Saturday, December 20, 2008

Belajar dari pengalaman


Semenjak dua nih, aku kepenatan sikit...bukan saja penat fizikal, tapi mental jugak rasa macam nak kena 'servis' dah...hehehe...

Bercerita tentang 'sahabat' dari skuad Maran, pastinya kita akan menyatakan bahawa PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI....Tapi yang ganti tu sama ke, lebih teruk ke, atau lebih baik dari yang terdahulu?

Kalau tanya aku, Paan (Farihan) komited dengan tugas...dengan muka yg ala2 cikgu tu, mesti senang dia nak jalankan tugas baru di Maran...nak pulak dia anak jati Bukit Lada...

Apa2pun, wish u all the best, Paan!

Hmm, mengimbas kembali pengalaman aku dalam dunia pekerjaan, bagi aku pengalaman adalah pendidikan terbaik buat kita semua. Sinar Harian adalah kerja aku yang ke-5 dalam tempoh 4 tahun.....hehehe.

Mula2 aku risau dengan keadaan diri aku, kenapa jadi tak tetap pada satu kerja? lama2, bila aku cuba perhalusi, faktor yang menyebabkan aku tukar kerja, bukanlah diri aku sendiri..tapi keadaan dan faktor sekitar.

aku ingat lagi, kerja pertama aku bermula pada 1 April 2004 di Wisma BSN Jalan Ampang...Aku bertugas sebagai Customer Support / Monitoring Clerk (MIcro Credit)...ini pada permulaan, tetapi jawatan terus dilebarkan di bahagian tersebut (Credit Recovery) termasuk HP, Housing Loan, dan macam2 jenis loan lagi....apa yg pasti, semuanya 'bermasalah' dan banyak arrears...aku terpaksa lepaskan jawatan kontrak tersebut (sebab masa tuh aku x abih blaja lagik)...hehehehe....

lepas abih final paper, aku cuba bekerja di Credit Recovery Agency - Harike Bekala Sdn Bhd....maklum la, berdasarkan pengalaman dulu...aku start Julai dan Ogos sahaja...sebab tak tahan dengan struktur keja yg aku rasakan sebagai tak adil....

Tak lama lepas tu aku diterima sebagai Setiausaha di sebuah sekolah jururawat swasta kat Perak....Failed jugak sebab masalah pengurusan termasuk soal gaji....

aku teruskan usaha di Bris Information Sevices Sdn Bhd sebagai Customer Support Executive....gaji, bole tahan la....ada penilaian dan ada peningkatan....not bad...

lagi sebulan cukup setahun kat Bris, aku terpanggil utk sertai Karangkraf menjadi Warga Sinar Harian....

Alhamdulillah, bermula Mac 2007 (kalau ikutkan kena start Februari)....sampailah sekarang, semangat aku sebati dalam bidang yang tak pernah aku mimpikan sebelum ni.

Berdasarkan pengalaman aku ini, boleh dijadikan sedikit 'bonus' buat aku sebab banyak perkara yg aku tahu, pelbagai ragam manusia aku dah hadapi, ditambah pula dengan perangai aku yg terlalu susah nak percayakan orang...ada jugak kebaikannya.

Hmmmm....
kelmarin aku didatangi seorang sahabat baik semasa sekolah rendah....perbualan mcm biasa sahaja tiba2 dia ajukan soalan mengenai kerja aku sekarang ni....Ada masalah apa2 tak dengan pengurusan?masalah dengan rakan sekerja?....aku tak jwb soalan dia tapi aku tanya soalan yg sama kat dia semula....

Sah la dia ada masalah....takkan la cikgu pun ada masalah?katanya buka sekolah akan datang jadi satu kerumitan buat dia...sebab tak disenangi rakan setugas....

"Diorang selalu kata aku ni rasa macam bagus la, perasan bagus la, siap suruh aku cermin diri lagi," luah kawan aku yg sorang nih...aku cuba perhatikan dia n cuba amati cara dia selama ni....

"Kawan2 kerja kau tu macam mana orangnya?"Aku tanya lagik....

