak jawatan sebagai ADUN Bt Lanjan kerana Chua Soi Lek pun tak letak jawatan dahulu. Chua hanya letak jawatan sebagai Menteri dan jawatan parti sahaja.
Mengapa anak Toyo sibuk sangat minta Eli letak jawatan sedangkan masa Chua dahulu dia tak bising pun. Kekadang teringat juga kata-kata Tun M "melayu mudah lupa". Oppps ... anak Toyo itu Melayu ke Jawa?

Anonymous said...

Encik...saya nak jawab soalan akhir tu..Jawa ke..Banjar ke..Acheh ke..adalah etnik rumpun Melayu..

aKuSaKsI said...

Tak kira....yang pasti Nasha dapat pembelaan! nape plak kes Eliza tak buat menda yg sama!

Anonymous said...

Nasha tak rela diceroboh.

Eli rela bersekedudukan dan rela 'diceroboh'. Orang yang ambil gambar bogel Eli sangat intim sehinggakan boleh berada sama2 dalam bilik.

Dan yang 'menceroboh' Eli pula Melayu yang beragama Islam.

Memalukan. Perlukah mereka ini dihudud?

Memandangkan PAS sangat istiqomah dalam perjuangan Hudud, apa pandangan PAS tentang penzinaan ini?

Jika hudud dilaksanakan, adakah kedua-duanya wajib dikenakan hukuman rejam menurut hudud? Adakah Eli terkecuali kerana bukan Islam? Adakah lelaki Islam yang berzina dgn Eli sahaja yang dihudud?

aKuSaKsI said...

soalan2 berkisar hudud yang diutarakan itu terkandung UTUH dalam NAS AL-QURAN. berkenaan pelaksanaan HUKUMANNYA juga NYATA. tak perlu dipersoalkan(atau sekadar nak perli?).Siapa yg memegang pentadbiran agama Islam dalam negara sekarang?(Jawab).Siapa yg perlu melaksanakan hukuman terhadap penzinaan itu(sekiranya berlaku)?
Hukum menuduh zina juga NYATA disebut dalam AL-QURAN. Jadi, berdasarkan perundangan Islam, perkara tersebut perlu diambil tindakan (siasat kesahihannya), bukannya berdiam diri. siapa yang perlu bertindak?(kembali kepada yang berkaitan tadi)..

Lain kali aaa...sbelum tanya, study dulu...jangan tepuk talam berisi air....

aKuSaKsI said...

Tambahan,
bila sebut bab Islam..tuding jari kat Pas..kononnya Pas perlu bertindak...jadi, apa fungsi pentadbiran agama Islam? ini hukum ISLAM, bukan hukum PAS....
banyak beza tu....

Anonymous said...

Jangan sesekali mempelekehkan hukum
ALLAH.Kalau anda tak tahu.Besar dosanya.

Anonymous said...

Sambung lagi...
ahli Umno bodoh .Anggap Hukum Hudud
boleh dipermainkan...Ini kerana ustaz Umno tak bagitahu hal sebenar.Ahli meraban tak tentu pasal.

aKuSaKsI said...

ermm....
aku rasa, anonymous 3,4 nih cakap kat anonymous 2...
rasanya bukan kat aku....heheh..(ayat menolak)..
tlg clarify..aku takmo masuk dalam isu bahasa kasar2 nih..aku suka masuk isu perli2..hua hua hua....
lain kali letak je nama samaran..senang nak tuding....