Friday, December 5, 2008

Yang Terbuku Di Hati

Puas aku fikir berkali-kali sama ada nak luahkan rasa tak puas hati yang terbuku di hati ini... Lama2 aku rasakan aku juga manusia yang perlukan keadilan. Perasaan tak puas hati tu sesuatu yang dianggap normal.
Kadang2 org lain suka memejamkan mata dan beranggapan seolah2 tak berlaku apa2, nak2 pulak bila dia bersalah dan ego nak mengaku kesalahannya.
Secara tak langsung, perkara sebegini menyingkap level akal mereka yang boleh dikatakan hanya separas lutut.
Kebanjiran blog2 di negara ini adakalanya memberi kebaikan sebagai santapan ilmu dan maklumat kepada masyarakat yang celik IT. Tapi ada kalanya blog2 ini lebih bersikap prejudis dan menafsir serta menaksir apa yang berlaku mengikut emosi mereka sahaja.

aku berminat nak highlight tentang blogger kat http://pahangdaily.blogspot.com (sengaja aku MACAM promote blog nih)....

macam2 insiden berlaku 'antara' aku dengan blogger nih.... mungkin sebab sikap aku yang agresif n x suka org mengata kalau takde bukti kukuh....dan pandangan aku terhadap blog tersebut selama pemerhatian aku.......isi2 perut blogger ini penuh dengan sikap suka mendabik dada, ego dan bangga diri...tak kurang juga dengan ayat2 yang berlagak seperti profesional tapi sebenarnya 'zero' dalam pemahaman erti penyiaran.

selalu membandingkan usaha kerja mereka yang 'tak berbayar' dan 'kononnya ikhlas' dengan hasil kerja para wartawan Sinar Harian yang berbayar(makan gaji) dan dakwanya 'tidak berani'....

adakah hanya kerana pemilik blog tersebut 'dikatakan' benar2 CUCU MAT KILAU maka dia pun berdarah pahlawan lalu berani meredah apa sahaja halangan dan cabaran demi menegakkan kebenaran. Maksud aku, benarkah itu kebenaran???!

mengapa pemilik blog ini tidak meluaskan pemikiran bahawa sesiapa sahaja yang berada di sekitarnya adalah individu yang berdarah 'pebagai'....maksudku, ada waris imam, kiai, ada waris pemimpin agung, ada waris pahlawan dan juga WARIS MAHARAJA PERBA JELAI @ ORANG KAYA HAJI.....

aku juga berdarah pahlawan, dan aku pasti ramai yang tahu susur galur keluargaku... tapi tak bermakna kita perlu agung2kan darah hanyir yang mengalir dalam tubuh kita ini kerana semuanya milik Allah SWT...sedarkah kita hanya meminjam SEMANGAT, JASAD waima setitis darah dari dalam tubuh kita ini daripada Yang Maha Esa....

aku juga menjadi 'sinis' bila melawati blog pahangdaily tu......kadangkala aku terfikir, bilakah masanya mereka mahu menjenguk hujung jari kaki di muka bumi, bila mereka terlalu asyik mendongak langit sehingga lupa BINTANG yang dilihat hanya mampu disapu pandangan mata namun tak berupaya menggapainya...

masih aku ingat, hanya kerana kerap menerima SMS daripada pahangdaily, aku menjadi rimas. masakan tidak, kita tak pernah subscribe, tak pernah bayar yuran dan tak pernah minta perkhidmatan tersebut, tetapi sering menerimanya...saban hari...

aku cuba menjejaki sms pertama yang mempromosikan pahangdaily ke pengetahuanku. cuba bertanya keadaan sebenar di mana pada struktur dan perjalanannya aku boleh mendakwa mereka kerana mengganggu.

tetapi bila perbincangan yang dianggap secara baik itu diputar belitkan menjadi isu hangat, ada pulak dikatakan kita ni UGUT mereka utk laporkan kepada polis....mungkin mereka ingat kita bertindak sendirian dan sentiasa bersendirian, mereka mengutuk pula SINAR HARIAN yang kononnya tak pernah update website! haa....bukan ke mereka terlalu emosi ketika menerima teguran...
Diakui, mewujudkan blog adalah hak peribadi, tetapi menghantar sms bertalu2 boleh dianggap menceroboh hak peribadi orang lain. Nak pula bila menjadikan alasan mereka dah daftar dan install dalam data untuk terima sms daripada diorang, TAPI berdasarkan persetujuan SIAPA!! sah, di sini mereka LUPA bahawa apa yang mereka lakukan itu satu kesalahan....
dengan campurtangan bos yang prihatin (Ong Boon Teck)......kes tersebut diselesaikan kali kedua dengan penyiaran maaf yang aku tak pasti ikhlas ke tak.
Apa yang pasti, aku masih simpan isi artikel PERMOHONAN MAAF mereka secara 'sinis', dan juga isi artikel permohonan maaf yang diedit dan agak neutral biarpon ada sedikit prejudis.

