Wednesday, August 26, 2009

Aktiviti sempena Ramadan

Assalamualaikum n salam sejahtera,

Salam Ramadan buat umat Islam seluruh dunia....

Sempena bulan mulia ni, aku n sorang kawan mulakan Projek Ziarah berbekalkan sumbangan peribadi yang tak seberapa... Kerja aku, tiap2 hari pergi rumah orang susah termasuk warga tua, ibu tunggal n anak yatim.. Projek ni baru bermula kelmarin.

Dah lama aku berazam nak buat macam ni, tapi aku sendiri tak ada guide n idea... Jadi, pada bulan puasa tahun ni, aku laksanakan juga dengan kawan yang minat juga bab2 kebajikan ni.

Lokasi perjalanan aku, sekitar daerah Raub je..sebab projek ni sokongan kerja aku untuk buat liputan sempena Ramadan n Syawal. Jadi, tidak la aku buat kerja dengan tangan kosong je.

Memandangkan aku cuma DERMAWAN tapi bukan HARTAWAN, jadi, sumbangan aku amat terbatas.

Sehubungan tu, aku nak tanya keikhlasan kekawan n pengunjung blog ni yang betul2 ikhlas, takde pk dua tiga kali dah.....kalo nak join beri sumbangan, boleh masuk duit kat akaun aku...

Demi nak meletakkan 'standard' kejujuran dan keluhuran pelaksana projek ni (iaitu aku dan sorang kawan)... sesapa yang nak join tu, aku minta sms@email maklumat seperti berikut :-


Nama Penuh:
No Telefon:
Jumlah RM:
No Rujukan Transaksi:

Untuk makluman, kutipan sumbangan untuk Projek Ziarah ni adalah usaha persendirian, tak ada kaitan dengan syarikat yang aku kerja. Jadi, pelaksana projek adalah WAN JUHAIDA, bukannya Wartawan Sinar Harian.... Sekiranya tidak ada yang nak join, projek ni tetap berjalan dengan menggunakan wang saku aku sendiri...sikit pun, sikit laa...asalkan jalan....lepas raya, simpan lebih sikit untuk sumbangan tahun depan pulak...

No akaun Maybank : 164557095347 (Wan Juhaida Binti Wan Hassan)
No akaun CIMB : 144ooo74833524 (Wan Juhaida Binti Wan Hassan)
No Telefon : 019-988 2292
Email : skuad.raub@gmail.com

Sekian.

P/S: Setiap kisah penerima sumbangan akan dipaparkan dalam blog ni di samping siaran akhbar. (Tapi penyumbang tak la disiarkan dalam akhbar ye...kecuali atas permintaan, nama-nama penyumbang akan disiarkan dalam blog). Doakan kejayaan usaha aku nih. Amiin.

No comments: