Monday, December 15, 2008

Warta Raub saingan terbaik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tenggelam timbul juga rupanya isi cerita saya di sini.

baru-baru ini saya didatangi seorang gadis seusia dengan senyuman yang memerlukan saya menafsir dalam pelbagai cara.
Namun kehadirannya disambut baik dengan harapan akan menambahkan lagi kenalan.. mudah memperkenalkan diri sebagai Anak Srikandi, dia menceritakan tentang niatnya untuk mewujudkan blog persis BERITA dan memerlukan bantuan serta sokongan saya.

Jawapan saya terlalu mudah, sekiranya Anak Srikandi menemui saya yang dianggap sebagai Wartawan Sinar Harian, saya hanya boleh membantunya setakat yang tersiar di akhbar pilihan ramai itu. Tetapi sekiranya Anak Srikandi datang bertemu saya sebagai sahabat yang juga anak watan Raub, saya boleh berkongsi cerita sebagaimana pandangan dan harapan saya terhadap daerah tercinta ini.

Anak Srikandi rela memilih jalan kedua kerana baginya kebebasan ber'blog' lebih mudah dirasai berbanding kebebasan akhbar.

Lalu saya menghulurkan salam perkenalan dan tidak lokek sekiranya dia ingin beriringan bersama saya ke mana-mana sahaja dalam daerah Raub ini.

Saya menganggapnya sebagai pesaing yang baik dan masih boleh menerima teguran serta nasihat yang membina kerjaya saya.

Sekian, Terima Kasih.

No comments: