Thursday, December 11, 2008

Cyber War

Assamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak akhir2 ni aku tak berkesempatan nak mengisi ruangan blog aku ni....penat la, kawan....penat baca blog2 orang...pastu menyampuk sesikit....
sekarang nih aku perluaskan bacaan aku kat blog2 lain...banyak la pulak...tapi slalunya baca sepintas lalu jer...tetiba rasa nak nyampuk, aku nyampuk...

nak highlight la blog yang aku lawati setakat hari ni...

Hmm...yang paling aku slalu lawat, pahangdaily online (PDO) laaa...ada org tulis (PeDOoh) hehehehe....

1) http://pahangdaily.blogspot.com
2) http://anakpahangjati.blogspot.com
3) http://gpmspahang.blogspot.com
4) http://pahangdaily.com
5) http://warisanpahang.blogspot.com

saje je menjengah sambil2 amik idea nak cantikkan blog....
Bila aku tengok pada semua artikel ni, nampak gayanya boleh buat kesimpulan bahawa politik di Malaysia ni tak bermusim.
Kadang2 aku rasakan macam pening pun yer, mungkin sebab aku tak berapa minat politik...tak mcm cikgu bob (stringer berita harian) kat Raub nih, kalau cakap pasal politik, dia sanggup tak tido...hehehe...kes macam peminat bola la....aku tak minat gak bola....

hmmm...berkisar kepada 'interest' ataupun tarikan minat pengunjung, pastinya bloggers dan owner sykt penyiaran akan fokus pada isu politik je, kan?sebab itu yang orang suka...sama macam citer hantu n misteri...sekaran nih dah jadi trend pulak cerita2 mcm tu...bukannya buat org takut, tapi slalu buat org bertambah nak tahu...
mungkin org skrg nih dah tak mcm org dulu2 yang kurang hiburan dan mudah rasa takut bila dengar cerita momok....sekarang tak lagi....(mungkin skrg nih lebih ramai hantu yg macam org)...hehehe....

berbalik kepada cerita politik tadi,
aku dapat rasakan hebatnya peperangan di alam siber nih....biarpun takde kecederaan fizikal, tapi 'penderaan mental' diorang nih mampu buat SUBJECT yang diperkatakan tu termenung panjang, tak lena tido....

kalau dapat jenis aku nih, kut ye la aku menjawab...agresif...kot dapat macam liza maran tu, sian pepalih la weh.....dia plak takde blog, kurang pendedahan IT walaupun ada cyber cafe...hehehehe.....susah nak balas2 perbuatan khianat org kat dia....

takpe kawan, fight for your right....

isu tuduh menuduh di kalangan bloggers kini secara tak langsung mewujudkan zon 'terlingkup' ikhh....zon 'tertutup'....hmmm...apa2 je la....tapi maksudnya sama macam 'anak-anak itik berlarian dalam 1 bakul'.....pagut memagut....pastu pengunjung dok tengok jer...ada anak itik biru, ada anak itik kuning, ada anak itik merah....anak itik ijau....so, SILENT readers nie kekadang tertarik pada anak-anak itik tertentu....ada gak readers yg terlalu taksub...

bagi aku,
hmmm.....harapnya nanti dapat diperluaskan lagi la 'sasaran' bloggers nih....

ini tak...kau tikam aku..aku tikam ko..ko ludah aku...aku ludah ko...last2 penat, tido....hehehehe....

aku teringin nak buat ulasan pasal PDO yg agak PENING sekarang nih....
biar la org kata MACAM PROMOTE dia...tapi cuma kat blog aje...takde hal punya.....
apa yg pasti, lenggok penceritaannya sama mcm org cakap CAKAP TAK SERUPA BIKIN....itu maciam la....

lagi best, org kenal owner tu ..punya sejarah tak berapa betul sket...

aku sambung nanti la....sibuk pulak nak balik....kang gelap..
jumpa lagi nanti.

6 comments:

Anonymous said...

Aku dengar Aku lihat Aku saksi,
Muda remaja lagi seksi,
Usahlah risau usah lah sangsi,
AnakPahangJati sentiasa disisi!

Cyber War aduh sedapnya bunyi,
Bukan perang secara tumbuk didahi,
Dengar khabar di Raub ada yg suka nyanyi,
Ada juga yang suka berkelahi?

Shah Moin nama diberi,
Aziz Kiram pula dah kereta baru,
Adakah mungkin semata-mata rezeki,
Duit dipakai dari dana yg celaru?

Alangkah manis si anak dara,
Ramai pemuda datang bertubi-tubi,
Adakah benar barang diceritera,
Katanya Shah Moin gila nak jadi MB?

(Kalau pantun dijawab akan disambung....hehehehe

Anonymous said...

Selamat datang ke dunia cyber;
yang kurik kendi yang merah saga
yang molek budi yang indah bahasa
APJ dah sampai dulu? Huh cepatnya. Datang dengan hantaran 4 berkas pantun.

aKuSaKsI said...

Hehehe...
Tq atas respons,
tq jugak bRAVE hEART berkunjung ke blog saya....tambah lagi 1 blog yg akan saya kunjung..sebenarnya dah kunjung pon dua tiga hari ni..sebab glamer di PDO...
akhirnya ada gak jasa PDO utk kita sesama bloggers ni, kan?

buat APJ,
kome tak pandai nak berpantun2 nih....amik masa berjam2 utk dapat satu rangkap....hehehe...

ceritera Raub memang hangat, tapi rasanya perlu didedahkan dalam blog lain....bukan dalam blog nih,
sebab imej Sinar Harian kena jaga...
tunggu la kelahiran blog baru yang orang mungkin takkan tahu sape pemiliknya.....

aziz kiram n saha tu....gosip2 memang hangat...

biarpun tak berapa minat politk,
insyaAllah saya akan adakan 1 blog khas politik di Raub....kencang!

thanks atas sokongan.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Jemput singgah ke Himpunan Blog Pahang. Saya menghimpunkan seluruh blog Pahang untuk disenarai dalam Indeks Himpunan Blog Pahang

http://bloggerpahang.blogspot.com/

TQ.

Anonymous said...

Sis,
lawat juga blog baru saya - http://yangkita.blogspot.com

WARIS PAHANG said...

Salam perkenalan,

walaupun tak kenal tapi kenal di Maya, kira ok lah.

Cerita sikit pasal Panglima Perba Jelai.

Wassalam