kali kedua kes timbul lagi apabila pahangdaily menyiarkan artikel 'PUAK UMNO RAUB HALAU WARTAWAN SINAR HARIAN'....satu lagi kejutan bodoh yang dilakukan...kenapa berlagak sebagai wartawan profesional tapi masih lagi hingusan dan kebodohan apabila satu fakta pun tak betul dan langsung tak ada bukti kukuh...bila aku minta mereka perbetulkan kononnya 'masih dalam siasatan'.....banyak perkataan angkuh digunakan dalam penulisan mereka, tetapi mereka tak sedar itulah KEBODOHAN SEJATI mereka.....

Ada ke patut dikatakan Wartawan Sinar Harian dihalau dari Bangunan UMNO Raub ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Raub dijalankan....What the s**t!

mereka langsung tak fikir apa yang disebarkan itu satu FITNAH yang diterima bulat2 oleh pembaca/pengunjung...Aku memang tak redha selagi mereka tak mohon maaf dari aku...

Pertama : Mesyuarat UMNO Bahagian Raub diadakan di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Raub pada 18hb Oktober 2008. (macammana boleh timbul isu mesyuarat tersebut diadakan di Bangunan UMNO Raub?)

Kedua : Wartawan Sinar Harian tidak hadir membuat liputan berkenaan mesyuarat pada hari itu biarpun mendapat banyak jemputan daripada VVIP. (macamana boleh timbul isu dihalau daripada membuat liputan mesyuarat tersebut?)

Ketiga : Mungkin Pahangdaily mendapat berita PICISAN dan menggabungkannya menjadi berita hangat daripada kes terdahulu. Sungguh kreatif. Berdasarkan fakta, terdapat beberapa wartawan dihalau keluar daripada mesyuarat UMNO Bahagian Raub kira-kira tiga tahun lalu (iaitu sebelum kewujudan Sinar Harian). Kerana apa MEREKA (wartawan itu) dihalau, aku tak pasti dan takkan ambil tahu.

Keempat : Aku pernah diminta keluar daripada pejabat yang aku tumpangi pada 1 Ogos lalu (iaitu setelah lebih setahun aku tinggal di sini) hanya kerana aku menyiarkan artikel BPR SIASAT YAYASAN RAUB.

Lucu di sini, mengapa minta aku keluar dari pejabat kecil molek ini hanya setelah setahun aku tinggal di sini. Mengapa pula hanya kerana aku menyiarkan artikel tersebut? bukan satu kesalahanpun. Kalau aku salah, kenapa tak saman jer? kenapa nak bertindak BORONG Sinar Harian satu Raub hanya kerana tidak mahu masyarakat di daerah ini tahu KEBENARAN?

ahh..bukan hal itu yang aku nak pertahankan di sini, tapi kes kesalahan fakta dan kecelaruan isi penting penceritaan yang menjadikan artikel pahangdaily itu satu omongan atau dongengan semata2 nak tarik perhatian pembaca/pengunjung.

aku dah minta beberapa kali supaya pahangdaily perbetulkan kembali kesilapan tersebut, tetapi langsung dibiar sepi. aku letakkan di buku pelawat, dia delete isi penting, cuma tinggalkan komen pelawat yang aku quote...

pahangdaily, sedar la, perbuatan FITNAH kamu semua takkan bawa kamu ke mana2....
mengapa nak menongkat langit sedangkan kamu juga bakal ditelan perut bumi...carilah keredhaan Allah SWT dengan mendapat keredhaan sesama manusia terlebih dahulu...

Aku Masih Berfikir....

6 comments:

LKTP1436 said...

Wahai aku saksi yg jelita ...usahlah gundah gulana...sabar dik oi...jangan nak gaduh-gaduh...

SaKa AdiWangsa said...

Caya la ONE (o-ney) bior blogger pahang daily tau yg org tak suke bc blog tu, menyampah!

aKuSaKsI said...

Thanks Suara Adiwangsa,
Tapi boleh tahu siapa ni yer?
sebab member sekolah n UIA je yang tau nickname tu....
Eager to know...
TQ

Anonymous said...

Syabas akusaksi!

dedahkan siapa dibelakang phgdaily tu!

WARIS PAHANG said...

Hari ni baru terjumpa blog saudari, mohon izin copy ke blog saya : http://warisanpahang.blogspot.com

Saya kagum dengan pendedahan saudari

aKuSaKsI said...

Sekiranya ada kebaikan, saya tak kisah....dipersilakan...
terima kasih banyak-banyak...