Wednesday, February 10, 2010

Pengumuman buat YB (Yang Berkenaan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sejak sekian lama aku tak update blog, ni, kini aku menyampaikan beberapa perkara yg aku rasakan agak relevan dengan kerjaya aku.

Pertamanya, dalam mempertingkatkan kualiti pemberitaan, ada sedikit perubahan kepada YB (Yang Berkenaan) iaitu ruangan khas WAWANCARA disediakan berserta beberapa syarat yang boleh dibincangkan. Antaranya, kalau siarkan wawancara YB tu, sebolehnya berjanjilah untuk membeli sekurang-kurangnya 1,000 naskah Sinar Harian pada hari keluaran artikelnya. Boleh ke?

Ini tidak terbatas kepada YB tertentu sahaja, sebaliknya terbuka kepada 'yang berkenaan' lain, termasuk Yang Berjanji, Yang Berkhidmat dan YANG BERMINAT.

Kita usaha sama-sama utk dapatkan (win-win situation).

Keduanya, kepada sesiapa sahaja yang berminat nak ketengahkan BISNES menerusi penyiaran artikel di Sinar Harian, kita akan adakan sedikit perbincangan juga demi mewujudkan (win-win situation) tadi iaitu, sudilah kiranya membeli juga sejumlah naskah Sinar Harian pada hari keluaran artikelnya.

Apa-apapun, masih boleh diperbincangkan.

Ketiganya, aku juga nak memperkukuhkan lagi kualiti penyampaian berita, jadi aku meminta jasa baik sahabat handai, jiran tetangga, pengkritik dan pembaca setia ruangan aku tu, agar dapat menyalurkan SEBARANG ISU/PERMASALAHAN yang masih membelenggu masyarakat daerah terchenta ni.

Setiap isu yang diutarakan, aku akan usahakan untuk mendapat MAKLUM BALAS pihak berkaitan agar dapat disiarkan pada hari yang sama untuk kedua-dua pihak. Juga mengutamakan (win-win situation).

Keempatnya, aku yg sentiasa PENTINGKAN DIRI dan suka MENYUSAHKAN ORG ni nak minta jasa baik semua pihak untuk salurkan maklumat atau aktiviti berkaitan SUKAN dan SEKOLAH, di samping memohon kerjasama semua untuk menyampaikan maklumat tentang AKTIVITI HIBURAN, PERTANIAN, WIRA, WANITA dan apa sahajalah yg boleh ditonjolkan.

Biar Sinar Pahang nanti tukar jadi Sinar Raub je semua (hikhikhik)....Sekarang ni aku dah mula jadi GILA KERJA.

Jangan segan silu nak salurkan berita kat aku...Kalau tak sempat datang (kononnya serentak dgn program lain), aku minta jasa baik tlg la amik gambo n sediakan sikit detail...

Kalo boleh, aku nak kita sesama naikkan semangat kedaerahan dengan pelbagai berita dihidangkan. GERAM NI. hihihi...

Tapi, aku pergi bercuti dulu la yer.....Mulai Khamis (11 Feb) sampai Isnin (15 Feb) utk ejas ketenangan dalam diri n kumpul semangat baru utk memulakan tugas.

Sampai sini dulu, I LOVE U All.......sekian.