Sunday, March 22, 2009

Yang .....(dalam politik)

Yang aku dengar,
mainan politik ni penuh dengan sandiwara.....nampak konon ada perjuangan, tapi untuk kepentingan sendiri...mana-mana parti mesti ada dua team (paling kurang)..kadang-kadang sampai tiga empat team...yang pasti, semua team pentingkan diri. tak ada yang betul-betul ikhlas berjuang.

Yang aku lihat,
kalaupun ada dua team, mesti satu team dianggap jahat dan satu team lagi dianggap baik..dalam membuat penilaian, apa yang kita lihat selalunya membuatkan kita memikirkan hanya 'positif dan negatif' sahaja...mana-mana team yang dianggap positif, pasti team satu lagi akan jadi negatif.

Yang aku saksi,
Sebenarnya dalam politk kat sini....(menyedihkan) kerana AKUSAKSI sendiri apabila dua-dua team SAMA AJE....berkepentingan dan bermatlamatkan utk DIRI SENDIRI...takde perjuangan sebenar..bila mana yang menang LUPA JANJI-JANJI MANIS utk masyarakat, dan yang kalah serupa macam org patah hati dalam bercinta dan berputus harap....pemikiran orang-orang politik di sini TERLALU SEMPIT..hanya nampak pada kepentingan sendiri sahaja..tidak nampak apa sebenarnya perjuangan untuk rakyat.jawatan dalam parti adalah platform utk mencipta kekayaan (peribadi)....seksa benar penyaksian ini....

AKUSAKSI lagi.....
Kat sini ada satu lagi team yang berkecuali dan berjuang dengan cara tersendiri membela nasib rakyat. tidak melalui medium politik tetapi rakyat khasnya Melayu boleh bernafas dalam kalangan masyarakat bangsa lain khasnya Cina....aku tak dengar, tapi aku lihat dan aku saksi....mereka teguh di sebalik kesederhanaan..dan orang yang macam inilah boleh diangkat menjadi pemimpin sebenar.

P/S: Pemimpin sejati adalah dalam kalangan mereka yang DIMINTA untuk menjadi pemimpin, bukannya dalam kalangan mereka yang MEMINTA untuk menjadi pemimpin.

3 comments:

alam said...

Minta izin link blog aok.

aKuSaKsI said...

sukacita lagi gembiranya....TQ

Safira HaSSan said...

jap..mane ke cite pasal bakal abg ipo keh??? kate nak masuk dlm belog itu hari