Saturday, April 11, 2009

Menghitung Hari...

Assalamualaikum n salam sejahtera,

Mulai esok (12 April 2009) pastinya aku akan menghitung hari sehingga sah bergelar ISTERI....hua hua hua...aku xtau la camner nak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang baik...hehehehe.....pening...pening...pening....camner yer....
hehehe....

Mari sini aku perkenalkan sape bakal SUAMI aku nih (dan pastinya aku ada sejarah FIGHT2 dengan dia nih).....

Namanya Hishamuddin Abdul Rahman....umur 31 tahun asal Kuala Tembeling....tapi mak dia org Sega....kiranya masih lagi satu Mukim dengan aku laaa....arwah ayahnya pernah jadi ADUN Tembeling (skrg org sebut ADUN Tahan) pada era 70an dan awal 80an....
Dia anak ke...payah nak cakap....campur silang2 mak ayah nyer..kita cakap je la dia nih anak ke5...

mula2 kenal?hehehe.....dia dah lama kenal aku (sbg reporter laaa)...n aku plak kenal dia pasal ada 1 insiden tuh...hins hins hins...kalo igt smula..aku rasa nak maki2 dia lagik.....silap dia, tapi aku lak yg kena....mulai masa tuh....aku kawan gak la dgn dia..tapi dlm hati aku penuh kebencian n dendam.....konon baik sbb nak tunjuk profesional la kan...hehehe...

cerita mula rapat bila aku melaksanakan amanah bos utk program beri beras kat org2 miskin nih....aku mula la ajak dia sbg wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).....lepas tuh....

tanggal 15 Februari 2009...dia mula ejas n katakan utk berkawan lebih istimewa....masa tuh aku still ada pakwe...tapi hbgn aku masa tuh mcm retak menanti belah.....pastu, bila Sham ejas2 aku jer...terus terbelah hbgn lama....hehehe.....sampai skrg dia tggu aku biarpun aku dah kabo aku nih dah nak kawin....

jadi, tanggal 12 April 2009 (esok), keluarga Sham akan datang ke rumah aku utk bincang2 (biarpun sebenarnya dah tau pon hari pernikahan)..hehehe...ikut adat la...

seperti dirancang, tarikh pernikahan aku pada 6hb Jun 2009 dan majlis sambut menantu pada 8hb Jun 2009....RM hantaran.....rahsiakan je la...hehehe....tapi barang2 hantaran aku dah shoping terus dah masa lepas kursus ESQ minggu lepas....SETTLE!

So, aku harap hubungan aku yg panas2 dingin nih berkekalan la sampai ke akhirnya.....aku suka relation nih sebab semuanya humble....aku humble..dia humble....agak serasi la kan....

8 comments:

MalamDecipher said...

congratulations...

Anonymous said...

tAHNIAH wAN juHAIDA...

Selamat melayari alam berumahtangga dan semoga kekal abadi.

Nampak cik abang tu kurus jer... gayanya, kalau tersalah, teruk kena belasoh dgn deme...

hehe...

aKuSaKsI said...

hehehe....
kurus la jugak...
tapi InsyaAllah cuba jadi isteri mithali...takmo la belasah2...
kena kuruskan badan nih!
hehehe
TQ

WARIS PAHANG said...

Tahniah lah weh!, banyakan baca buku agama dan belajar memasak sebelum menempuh alam perkahwinan.

Semoga jodoh berkekalan sehingga ke anak cucu dan selama-lamanya.

Kalau boleh, tolong siarkan gambar alat memerah tebu di depan rumah aki embong zin dan kehijauan sawah padi di Sega suatu masa dulu.

Razak Bin Ramli said...

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Semoga berbahagia ke hujung nyawa.

aKuSaKsI said...

waris pahang...
mesin perah tebu n sawah padi yg dimaksudkan tuh...kat kg tersan ke?
aki embong zin tuh pawang mat zin tuh ker?....kalo benor laa....rasa2nya....tu aki saya!

aKuSaKsI said...

mekasih abg ajak...akan disemat dalam hati...

arisel ba said...

Hi, tak jemput aku kenduri nanti, macam hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong plak.