Aku cuma tersengih je bila dengar penjelasan dia....rakan setugas kebanyakannya masih muda dan baru bekerja sebagai guru...padahal kawan aku tu dah keja banyak tempat sebelum buat keputusan nak apply KPLI n jadi cikgu...

performance kerja diorang pulak? kawan aku cakap ada yg rekod tak baik, masalah disiplin, tapi berlagak seolah2 tak pernah buat salah dan tak pernah meminta maaf kalau ada buat salah...kira macam kurang ajar la kan.

aku mula termenung n cuba kaitkan perkara tersebut dengan pengalaman aku.....
bagi aku, mana-mana organisasi tetap akan berhadapan dengan situasi / senario yg sama...tidak kira bekerja dengan bangsa apa, selagi bergelar MANUSIA, istilah EGO, DENGKI dan segala yg negatif tu tetap wujud.

relax la kawan, kau bukan berlagak macam bagus, cuma kau komited dengan tugas. kalau diorang nak kalahkan kau, buktikan yg diorang komited dan boleh bersaing mcm kau...apa yg aku nampak, kau bukan perasan bagus tapi kau memang bagus.

Biar apa org nak kata, biar diorang pulaukan kau, apa yg pasti kau tak pernah berhutang dengan diorang, mahupun menagih simpati diorang..sebaliknya diorang yg 'berhutang dosa fitnah' terhadap kau.

Diorang mengata, pahala kau yg banyak....

lumrah la kawan, bagi org yg baru pertama kali dalam dunia pekerjaan, bagi diorang, diorang la paling bagus sekali, nak pulak..kalau diorang tu excellent student...

teringat pulak aku, kata2 Pengurus Cawangan Sinar Pahang, Abdul Halim Haron....
"Kalau nak kata diri tu bagus, buktikan performance bagus dalam Sinar Harian. Bukan nak tunjuk bagus semasa belajar, atau masa sekolah, prestasi semasa kerja labih penting," lebih kurang gitu la apa yg dia cakap....aku pinjamkan kata2 tu kat kau...

apa yg nak dibanggakan dengan perkara yg lepas kalau prestasi sekarang teruk....kalau diorang tu berlagak sebab ada rupa, aku tengok takde la cantik mana...kau lagi ok....buat apa rupa cantik kalau otak kosong, takde disiplin, menyusahkan hidup org, tak pandai jaga maruah diri.....so what?

ok la kawan,
aku tetap bersama kau dalam apa jua perkara...apa yg penting, bos tau apa yg kau buat, bos boleh nilai pretasi kau...

p/S : Aku tak pelik la bila kenaikan gaji kau melonjak berbanding kawan2 kau tu...
Allah SWT buktikan keikhlasan kau DIBAYAR setimpal....ni semua resam hidup bekerja.

1 comment:

Teo Wei Sing said...

Salam muhibah!!!

Countdown @ Taman Budaya Negeri Pahang sempena tahun baru 2009 akan berlangsung pada pukul 9pm 31/12/2008 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara Negeri Pahang dengan kerjasama Kelab Teater Rajuk.

Kali ini, ingin saya melahirkan perasaan kagum dan puja kerana jarang-jarang sekali acara countdown ini berlangsung dalam bentuk yang menjunjung bahasa, seni dan sastera. Untuk perhatian para pembaca blog ini, saya turut diundang sebagai deklamator jemputan dalam acara yang gilang-gemilang ini. Buat kali pertama acara countdown dramatik dan fantastik ini dapat saya dan saudara-saudari saksikan.

Saya juga berbesar hati apabila nama besar artis jemputan seperti Lim Swee Tin, Roslan Madun, Arippin Said, Nor Fazrah, Raja Lawak Pak Tam, Juara Deklamasi Sajak Pahang Azmy Ahamad dan sebagainya akan tampil bersama dengan hadirin yang akan datang. Selain itu, VVIP yang diundang turut akan mendeklamasikan sajak sebelum acara kemuncak countdown...

Semoga majlis countdown ini akan turut diwarnai dengan kehadiran saudara-saudari yang membawa azam baru, demi bangsa dan negara. Datang, jangan tak datang... saudara/ri turut diundang hadir...